E-Rokok, E-Cig, Vapors PV Sebagai Terapi Penggantian Nikotin ?

29 January 2013


E-Rokok, E-Cig, Vapors PV Sebagai Terapi Penggantian Nikotin ?

Baru - baru ini kerajan Malaysia mengharamkan penjualan dan penggunaan e-rokok di Malaysia yang sebelum ini mendapat perhatian dan permintaan meluas di Amerika khususnya semenjak tahun 2008. Harga e-rokok / e-cig / Personal Vaporiszer PV ini adalah diantara rm100-rm1000 mungkin lebih mengikut mutu dan kualitinya. Dimana penggunaannya melibatkan bahan cecair sebagai asas kepada penghasilan asap yang seakan-akan mimik pada asap rokok sebenar tetapi masih mengandungi nikotin. Bahan cecair E-rokok, e-cig ini juga dihasilkan dengan pelbagai jenis perasa seperti Vanilla, Mint dan sebagainya.

Mengikut WHO yang telah mengeluarkan kenyataan;
The World Health Organization stated in September 2008 that no rigorous, peer-reviewed studies have been conducted showing that the electronic cigarette is a safe and effective nicotine replacement therapy. WHO does not discount the possibility that the electronic cigarette could be useful as a smoking cessation aid, but insisted that claims that electronic cigarettes can help smokers quit need to be backed up by clinical studies and toxicity analyses and operate within the proper regulatory framework.

Dibawah adalah salah satu artikel baru-baru ini yang melibatkan E-rokok, e-Cig, Vapor ;

Penjualan rokok elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, penjualan bahan dan produk itu juga salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu serta cecair nikotin untuk kegunaan rokok elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali. Biarpun salah di sisi undang-undang, Liow mengakui penjualan rokok elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan pembelian menerusi Internet. Rokok elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur. Namun, jelas Liow, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik.

Pada pendapat kami, penjualan dan penggunaannya perlulah disekat serta merta selari dengan penyekatan keatas penjualan dan penggunaan rokok tembakau yang dijual secara meluas. Jangan sekadar batuk di tangga sedangkan masalah utama punca penyakit yang telah lama beranak pinak di Malaysia ini dibiarkan begitu sahaja. Keuntungan pendapatan negara hasil dari cukai tembakau bukanlah satu kemestian jika kesihatan rakyat dan orang lain sebagai 2nd hand smoker dan 3rd hand smoker dibiarkan.

Oleh itu saya sebagai isteri kepada bekas perokok yang telah berhenti sertamerta sebulat suara mengutarakan hak kami sebagai rakyat yang mengutamakan kesihatan keluarga dan anak-anak agar kilang-kilang rokok dan segala jenis rokok samada dari jenis elektronik atau tembakau perlulah DIHAPUSKAN SERTA MERTA.

Vanding Machine di UK

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

13 comments:

  1. We sell both the KR808D-1 and 510 cartomizers. Both the prefilled and the blank cartomizers can be refilled easily using several different methods. I'll explaint he pro's and con's of each method. best e liquid 2013

    ReplyDelete