Menentu Arah Kiblat Cara Tradisional Guna Matahari

28 May 2013

arah kiblat

Alhamdulillah, selesai tadi menentu arah kiblat bagi mendapatkan ketepatan yang lebih jitu... selama ni menggunakan perisian android sahaja untuk menentukan arah kiblat di rumah baru kami ni... rumah pinjam... hehe...

Perisian android pun pening-pening kepala juga... InsyaAllah lepas ni ada datang lagi satu gadget kepunyaan Abi yang dapat membantu dalam menentukan arah kiblat... iaitu kompas digital, tapi bukan sebarang kompas... nantikan ya...

Tepat pada 28 May 2013 jam 5:16PM tadi... neskopi telah melakukan kiblat calibration berdasarkan bayang-batang yang jatuh pada permukaan rata... neskopi menggunakan tali (sama ada tali kasut, atau landyard) yang diletakkan sesuatu yang berat dihujungnya agar tali tersebut menegang lurus kebawah... pastikan masa anda buat ini, ada matahari yang memancar... jangan buat time mendung atau masa cahaya matahari suram samar...

Anda dapat mengaplikasikan cara ini hanya pada 2 tarikh sahaja pada setiap tahun, iaitu pada 28 May; 5:16PM dan 16 Julai; 5:28PM... ini adalah kerana hanya pada tarikh yang tersebut dan waktu yang tersebut sahaja matahari tepat berada betul-betul di atas ka'abah...

Bagi yang terlepas peluang mencuba sendiri kaedah menentu arah kiblat cara tradisional ini, anda boleh lah melakukannya pada 16 Julai akan datang... di bawah adalah gambar dimana neskopi telah menandakan arah kiblat yang jatuh mengikut bayang-bayang hasil dari cara yang di terangkan diatas... neskopi buat 2 tanda selari agar dapat menjadikan kedua-dua nya rujukan bagi masa akan datang jika salah satu hilang di telan zaman...

28 may 2013


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: