Showing posts with label safety. Show all posts
Showing posts with label safety. Show all posts

Amaran Keras ! Awas Bagi Pengaib dan Pengumpat

10 September 2013

sanggup makan daging saudara sendiri?

Seorang anak murid datang bertemu dgn gurunya, lantas berkata , Tuan! Seseorang sedang menceritakan keaiban Tuan dlm majlis ilmunya, jawapan Tuan Guru yg cuba mengamalkan sunnah Nabi saw itu, tak mengapalah anakku ! Marilah sama2 kita menghayati Sabda Rasulullah S.A.W.

"wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya!

Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)

Malaysia Adalah Greece Yang Seterusnya?

06 September 2013

the next greece?

Ramai menteri sekarang berkata pasal defisit, then defisit dan defisit. potong sana kata nak kurang defisit. bla bla bla bla...
Cuma nak habaq, defisit ni maksudnya 'kurang', 'negatif' dan yang seumpamanya.

Budget 2012 negara tahun lepas juga adalah perbelanjaan 'budget defisit'

Yupp.. negara kita menuju dan merudum dalam kancah kebangkrapan... adakah greece tujuan kita? dimana hutang negara kita pada tiap saat bertambah lebih RM500.

Tip Mengajak Anak Murid Bersolat

03 August 2013


Tip mengajak anak murid bersolat
Diolah daripada tip mengajak suami solat :

Bismillah.
Ketika mahu mengajak anak-anak murid bersolat, contohnya semasa di sekolah, gunakan skrip kata-kata yang lembut dan suka mereka dengari daripada guru. Elakkan menggunakan kata-kata yang kasar, mengherdik, menyuruh-nyuruh, mengajar, memaksa dan seumpamanya.

Menjelang Busana Aurah 1 Syawal, Dimana Maruah Kita?

busana dedah hijabi-star?

Pasti ramai sudah membeli baju baru untuk dipakai pada hari kemenangan yakni hari raya. Tapi sudahkah anda menyemak sama ada baju baru anda itu mengikuti piawaian syariah yakni mengikuti apa yg Allah perintahkan?

Bagi lelaki, tiada masalah besar kerana kebanyakkannya akan memilih baju melayu atau jubah sebagai pakaian raya. Jadi hal berkaitan aurat insyaAllah tidak akan timbul kecuali mereka memilih untuk mendedahkan aurat.

Perbandingan dan Renungan Kisah Benar Nabi Utusan Allah

12 July 2013

bahtera

Wahai anakku,
Sedarkah engkau bahawa Allah ada mengemukakan perbandingan untuk renungan dan iktibar, isteri yang kafir ialah isteri nabi Nuh dan Nabi Lut. Walaupun keduanya diletakkan sebagai isteri nabi, akan tetapi mereka khianat dan akhirnya dihumbankan ke neraka.

Allah juga membawa contoh perbandingan isteri yang beriman ialah isteri Firaun (Asiah). Yang mendoakan agar Allah membina mahligai dalam syurga dan dijauhi daripada kezaliman Firaun dan kaumnya.

Keselamatan Storan SD MMC Card SSD HDD Dari Pencuri Data

06 April 2013

SanDisk 32GB pro sdhc

Beberapa tahun dahulu kita dengan rakusnya dihidangkan oleh penyampai media cetak mahupun elektronik berkenaan kes aniaya keatas artis-artis seperti Ariel Peter Pan  dan seperti juga Edison Chen. Neskopi bukan nak menyokong pelakuan zina, sebaliknya perlakuan mengaibkan kini telah menjadi satu 'adat' yang kian diterima pakai oleh masyarakat sedangkan kenyataannya ianya salah untuk mengaibkan sesorang individu mahupun kumpulan samada dengan apa cara sekalipun.

Sehinggakan seolah-olah kita sekarang ini hidup dalam situasi dimana, serangan keatas peribadi itu sudah diterima pakai, dan perlakuan mendedahkan video seks ke khalayak ramai (termasuk ditonton oleh kanak-kanak) adalah sah dan dikira sebagai perjuangan suci. Sebenarnya neskopi bukanlah peminat cerita mereka, jauh sekali lagu artis tersebut. Cuma kita perlu ambil iktibar dari kesilapan mereka.

Kenapa Madu Tidak Sesuai Bagi Bayi ?

19 December 2012


Kenapa Madu Tidak Sesuai Bagi Bayi ?

Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”. Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apps Reviews : AES Detector By Kevin Chua For Android

05 November 2012

duduk je sini, senantiasa dapat free flash

Sudah lebih seminggu Siti dan Abi menggunakan aplikasi android AES Detector yang dijana oleh Kevin Chua berdasarkan koordinat GPS yang diumumkan oleh JPJ.

Secara mudahnya aplikasi ini menggunakan koordinat GPS yang telah ditandakan (senarai lokasi AES yang dikeluarkan oleh JPJ) dengan bantuan GPS untuk menentukan kedudukan sebenar jarak AES yang terhampir dengan lokasi pengguna aplikasi pada satu-satu masa.

Google Play Store: Free Download AES Detector For Android

26 October 2012

penembak sedoot duit

Dikesempatan ini Siti dan sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha bagi semua muslimin dan muslimat tak kira dimana mereka berada. Hati-hati semasa memandu dan bawa kenderaan secara berhemah apabila berada diatas jalan raya.


aes point

Bagi mereka yang pulang dengan menaiki kereta atau motorsikal, Siti ingin berkongsi satu aplikasi bagi android phone iaitu AES DETECTOR bagi mengesan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dalam jarak 1 kilometer sebelum lokasi sebenar kamera ini ditempatkan.

Menempatkan Syukur Dihadapan

27 September 2012

digitalmukmin

Sepasang suami & isteri YANG berMASALAH RUMAHTANGGA pergi mengikuti kursus selama 6 hari... semua peserta kursus telah dinasihatkan untuk buat "homework" apabila habis berkursus dan setibanya dirumah.

Suami isteri ini dikehendaki menyenaraikan semua ketidak puas hatian pada pasangan masing2.

Maka selang 3 hari, mereka berdua membawa berbelas-belas helai kertas kajang. si isteri bertanya pada suami "siapa nak mula dahulu", si suami menjawab "awak lah mulakan dahulu"

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Musim Perayaan Atau Meninggalkan Rumah Untuk Bercuti

18 August 2012

safe


  1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
  2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).
  3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

Persiapan Sebelum Pulang Berhari Raya

16 August 2012

pin pin

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas menunaikan ibadah berpuasa selama sebulan.

Dalam keghairahan orang ramai untuk pulang ke kampung, beberapa tindakan atau langkah pencegahan haruslah diambil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Di sini kami berkongsi panduan atau tips-tips sebelum pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri.

Cara Penyimpanan Susu Dan Mencairkan Susu Beku

11 August 2012

mum luv

Panduan penyimpanan susu dan mencairkan susu beku, Pada akhir tahun 2011, Siti ada menulis Post dengan tajuk yang hampir sama iaitu penyimpanan susu ibu, maklumat tambahan bagi ibu bekerja dan menyedia dan memanas susu ibu, cuma kali ini Siti ingin memberikan penerangan bergambar yang diharap dapat membantu golongan ibu-ibu yang masih menyusukan anak dengan susu badan.

Diharap penerangan dibawah memberikan sedikit gambaran yang jelas bagaimana proses penyimpanan dan bagaimana untuk memanaskan semula susu yang telah beku. Kepada Ibu-ibu, selamat membaca :)

Kesan Membersih Najis dengan Wet Tissues a.k.a. Baby Wipes

29 July 2012

tehko
Ahmad Dan Baby Wipes

Hari ini Siti mahu berkongsi sedikit informasi bagi ibu & bapa di luar sana khasnya mereka yang mengaplikasi penggunaan tisu lembab (wet tissues, baby wipes) untuk membersihkan najis bayi ketika menukar lampin.

Sebenarnya perkara ini sudah lama di dirangka untuk perkongsian bersama pembaca, cuma disebabkan beberapa sekatan seperti peruntukan masa dan tajuk-tajuk lain yang juga masih banyak dalam perangkaan mybabyahmad.

Dari segi praktikal dan hukum, Siti tidak akan memberikan sebarang kenyataan sebab Siti sendiri bukannya alim dalam mengenengahkan nas-nas dari Al-quran, hadis, ijmak dan qias, cuma Siti ingin membuka minda kebanyakan ibu diluar sana yang menggunakan cara yang disebutkan diatas.

Menanti Kehadiran Ahli Keluarga Yang Baru

20 July 2012

bilal
Buku Temujanji

InsyaAllah bulan 2 tahun 2013, Ahmad akan bertemankan adiknya. Lelaki atau Perempuan? Allahua'lam... segala pemberian dari-Nya adalah anugerah yang terbaik. Alhamdulillah dan semoga ianya menjadi amanah yang ringan buat kami dan yang menyejukkan mata hati sepertimana putera sulung.

Secara rasminya juga sudah 7 minggu Ahmad telah berhenti menyusu badan, semuanya atas nasihat mak mertua, suami dan doktor. Sekira-kiranya Ahmad telah berjaya menyusu badan secara penuh selama 1 tahun 9 bulan. Tahniah Ahmad =)

Baca juga Entry Bercerai Susu

Khadijah Firdaus

10 Kesilapan Yang Sering Dilakukan

10 January 2012

ciuman abang

  1. mengangkat bayi ketika posisi ibu sedang membongkok.
  2. membenarkan bayi / anak menaiki tangga dengan memakai stokin atau busha.
  3. membiarkan wayar atau alatan berwayar seperti charger telefon berselirat dilantai.
  4. membiarkan bayi / anak bermain di anak tangga tanpa pengawasan sekiranya berisiko untuk jatuh.
  5. membiarkan anak dalam tab mandi sendirian walaupun seketika.
  6. memberi minum bayi dengan cara menyendal botol susu contohnya menggunakan bantal, kain dan sebagainya.

10 Barang Perlu Dibawa Bersama Bayi Sebelum Meninggalkan Rumah

09 January 2012

  1. Mykid
  2. Sepasang kasut
  3. Lampin
  4. Sepasang baju ganti
  5. Dropolene
  6. Yu Yee Oil
  7. Alas tukar lampin
  8. Tuala / Napkin / Sapu Tangan
  9. Baju sejuk
  10. Stroller / Baby car seat / Baby carrier

Khadijah Firdaus

Kehadiran Raksa : TYT Minyak Daun Ubat Dan Kesannya

29 December 2011


Produk Tradisional Twee Hong Suah Dibatal Pendaftaran 
Melalui berita yang disiarkan di TV3 jam 1:30 petang (29/12/2011)

Pihak berkuasa kawalan dadah telah membatalkan pendaftaran produk tradisional berdaftar - Twee Hong Suah yang dikesan mengandungi merkuri melebihi had yang dibenarkan.
Pengilang produk juga telah diarah untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta merta  dan menarik balik kesemua produk itu dari pasaran.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dalam satu kenyatan memaklumkan kesemua kelompok produk telah disampel di bawah aktiviti pengawasan mutu produk berdaftar.
Ia dijalankan secara rutin oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.
Hasilnya ia didapati gagal ujian had merkuri dengan kandangan merkuri dikesan pada tahan tinggi melebih had biasa yang dibenarkan iaitu 0.5 miligram per kilogram.
Penggunaan logam berat itu dalam kuantiti berlebihan boleh mengakibatkan kesan keracunan seperti rasa kebas atau gatal, sakit, pertukaran warna kulit, bengkak dan kulit mengelupas.
Produk Twee Hong Suah digunakan secara tradisional untuk kanak-kanak bagi melegakan angin, sakit perut, loya, cirit birit, batuk dan demam.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menggunakan produk itu dengan serta merta.

Listen And Download The Holy Quran In Mp3 Format

26 December 2011

ahmad mengaji
 
Recites by : Sheikh Mishary Rashed Alafasy.
Untuk mendengar, klik sahaja pada perkataan 'Download'
Untuk menyimpan mp3, klik kanan pada 'Download' dan 'save link as...' dan tekan 'yes'

Guided Play vs Free Play : Which Better ?

22 December 2011


Apa itu 'play' ?
Menurut Kielhofner (1995), 'play' adalah merupakan pekerjaan utama semasa kecil.

PENGENALAN

'Play' Dan Kepentingannya
Bundy (1991), menyatakan 'free play' sebagai pengendalian, penguasaan dan pengawalan aktiviti bermain oleh kanak-kanak tanpa campur tangan ibu bapa samada terlibat secara langsung atau tidak semasa kanak-kanak bermain, mencipta, berbincang, meneroka dan membuat aktiviti secara spontan dengan menggunakan apa yang ada disekeliling. Contohnya mencipta bunyi muzik menggunakan tin dan kayu.