Rahsia Kehebatan Kacang Dal Di Zaman Firaun

07 May 2013

firaun

Jika pada zaman kerajaan pemerintahan firaun, mereka akan bagi rakyatnya makan kacang dal sebanyak-banyaknya supaya rakyat mereka menjadi bodoh.

Apabila rakyat mereka sudah menjadi bodoh, maka mudahlah urusan firuan untuk memerintah mereka supaya membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Allah.

Rakyat dibawah pemerintahan firaun itu sudah terlalu ramai yang bodoh. Sehinggakan mereka tidak dapat menilai lagi manakah yang hak dan manakah yang bathil.

Lalu ketika itulah firaun cuba ambil kesempatan keatas semua rakyatnya yang bodoh itu dengan bertanya “siapakah tuhan kamu?” maka dengan lantasnya semua rakyatnya menjawab “tiada tuhan yang kami sembah melainkan kau wahai firaun”. Mereka bersaksi bahawa firaun itu tuhan mereka. Dek kerana mereka sudah terlalu bodoh dengan kemewahan kacang dal yang firaun hidangkan. mereka boleh makan sepuas-puasnya sehinggalah mereka mati dalam keadaan hina di depan Allah.

Begitulah pemerintahan di dunia hari ini. Pemerintah akan berikan bermacam-macam hiburan dunia yang melalaikan kepada rakyatnya. Tiada henti-henti sehinggakan hati mereka menjadi gelap, jahil dan semakin jauh dengan agama Allah.

Apabila rakyat sudah jauh dengan agama Allah, maka mudahlah urusan pemerintah untuk mengarahkan rakyatnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Rakyat sudah tidak lagi nampak cahaya kebenaran agama Allah. Mereka tidak dapat bezakan yang mana hak dan yang mana bathil. Mereka terlalu taksub kepada pemerintah sehingga tidak nampak kecacatannya walaupun sedikit.

Sekian…


Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: