Papa Gomo Berhenti Blogging? Kini Malay Rights!

08 June 2013

blogger fitnah lucah papagomo?

Baru-baru ni terbaca berkenaan si blogger lucah dan fitnah serta penyebar aib?; papagomo atau nama sebenar; Wan Muhammad Azri Wan Deris akan pencen dari dunia Blogger. Aku seperti tak percaya... bagi aku kalau hidup sebelum ni sudah terbiasa meratah daging saudara sendiri untuk memenuhi nafsu tembolok... selera seseorang itu memang susah nak berubah.

Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya, Hidayah dan Taufiq tu bukan milik manusia... Kalau Allah nak beri, takde siapa mampu halang, begitu juga sebaliknya. Allahuakbar... Moga Papagomo lekas bertaubat...

Bukan tak gembira membaca berita ini, tapi biasanya "lidah orang seperti ini bercabang TIGA suku"... memang dia kata berhenti dari mem-blog. Yang dimaksudkan berhenti itu adalah berhenti menulis belog yang sedang ada, tetapi akan mewujudkan belog lain pula.. hahahha...

Neskopi bukan peminat papagomo, tetapi kadang2 bila tersesat di belog dia yang dahulu, neskopi percaya apabila membaca penulisan papagomo akan membuatkan neskopi lebih banyak ketawa dari berfikir guna akal... :p

Papagomo ni bukan lah papa blogger jauh sekali ianya adalah penulisan yang boleh dipercayai, ianya semata-mata belog politik yang tidak matang...

Kini Papagomo juga dikenali sebagai Sir Azri yang menulis belog barunya malayrights.blogspot.com... Apa lagi Papagomo mahu?


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

4 comments: