Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Belakang Lorong Seni Seksyen 7 Shah Alam

15 July 2014

we are family

Pada masa hari pertama di bulan Ramadhan, kami pergi ke seksyen 7 shah alam... rancangnya nak pergi cuci rambut puan puteri. Punya lah lama puan puteri ni ke salon dari tengahhari sehingga magrib baru nak siap. Hal perempuan memang lama... Pada rakan-rakan yang ada ma'am nak buat atau basuh rambut tu, baik tinggalkan aje lah situ. Pergi jalan-jalan atau ke masjid berhampiran. Kes tak tahu kurang info macam aku ni memang nanya gini...

Kat sini aku nak perkenalkan ada saloon muslimah khas untuk muslimah... maksudnya cuma wanita sahaja yang menguruskan wanita. Memang aku duduk di kaki lima depan pintu saloon, tiada sorang lelaki pun masuk or lalu lalang disini, ye la kan mana tahu suami pada tuan kedai ke apa ke... yang bagusnya semuanya tertutup rapat. Nama salon tu Salon Muslimah AlZahirah, saing rodong boleh lihat di gambar bawah ni...

Apa Yang Menarik Di UpTown Danau Kota

14 July 2014

Pada malam minggu yang lalu, me and cik puan puteri bersama dengan anak-anak pergi ke UpTown Danau Kota bertemankan stroller seebaby yang telah diperturunkan kepada Bilal oleh abangnya; Ahmad.

Mula-mula cik puan puteri memberikan idea pergi ke Uptown Damansara, yang sebenarnya aku pun  nak pergi juga memandangkan last aku pergi pada tahun 2006. Senghaja nak mengimbas kenangan zaman remaja kot walaupun sebenarnya kami tak pernah kenal pun masa di zaman kolej walau belajar di tempat yang sama!, hehe... sambil-sambil jalan-jalan di Uptown Damansara, Abi rancang nak berdating bersama anak bini, minum air buah ok dah la... aku memang kedekut bab ni.. haha.

Bukan apa, sebab aku tak berkenan langsung dengan kedai makan diluar rumah memandangkan status ke-hygienic-nya yang biasanya kureng walau dimana termasuk lah hotel-hotel 6star sekalipun. Lebih baik aku makan masakan mak atau masakan cik puan puteri aku ni haar.

Akhirnya kami sampai lah di Uptown Damansara yang pada zaman dahulunya havoc sangat dengan mat rempit a.k.a mat mod a.k.a mat rem, mat kereta, mat skuter dan mat vespa (termasuk juga mat basikal pakai feering)... betul ke aku eja ni?? malah dulu havoc dengan Flea Market di sepanjang jalan disini.

Kini Uptown Damansara sudah mati... aku tak perasan pun bila dia mati. Tapi aku syak dia mati sejak diperkenalkan Uptown Shah Alam dan kemungkinan besar ramai dari mereka telah pun berpindah kesana. Semuanya kini hanya kenangan... tinggal sejarah.

Kosong je pemandangan dengan ditambah mesin-mesin berat yang memacak cerucuk nak mebina bangunan mungkin shoping kompleks atau pusat ruang pejabat. Allahualam.

Cuma yang boleh dikatakan disini, tiada apa-apa yang menarik di Uptown Damansara. Disebabkan kekecewaan, aku membawa diri ke 7e berhampiran, beli air lah... dahaga... kan kita di bulan puasa sekarang ni lagipun biasanya bila aku berbuka, aku minum sket air sebab nak prevent perut jadi monchet. Oleh sebab yang demikian, cik puan puteri pun suggest lah pada kami agar meneruskan perjalanan dan pergi ke Uptown Danau Kota. Set GPS (Guna Pun Sesat)... Zooomm jalan.

Akhirnya kami sampai di Uptown Danau Kota. Tersangat ramai lah manusia disini memandangkan malam minggu ditambah lagi bazaar Ramadhan (Baram). First sekali adegan mencari parking.. penuhh.. last lepas buat U-turn, ada satu ruang kosong bukan tempat parking aku jumpa. Ada seorang remaja melayu sedang tunggu kat parking tu. Selesai aku parking kereta chantekk punya, aku buka power window aku dan tanya "parking berapa RM?" remaja Melayu tu jawab "parking RM3".. perghhh gilos mahal aku habaq unk wei. Saja aku mintak resit parking kat remaja Melayu ni, dia kata "ada, tunggu kejap".. selepas dia ambil tiket parking kat kawan dia yang sedang 'membantu' orang lain parking tu, dia serahkan kat aku tiket yang dah komot dan sudah terguna. Padahal tiket potostat je pun. VALET Parking derrr... stylo & class habis! hang tak caya, tengok gambar bawah ni.

valet parking danau kota

Malas aku nak mikir remaja Melayu ni kerja dengan siapa... sempat aku congak-congak jika sekali di malam minggu dengan 40 lot parking kereta bersama dengan 3 orang rakannya yang lain... sorang boleh dapat rm2500 sebulan... masyukk!

Percutian Ke Akuaria KLCC Groupon Voucher

03 May 2014

mark

Alhamdulillah, seumur hidup kami tak pernah masuk lagi akuaria KLCC. Pada minggu ini kami berkesempatan meluangkan masa bersama Ahmad dan Bilal ke Akuaria KLCC. Sekarang ni Ahmad dah berumur 4 tahun, memang sesuai sangat lah membawa dia ke tempat-tempat macam ni. Banyak soalannya dan banyak permintaannya ketika di dalam Akuaria KLCC.

Kami membeli tiket Groupon Voucher yang berharga RM22 untuk Ahmad dan RM28 untuk dua orang dewasa; Abi & Ibu. Kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran. Masa ni mungkin Bilal enjoy untuk melihat sahaja manakala Ahmad enjoy untuk mengetahui dengan mendalam.

Service Review - GL Car Jockey Services; Solaris Dutamas

06 April 2014

kuda buloh bamboo horse

Assalamualaikum, sudah lama Neskopi tidak menghasilkan post-post baru akibat kekangan masa dan hal berkaitan peribadi yang selayaknya di settle kan terlebih dahulu. Baru sekarang berkesempatan untuk membuat post baru bagi menghidupkan blog ini kembali.

Baru-baru ini kami mencari beg luggage, atau dikenali dengan beg spinner yang bersaiz cabin. oleh itu kami telah ke Solaris Dutamas di Jalan Dutamas 1. Kabin beg biasanya bersaiz ukuran 20" atau kurang yang diukur memanjang secara melintang dari hujung ke hujung.

daiichi condotti luggage spinner bag

My Dear Car Seat 30010 User Review : Warehouse Puchong

09 June 2013

my dear puchong

my dear puchong

my dear puchong

my dear puchong

Semalam berkesempatan berkunjung ke My Dear Warehouse di Puchong ( koordinat GPS: 2.97219, 101.610882 )... Harga barangan yang ditawarkan disini adalah lebih murah sedikit berbanding yang ada di pasaran mahupun secara pembelian atas talian... beli lagi banyak, lagi banyak lah boleh jimat...

Memandangkan Ahmad selalu je tergolek ke bawah kerusi kereta apabila Abi dia brek, kadang-kadang tergolek lalu menghentam pintu membuatkan kami mengambil keputusan membeli car seat untuk keselamatan beliau... kesian Ahmad... Alhamdulillah sekarang ni bila dah ada My Dear Car Seat 30010, Ahmad tidak lagi berjalan-jalan di dalam kereta... duduk senyap dah... kali pertama duduk menggunakan car seat ni, dia terus lena dibuai mimpi... sedap selesa lah kot...

This Is Teluk Intan ; Menara Condong (Leaning Tower)

26 May 2013

menara condong teluk intan

Pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu kami sekeluarga jalan-jalan cari makan di Teluk Intan, Perak... untuk memenuhi jemputan Walimah rakan kami Cik Mashitah yang kini sudah bergelar Puan... Tahniah, Selamat pengantin baru... :)

Ni adalah post awal kami berkaitan Teluk Intan... boleh dikatakan Teluk Intan adalah sebuah pekan cina yang dipenuhi dengan kuil hindu... apa yang best disini adalah makan, makan, makan dan makan... hehe...

Samsung Customer Service Plaza Petaling Jaya

20 April 2013

s3 siti

Sudah lama sebenarnya Samsung s3 Siti ni masuk air... rosak.. total out of services

Belum sampai setahun diguna, 6 bulan kemudian masuk air... masuk dalam bekas air... selam tak timbul2...

Samsung mengkategorikan ini sebagai kerosakan akibat air, water damage... warranty tak cover... termasuk lah disebabkan mother nature seperti banjir, tanah runtuh, eksiden...

Dengar dari rakan Abi yang menggunakan smart phone Apple, water damage pun diorang cover...

Sluurp.. Sedapnye Bean Curd Dadih Nona

19 April 2013

sluuuuuuurrp

Sluuuurrp... Sudah... dia dah minum dadih...

Petang pun minum, malam pun minum...

Kene pantau gini... Kalau tak, nanti sejuk dada dia...

Selsema memanjang...

Kene ubah minum waktu petang je...

Nona... oh Nona... Sedapnye...