Biar apa pun pahaman politik kita, hendak lah kita berpaksikan kebenaran, fakta dan hujah. Bukan berdasarkan fitnah, video seks, membuka aib, mencela dan mencarut, malah tidak henti mengata kekurangan orang lain... sedangkan kerja sendiri pun banyak yang perlu dibuat... Repair lah dulu bumbung rumah sendiri dari terus bocor...
Sebagai orang muslim, kita kena berpaksikan Al-quran dan As-sunnah sebagai sumber utama 'guideline' kita di dunia bermula dari bangun tidur sehingga lah mati... ini termasuk juga politik dan lain2... semuanya wajib ikut Al-quran dan As-sunnah.
Biar apa pun fahaman dan perjuangan politik kita, jangan lah kita berkelahi dan memusuhi sehingga ada yang sanggup memprovok menggunakan isu-isu negatif perkauman. Mereka ini hanya mampu hidup dengan agenda perkauman sahaja... bila rakyat dah bersatu, mereka yang RACIST ini akan lenyap. InsyaAllah.
Pada yang nak boikot barangan Cina tu, teruskan... itu hak anda... tetapi pastikan anda KONSISTEN. Jangan sekadar POYO...
Pada yang nak boikot barangan Cina tu, teruskan... itu hak anda... tetapi pastikan anda KONSISTEN. Jangan sekadar POYO...
Sehingga kini, Alhamdulillah sudah 5 tahun Neskopi konsisten dalam meboikot McD...
Jangan lah kita sanggup berbuat apa sahaja demi kelangsungan periuk nasi kita. Ada sebahagian manusia apabila berhadapan dengan perkara BATHIL pun kita angguk-angguk sehingga sanggup memekakkan telinga, membutakan mata... asalkan makan bersuap poket terisi... Mereka yang dari jenis ini memang sudah kalah sejak awal, cuma mampu berdiri dengan kedua-dua kakinya adalah dari 'kaki palsu'...
Tidak perlu kita menjadi serupa binatang anjing, bila yang benar dan bathil pun kita wat tak endah... Walaupun dia berada di jalan yang benar, tetapi disebabkan kita tidak suka orang tersebut... kita tak sokong dia...
Sedangkan perjuangan sendiri menghadapi pelbagai perkara Bathil dan kepincangan yang nyata... kita senyap seribu bahasa... Berat nanang pada yang jelas menyokong keBATHILan mereka...
Tidak kisah lah biru, hijau, merah, kuning, putih... yang Bathil kita perlu tegas menyatakan ianya BATHIL! jangan jadi seperti anjing...
Allahua'lam
Sudah baco...Harap komen...
No comments:
sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.