Alkisah Seorang Pakar Silat Keris

20 June 2013

keris tak bersarung

Alkisah seorang pakar silat keris…

Matsur, seorang pakar silat keris yang kasar, bengis, kurang berpendidikan, degil, tinggi dan besar badannya ingin mendalami pemahaman mengenai dunia sementara ini mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Ustaz Rani yang tingginya hanya 52. Kelab52 ini memang terkenal dengan rendah diri dan tinggi sabarnya.

“Ustaz,” katanya dengan nada yang akan menakutkan kebanyakkan orang. “Ajar ana mengenai syurga dan neraka.”

Ustaz Rani memandang ke atas melihat Matsur yang besar.

Ustaz Rani tidak berkata apa-apa… sunyi sepi selama 10 minit sehingga sesabaran Matsur semakin nipis.

Sebelum Matsur bersuara hendak menegur Ustaz Rani, tiba-tiba Ustaz Rani berpusing dan berkata…

“Mengajar ENTA mengenai syurga dan neraka? ANA tak pandai nak ajar ENTA. Enta tak bersih dan berbau. Keris enta itu dah karat. Enta memalukan pasukan silat keris enta. Ana tak nak jumpa enta. Berambus sekarang. Ana tak mahu lihat enta di depan mata,” kata Ustaz Rani secara mengejut.

Matsur menjadi bengis. Badannya menggigil dengan dengan penuh kemarahan sehingga mindanya bergegar. Mukanya menjadi merah. Marahnya menyebabkan muka dan telinganya merah. Matsur terus mengeluarkan keris dan ingin melukakan Ustaz Rani.

“Itu neraka,” kata Ustaz Rani dengan nada berdakwah dan kecil.

Matsur tersentak. Pergerakan beliau terhenti. Beliau kagum dengan Ustaz Rani yang menggunakan nyawanya untuk mengajar mengenai neraka. Beliau menurunkan kerisnya. Terasa bersyukur dan beliau tidak terkata-kata mengapa hati beliau tetiba menjadi tenang.

“Dan itulah syurga,” kata Ustaz Rani sambil tersenyum.

“Dah faham?”

“Allahu Akbar! Takbir!” balas Matsur sambil memeluk Ustaz Rani.

Sekadar cerita.

Lihat kembali sejarah dan pengalaman penjajahan British di negara kita. Ia menggunakan kaedah pecah dan perintah.

Kini kita sedang memerhati apa yang sedang berlaku di Syria sehingga kita hilang fokus kepada musuh yang sebenar.

Senyum.


Source: DTITM
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.