Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Senarai Anak Kapal Nahas MH17 Amsterdam to Kuala Lumpur

18 July 2014

Innalillahi wainnailaihirajiun bagi semua penumpang dan anak kapal MH17 yang ditembak dan berakhir di Ukraine. Dibawah adalah gambar-gambar jelas bukti Nahas yang melibatkan pesawat MH17 milik Malaysian Airline System.

nahas pesawat MH17

nahas pesawat MH17

nahas pesawat MH17

nahas pesawat MH17

nahas pesawat MH17

Di bawah adalah senarai anak kapal yang dipercayai menjadi mangsa korban pesawat MH17 milik Malaysian Airline System.

Pilots
  1. Caiptain Wan Amran Wan Hussin
  2. Captain Eugene Choo jin leong
Co-Pilots
  1. Ahmad Hakimi Hanapi
  2. Muhamad Firdaus Abdul Rahim
Leading Steward
  1. Mohd Ghafar Abu Bakar
Steward
  1. Shaikh Mohd Noor Mahmood
  2. Sanjid Singh Sandhu
Stewardess
  1. Dora Shahila Kassim
  2. Azrina Yakob
  3. Lee Hui Pin
  4. Mastura Mustafa
  5. Chong Yee Ping
  6. Hamfazlin sham Mohamed Arifin
  7. Nur Shazana mohamed Salleh
  8. Angeline Premila Rajandaran

The Missing Chapter - Kanak Kanak OKU Flat Semarak Fasa 2 Nilai

22 June 2014

Di bawah ini saya sharekan beberapa gambar Muhammad Firdaus Dullah, 15 tahun yang menghidapi penyakit Cerebral Palsy atau dikenali dengan CP sebelum ditemui oleh Jabatan Imegresen negeri Sembilan di Flat Semarak Fasa 2 Nilai Negeri Sembilan.

Muhammad Firdaus Dullah

Muhammad Firdaus Dullah

Muhammad Firdaus Dullah

Di bawah ini pula adalah gambar Muhammad Firdaus Dullah yang ditemui dan ditempatkan di hospital pada awal minggu ini,

Muhammad Firdaus Dullah

Ibu Magsa yang hanya mahu dikenali sebagai lola; 40 tahun menyatakan bahawa kesusahan hidup dan kesibukan mencari wang adalah menjadi punca segalanya.

Membeli Belah & Bayar Bil Online

08 April 2014

lori tesco

Alhamdulillah, walaupun sekarang ni agak busy disebabkan urusan rumah akibat dari siti berhenti kerja yang masih tak settle settle lagi ditambah dengan hutang rumah yang bertambah disebabkan bunga yang dikenakan bank Islam (bunga tetap). Walau pun interest tetap tapi macam riba pun ada. Allahua'lam, masih tak faham struktur pinjaman Bank Islam ini. memang membebankan. Walau apa-pun Allah tetap ada, Allah sahaja yang meringankan beban dan meletakkan bebanan, maka pintala pada Allah agar diangkat bebanan hutang ini InsyaAllah.

Malaysia Aman Tetapi Semakin Ramai Rakyat Tidak Mampu Memiliki Rumah

16 July 2013

rumah mahal janji aman tiada perang

PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Perbandingan dan Renungan Kisah Benar Nabi Utusan Allah

12 July 2013

bahtera

Wahai anakku,
Sedarkah engkau bahawa Allah ada mengemukakan perbandingan untuk renungan dan iktibar, isteri yang kafir ialah isteri nabi Nuh dan Nabi Lut. Walaupun keduanya diletakkan sebagai isteri nabi, akan tetapi mereka khianat dan akhirnya dihumbankan ke neraka.

Allah juga membawa contoh perbandingan isteri yang beriman ialah isteri Firaun (Asiah). Yang mendoakan agar Allah membina mahligai dalam syurga dan dijauhi daripada kezaliman Firaun dan kaumnya.

Al Kisah RM10...

07 July 2013

Al kisah RM10

Alkisah RM10…

Melihat rakan-rakan sekolah giat mengumpul permainan dalam kotak Tora Aman, saya iri hati dan terasa ibubapa saya tidak berguna kerana tidak dapat memberikan saya duit untuk hidup seperti rakan-rakan sekolah.

Satu hari, abon pulang dari kerja. Abon terus menukar pakaian kepada bertuala untuk bercuti. Dompet abon masih di dalam seluar panjangnya.

Hukum memakai Cincin Emas Bagi Lelaki

06 July 2013

cincin lelaki

Hukum memakai Cincin Emas Bagi Lelaki

Daripada 'Abdullah bin 'Abbas : Bahawa Rasulullah SAW pernah melihat sebentuk cincin emas di tangan seorang lelaki. Lalu baginda melucutkan cincin tersebut lalu terus melemparnya seraya bersabda: "Salah seorang di antara kalian menginginkan bara api neraka dan meletakkannya di tangannya?"

Setelah Rasulullah SAW beredar pergi seseorang berkata kepada lelaki itu: "Ambilah cincin itu untuk kamu ambil manfaat darinya."

Mulakan Ramadhan Dengan Usaha Kearah Kebaikan

niat kerana Allah semata2

InsyaAllah berbaki 3 hari, kita akan bertemu Ramadhan.

time puasa Ramadhan ni... ada yang puasa bersama nilai top up diawal pagi sebanyak RM100... berbuka ada tambahan top up berganda ganda banyak nya...

ada yang puasa awal pagi top up sebanyak RM100 berbuka juga top up RM100...

ada yang puasa awal pagi top up sebanyak RM100 tetapi berbuka dengan top up RM0...

ada yang puasa awal pagi top up sebanyak RM100 tetapi berbuka dengan top up nilai NEGATIF... dia bersahur,malaikat catit dosa untuknya... dia tahan lapar, malaikat catit dosa untuknya... dia buka puasa, malaikat catit dosa untuknya... dia tidur, malaikat juaga berterusan catit dosa untuknya...

Setiap Orang Mampu Menjadi Yang Terbaik

yang terbaik adalah yang bertaqwa

~Jika dia seorang anak, dia akan menjadi anak yang terbaik, yang sentiasa membahagiakan hati kedua ibu bapanya. Tidak lupa sentiasa berdoa untuk ibubapa samada ibubapa masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

~Jika dia seorang ibu/ayah, dia akan cuba menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya dengan mendidik mereka tentang ilmu, mendidik anak menjadi anak soleh dan solehah. Melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa tanpa rasa keluh kesah. Memasak, menjaga rumahtangga dengan hati yang ikhlas dan tenang.

Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami

beragama dengan agama islam

Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami

Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya. Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-anaknya membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi, suami yang meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezeki tidak akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi beragama yang dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya dengan amanah sepanjang ketiadaannya di rumah.

Ulasan Ringkas Bekenaan Isu Mesir

05 July 2013

hosni mubarak or Dr.morsi?

ULASAN RINGKAS BERKENAAN ISU MESIR

Pandangan peribadi saya berkenaan hal Mesir :
1. Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.

Teknik Bernafas Waktu Kelahiran

04 July 2013

anatomi pernafasan

Teknik Bernafas Waktu Kelahiran

Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.

1. Peringkat awal (early labour)

Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.

Tugas Sebenar Ibubapa Bukan Untuk Membesarkan Anak

02 July 2013

anak amanah dari Allah

Tugas sebenar Ibubapa bukan lah untuk membesarkan anak tetapi yang utama adalah mendidik anak itu dengan corak dan acuan mencontohi dan menuntun Rasulullah SAW. Ramai dari kalangan kita kalau tak ajar cara membesarkan anak tetap juga mampu belajar sendiri macammana cara untuk membesarkan anak, suap sana suap sini dah besar... Tetapi bukan semua Ibubapa yang mampu membesarkan anak ini mampu pula mendidik anak. Membesarkan anak telah lama dipraktikkan oleh semua makhluk termasuk lembu, ular, cicak, burung... tetapi haiwan adalah berbeza dengan manusia yang dikurniakan dengan akal dan hati terutamanya dalam aspek pendidikan anak-anak.

Ini gambar anak sulung saya sewaktu 'dikafankan' dalam satu kursus pengurusan jenazah yang kami buat secara tertutup sesama ahli keluarga. Entah kenapa, saya suka melihat gambar ini setiap kali saya rasa marah dan kecewa dengan sikap dia. Ia mengingatkan saya tentang tempoh masa yang masih berbaki untuk saya dan dia bersama. Gambar ini membantu saya supaya kembali mengingati tanggungjawab saya yang cukup penting dan genting.

Kebohongan Seorang Emak

ibu anak

'Kebohongan' Seorang Emak

Seorang Emak sering berbohong utk kebaikan ank2nya.

1. Ketika makan, jika makanan kurang, Emak akan memberikan makanan trsbut kpd anaknya dan berkata, " Makan la dlu, emk x lapar lgi."

2. Time makan, Emak selalu menyisihkan ikan dan daging untuk anaknya dan berkata, " Emak x suka makn daging, makan la ... "

3. Tengah mlm time Emak menjaga anaknya yg tngh sakit, Ia akan berkata,
" Tdor la dlu Emak x mngntuk lgi .... "

21 Perkara Yang Akan Membuatkan Suami Bertambah Sayang

01 July 2013


21 Perkara Yang Akan Membuatkan Suami Bertambah Sayang

1. Bersihkan diri
Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.

2. Sentiasa senyum
Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

Kerdilnya Kita; Hanya Didatangkan Jerebu, Ramai Dah Excuse Solat Jumaat

29 June 2013

ipu muar hampir catat rekod tanding jerebu 1997

jerebu sungai buloh

Waktu hari pertama kawasan kami ALLAH turunkan hujan selepas jerebu menyelubung udara....
waktu tu jam 3 pagi
hujan turun lebat tapi sekejap je

selesai hujan
terdengar bersahut2 kicauan burung
tak berhenti2 dalam 15 minit
lepas tu senyap

dan hujan lagi

subhanALLAH

burung2 itu rupanya berzikir
mengucapkan syukur
saya yakin
mereka berzikir

Setiap Nafas Dihela Menghampiri Mati

mati

Orang yang mati itu sentiasa ingin hidup kembali. Bukan nak hidup lagi sebab tak puas ambil nikmat (enjoy) di dunia, tapi ia tak puas beramal ibadah dan menyesal di dalam kuburnya.

Namun, yang pergi takkan kembali, hingga hari kiamat, kita semua dikumpulkan di mahsyar.

Orang tua, jangan sangka kau hidup selamanya, orang muda, jangan sangka kau mati waktu tua. Mati itu rahsia Allah, kejap lagi pun ada org2 terdekat kita akan mati, atau kita sendiri mati.

Kisah 4 Jenis Pernikahan Zaman Jahiliyah

Jahiliyah

Kisah 4 jenis pernikahan waktu zaman Jahiliyah. Selesai baca, anda semua boleh lihat, ada antaranya telah 'hidup kembali' di zaman ini.

Dari Urwah bin Zubair bahawa Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengkhabarkan kepadanya bahawa: Sesungguhnya pada masa Jahiliyah ada empat macam bentuk pernikahan.

Pertama, adalah pernikahan sebagaimana dilakukan orang-orang pada saat sekarang ini, iaitu seorang laki-laki meminang kepada wali sang wanita, kemudian memberikannya mahar lalu menikahinya.

Bentuk kedua iaitu seorang suami berkata kepada isterinya pada saat suci (tidak haid/subur): “Temuilah si Fulan dan bergaullah (bersetubuh) dengannya.” Sementara sang suami menjauhinya sementara waktu (tidak menjimaknya) hingga benar-benar ia (isteri) positif hamil dari hasil persetubuhannya dengan laki-laki itu. Dan jika dinyatakan telah positif hamil, barulah sang suami tadi menggauli isterinya bila ia suka. Ia melakukan hal itu, hanya untuk mendapatkan keturuan yang baik. Istilah nikah ini adalah Nikah Al Istibdlaa’.

Pesanan Untuk Orang Islam Yang Meninggalkan Solat

Jadilah Muslim Yang Mukmin

KHAS UNTUK ORANG ISLAM YANG MENINGGALKAN SOLAT!

✿ Saidina Ali kata HARAM ambik orang tak solat BEKERJA ngan kita. Kalau tau ada staf kita tak solat, suruh dia solat. Kalau dia tak mahu solat, pecat! Tue baru yer, tanda kita cinta kepada Allah. Kalau ada orang tak mahu tunduk kepada Allah dia adalah musuh kita. Tak kira sape2, sekalipon dia tue pok mu atau anok mu. Mereka adalah musuh kita kerana tak mau tunduk kepada Allah.

✿ Kalau tak solat, HARAM ambik buat menantu walau sah nikah. Imam Al-Ghazali kata siapa yang ambik orang tak solat buat menantunya maka dia telah BERDOSA BESAR kerana sama dengan hukum memutuskan silaturrahim kerana anak perempuan kita adalah amanah, HARAM kita bagi ke orang fasik yang tak mahu tunduk ke Allah.

Alkisah Seorang Pakar Silat Keris

20 June 2013

keris tak bersarung

Alkisah seorang pakar silat keris…

Matsur, seorang pakar silat keris yang kasar, bengis, kurang berpendidikan, degil, tinggi dan besar badannya ingin mendalami pemahaman mengenai dunia sementara ini mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ustaz Rani yang tingginya hanya 52. Kelab52 ini memang terkenal dengan rendah diri dan tinggi sabarnya.

“Ustaz,” katanya dengan nada yang akan menakutkan kebanyakkan orang. “Ajar ana mengenai syurga dan neraka.”

Ustaz Rani memandang ke atas melihat Matsur yang besar.