Showing posts with label Bilal. Show all posts
Showing posts with label Bilal. Show all posts

Review Permainan Anak Lego Duplo 135 Pieces

18 September 2014

Lego Duplo

Review ini lebih sesuai dijalankan oleh Ahmad dan Bilal kerana diorang adalah pengguna yang banyak meluangkan masa bersama Lego Duplo. Ini adalah hari kedua Ahmad dan Bilal bermain Lego Duplo bersama-sama dengan Abi.

Melihatkan Bilal bermain Lego di Rumah Maktok tempohari menyebabkan Abi berfikir-fikir mahu membelikan permainan anak-anak. Bakat anak-anak sudah dijelaskan ketika kecil, kita lah yang perlu menajamkan dan mencerahkan mata agar dapat melihat bakat anak-anak itu dan kemudiannya dibantu dan diasah untuk dimajukan ke peringkat yang lebih mantap.

Pengajaran Yang Mahal di Bulan Puasa Ramadhan

21 July 2014

Keluarga Kami

Ini sebahagian keluarga aku, ini adalah kali keTiga kami membeli juadah berbuka di Bazaar Ramadhan. Ramadhan kali ini dan seterusnya kami tekad untuk tidak berbelanja di Bazaar Ramadhan bukan disebabkan kami memboikot tetapi kerana nak menahan diri dari berbelanja lebih mendekati pembaziran ditambah pula begitu banyak kes keracunan akibat memakan juadah dari Bazaar Ramadhan yang sebahagian pengusahanya tidak menjaga kebersihan dan tiada kualiti makanan.

Alhamdulillah walaupun tak berjaya mencapai matlamat penuh, Alhamdulillah hanya 3 kali sahaja kami ke Bazaar Ramadhan InsyaAllah sehingga habis 30 hari. Gambar dibawah adalah gambar kami berehat di buaian setelah ke Bazaar Ramdhan buat kali ke-3.

family

Bilal

Ini pula sedikit cerita tentang Bilal; anak lelaki yang ke-2 hasil pernikahan kami. Hari ini Bilal sudah berumur 1 tahun 5 bulan. Aku dapat lihat perkembangan yang sangat pesat ketika Bilal berumur 1 tahun 3 bulan. Bukan bermakna sebelum ini Bilal tiada perkembangan, tetapi perkembangan sebelum umurnya 1 tahun 3 bulan adalah seperti menaiki tangga escalator yang bawa troli TESCO. Sedangkan gambaran perkembangan Bilal ketika umurnya memasuki 1 tahun 3 bulan seperti sebuah tangga 20 kaki yang diletak bersandar di pokok kelapa untuk mengambil buahnya!

Ana Bilal

Pada umur 15 bulan, Bilal sudah boleh mengangkat punggung untuk disarungkan masuk diapers di bawah, sudah boleh membuat pelbagai bunyi monotone, sudah pandai meniru bunyi kucing dan merangkak seperti kucing juga, sudah pandai menaiki kereta mainan dan menolak serta mengawal handle dan stereng dengan baik tanpa melanggar dinding, sudah pandai berkongsi permainan bersama Ahmad, sudah pandai mengelap lantai yang basah akibat air tertumpah, sudah pandai memasukkan pakaiannya ke dalam raga, sudah pandai mengambil giliran menunggu mandi, sudah pandai memanjat tangga, sudah pandai bermanja, sudah pandai meminta dukung dengan Abi, sudah pandai memanggil neneknya dengan panggilan 'Mak'; dengan jelas dan mengenalpasti neneknya secara spesifik, sudah pandai bergurau, sudah pandai meniru apa yang dilihat seperti menembak pistol menggunakan tangan beserta bunyi 'peng'.

Itulah sebahagian perkembangan bilal yang sangat rapid. Panjang sangat nak state satu-satu perkembangannya disini, tak boleh nak tulis semua. hehehe...

Ahmad

feed your brother first

Diatas pula adalah gambar Ahmad memberi makan fishball pada Bilal selepas berbuka di Masjid berhampiran. Aku sudah pesan pada Ahmad ketika berbuka di Masjid tadi, dia kena beri makan orang lain dahulu yang perlu makan walaupun ketika itu ditangannya ada makanan yang hanya cukup untuk dirinya sahaja. Aku berharap pada Allah agar dalam diri mereka tersemat sifat-sifat orang Ansar yang menyanyangi saudara se-Islam melebihi diri mereka dan keluarga sendiri. InsyaAllah Aminn...

Belakang Lorong Seni Seksyen 7 Shah Alam

15 July 2014

we are family

Pada masa hari pertama di bulan Ramadhan, kami pergi ke seksyen 7 shah alam... rancangnya nak pergi cuci rambut puan puteri. Punya lah lama puan puteri ni ke salon dari tengahhari sehingga magrib baru nak siap. Hal perempuan memang lama... Pada rakan-rakan yang ada ma'am nak buat atau basuh rambut tu, baik tinggalkan aje lah situ. Pergi jalan-jalan atau ke masjid berhampiran. Kes tak tahu kurang info macam aku ni memang nanya gini...

Kat sini aku nak perkenalkan ada saloon muslimah khas untuk muslimah... maksudnya cuma wanita sahaja yang menguruskan wanita. Memang aku duduk di kaki lima depan pintu saloon, tiada sorang lelaki pun masuk or lalu lalang disini, ye la kan mana tahu suami pada tuan kedai ke apa ke... yang bagusnya semuanya tertutup rapat. Nama salon tu Salon Muslimah AlZahirah, saing rodong boleh lihat di gambar bawah ni...

Apa Yang Menarik Di UpTown Danau Kota

14 July 2014

Pada malam minggu yang lalu, me and cik puan puteri bersama dengan anak-anak pergi ke UpTown Danau Kota bertemankan stroller seebaby yang telah diperturunkan kepada Bilal oleh abangnya; Ahmad.

Mula-mula cik puan puteri memberikan idea pergi ke Uptown Damansara, yang sebenarnya aku pun  nak pergi juga memandangkan last aku pergi pada tahun 2006. Senghaja nak mengimbas kenangan zaman remaja kot walaupun sebenarnya kami tak pernah kenal pun masa di zaman kolej walau belajar di tempat yang sama!, hehe... sambil-sambil jalan-jalan di Uptown Damansara, Abi rancang nak berdating bersama anak bini, minum air buah ok dah la... aku memang kedekut bab ni.. haha.

Bukan apa, sebab aku tak berkenan langsung dengan kedai makan diluar rumah memandangkan status ke-hygienic-nya yang biasanya kureng walau dimana termasuk lah hotel-hotel 6star sekalipun. Lebih baik aku makan masakan mak atau masakan cik puan puteri aku ni haar.

Akhirnya kami sampai lah di Uptown Damansara yang pada zaman dahulunya havoc sangat dengan mat rempit a.k.a mat mod a.k.a mat rem, mat kereta, mat skuter dan mat vespa (termasuk juga mat basikal pakai feering)... betul ke aku eja ni?? malah dulu havoc dengan Flea Market di sepanjang jalan disini.

Kini Uptown Damansara sudah mati... aku tak perasan pun bila dia mati. Tapi aku syak dia mati sejak diperkenalkan Uptown Shah Alam dan kemungkinan besar ramai dari mereka telah pun berpindah kesana. Semuanya kini hanya kenangan... tinggal sejarah.

Kosong je pemandangan dengan ditambah mesin-mesin berat yang memacak cerucuk nak mebina bangunan mungkin shoping kompleks atau pusat ruang pejabat. Allahualam.

Cuma yang boleh dikatakan disini, tiada apa-apa yang menarik di Uptown Damansara. Disebabkan kekecewaan, aku membawa diri ke 7e berhampiran, beli air lah... dahaga... kan kita di bulan puasa sekarang ni lagipun biasanya bila aku berbuka, aku minum sket air sebab nak prevent perut jadi monchet. Oleh sebab yang demikian, cik puan puteri pun suggest lah pada kami agar meneruskan perjalanan dan pergi ke Uptown Danau Kota. Set GPS (Guna Pun Sesat)... Zooomm jalan.

Akhirnya kami sampai di Uptown Danau Kota. Tersangat ramai lah manusia disini memandangkan malam minggu ditambah lagi bazaar Ramadhan (Baram). First sekali adegan mencari parking.. penuhh.. last lepas buat U-turn, ada satu ruang kosong bukan tempat parking aku jumpa. Ada seorang remaja melayu sedang tunggu kat parking tu. Selesai aku parking kereta chantekk punya, aku buka power window aku dan tanya "parking berapa RM?" remaja Melayu tu jawab "parking RM3".. perghhh gilos mahal aku habaq unk wei. Saja aku mintak resit parking kat remaja Melayu ni, dia kata "ada, tunggu kejap".. selepas dia ambil tiket parking kat kawan dia yang sedang 'membantu' orang lain parking tu, dia serahkan kat aku tiket yang dah komot dan sudah terguna. Padahal tiket potostat je pun. VALET Parking derrr... stylo & class habis! hang tak caya, tengok gambar bawah ni.

valet parking danau kota

Malas aku nak mikir remaja Melayu ni kerja dengan siapa... sempat aku congak-congak jika sekali di malam minggu dengan 40 lot parking kereta bersama dengan 3 orang rakannya yang lain... sorang boleh dapat rm2500 sebulan... masyukk!

E-Kupon Potongan Harga Tesco Online

26 May 2014

Kupon Potongan Harga Tesco Online 2014

Kali ini dah masuk kali yang ke-tiga kami membeli belah secara online di TESCO. Bagi kami cara ini adalah sangat convenience, tak perlu cari parking, tak perlu jalan dan tak perlu buang masa melihat benda-benda yang tak patut.

Di bawah ini adalah beberapa gambar troli milik pakcik Tesco yang sedang bertugas (gambar pakcik Tesco tu tiada, yang ada makcik Tesco ni.. hahaha)

tesco online

tesco online

makcik tesco online

Bilal dan barang tesco

Percutian Ke Akuaria KLCC Groupon Voucher

03 May 2014

mark

Alhamdulillah, seumur hidup kami tak pernah masuk lagi akuaria KLCC. Pada minggu ini kami berkesempatan meluangkan masa bersama Ahmad dan Bilal ke Akuaria KLCC. Sekarang ni Ahmad dah berumur 4 tahun, memang sesuai sangat lah membawa dia ke tempat-tempat macam ni. Banyak soalannya dan banyak permintaannya ketika di dalam Akuaria KLCC.

Kami membeli tiket Groupon Voucher yang berharga RM22 untuk Ahmad dan RM28 untuk dua orang dewasa; Abi & Ibu. Kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah tidak dikenakan sebarang bayaran. Masa ni mungkin Bilal enjoy untuk melihat sahaja manakala Ahmad enjoy untuk mengetahui dengan mendalam.

Bilal Mula Memanjat, Beraksi Kungfu Lalu Berdiri

01 September 2013

Duk ushar dari jauh

Alhamdulillah... semenjak Raya 2013 ni, perkembangan bilal sangatlah cepat. sekejap-sekejap dia dia meniarap, sekejap menjulur, sekejap duduk dan yang terbaru dia dah mula memasang kuda-kuda lalu memanjat sofa, meja dan ibu bapa nya serta abang Ahmad kesayangan Bilal.

Semasa artikel ni ditulis, dia masih menemani Abi nya membuat kerja, ingin sekali dia turut sama membantu... hehe.

Dibawah adalah beberapa siri kejayaan Bilal dalam mempelopori kaedah menempel, memanjat dan berdiri... hehe...

Bilal Dah Start Meniarap!

31 August 2013

mula meniarap!

Gambar diatas diambil pada 19 July 2013... yang sebenarnya Ahmad Mukhlis a.k.a Bilal sudah mula meniarap lebih kurang pada tarikh 25 Jun 2013. Bulan 6 adalah bulan dimana kami kurang mengambil gambar dan video... gali punya gali simpanan dalam hard disk... tiada gambar semasa Bilal mula-mula meniarap... tersangat sibuk kot?

Alhamdulillah, walaupun tiada gambar, kami ada mengambil sebuah video semasa dia mula-mula meniarap. Minta maaf, kami tak dapat nak attach video yang berkenaan sebab line celcom ni lembab tak macam UniFi. Tapi kami bersyukur Malaysia masih aman. :D