Showing posts with label parental. Show all posts
Showing posts with label parental. Show all posts

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

10 May 2013

sunnah

4 tahap mendidik anak mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Anak Berusia 0-6 Tahun
Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai serta memanjakan mereka dengan sepenuh kasih sayang. Jangan sesekali merotan apabila mereka melakukan kesalahan.

(Bagi ibubapa yang bekerja, luangkanlah masa bersama anak sejurus pulang dari tempat kerja  sekurang-kurangnya selama 30 minit)


Anak Berusia 7-14 Tahun
Hendaklah kita mendidik mereka agar mendengar arahan, berdisiplin dan berikan mereka tanggungjawab. Didik mereka akan solat, puasa dan ibadah-ibadah lain.

Rotan jika mereka tidak mendirikan Solat ketika umur 10 tahun dengan niat mendidik, bukan niat disebabkan geram atau niat membalas perbuatan dan juga tidak mencederakan tubuh.

25 Perkataan Yang Patut Anak Berusia 2 Tahun Tahu

09 April 2013

barisan hero sepupu sepapat


Artikel ni khas bagi mereka yang ada anak berusia 2 tahun. Persoalannya, apa yang ada dengan anak 2 tahun? tahukah anda anak kita yang berusia 2 tahun sepatutnya telah expert atau pakar dalam memahami dan menuturkan beberapa jumlah perkataan yang sama dengan kanak-kanak sebayanya?

Penyusuan Susu Ibu Eksklusif vs Ibadah Tahnik

29 March 2013

wan atan tahnik bilal

Kebanyakan ibu yang menyusu bayi ingin memberikan yang terbaik bagi anak yang disusukannya. Oleh itu golongan ibu ini mencuba sebaik mungkin memberikan susu ibu secara ekslusif samada ada ketika berada berjauhan atau sanggup bersengkang masa di waktu pagi (pagi buta) ketika orang masih nyenyak tidur.

Kita sering kali tersilap memberi dan memahami makna EKSKLUSIF dalam penyusuan susu ibu kepada bayi dimana ini menyebabkan kita khasnya sebagai ibu menjadi terlalu over protective. Perkara ini mungkin dialami sebahagian ibu yang mengamalkan susuan ibu secara ekslusif, termasuk juga Siti.

Nursing Strikes Dan Punca Puncanya (Early Weaning)

16 December 2012


Nursing Strikes Dan Punca Puncanya (Early Weaning)

Anda dan bayi telah beberapa bulan menjalani penyusuan susu ibu. Anda telah berjaya mengatasi beberapa masalah di awal penyusuan seperti latching, engorged breasts dll dan segalanya nampak lancar. Tiba - tiba, bayi anda seperti menolak penyusuan secara langsung dan akan mengamuk jika anda terus menyuakan payudara anda. Anda panik dan mula tertanya2.Adakah anak sy sudah mahu cerai susu? Adakah dia sakit?Atau susu saya tidak berkhasiat maka bayi sy menolaknya?

Di Sebalik Mitos Susu Ibu

15 November 2012


Dalam riwayat Thabarani dan 'Ibnu dimaklumkan jika seorang wanita melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan dia akan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam (kerana melayan bayinya), dia mendapat pahala seperti pahala orang yang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.

Menempatkan Syukur Dihadapan

27 September 2012

digitalmukmin

Sepasang suami & isteri YANG berMASALAH RUMAHTANGGA pergi mengikuti kursus selama 6 hari... semua peserta kursus telah dinasihatkan untuk buat "homework" apabila habis berkursus dan setibanya dirumah.

Suami isteri ini dikehendaki menyenaraikan semua ketidak puas hatian pada pasangan masing2.

Maka selang 3 hari, mereka berdua membawa berbelas-belas helai kertas kajang. si isteri bertanya pada suami "siapa nak mula dahulu", si suami menjawab "awak lah mulakan dahulu"

Faedah Susu Ibu Terhadap Kanak-Kanak

15 August 2012

Sering kali kita tertanya apa kelebihan susu ibu berbanding susu formula walaupun secara umumnya kita mengetahui kebaikannya melebihi apa yang ada pada susu formula. Jom lihat gambar dibawah bagi menerangkan faedah susu ibu terhadap kanak-kanak.

faedah susu ibu

Khadijah Firdaus

Faedah Susu Ibu Terhadap Bayi

12 August 2012

faedah susu ibu

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233;

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُواْ أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّا آتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

yang bermaksud ;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan"

Cara Penyimpanan Susu Dan Mencairkan Susu Beku

11 August 2012

mum luv

Panduan penyimpanan susu dan mencairkan susu beku, Pada akhir tahun 2011, Siti ada menulis Post dengan tajuk yang hampir sama iaitu penyimpanan susu ibu, maklumat tambahan bagi ibu bekerja dan menyedia dan memanas susu ibu, cuma kali ini Siti ingin memberikan penerangan bergambar yang diharap dapat membantu golongan ibu-ibu yang masih menyusukan anak dengan susu badan.

Diharap penerangan dibawah memberikan sedikit gambaran yang jelas bagaimana proses penyimpanan dan bagaimana untuk memanaskan semula susu yang telah beku. Kepada Ibu-ibu, selamat membaca :)

Kesan Membersih Najis dengan Wet Tissues a.k.a. Baby Wipes

29 July 2012

tehko
Ahmad Dan Baby Wipes

Hari ini Siti mahu berkongsi sedikit informasi bagi ibu & bapa di luar sana khasnya mereka yang mengaplikasi penggunaan tisu lembab (wet tissues, baby wipes) untuk membersihkan najis bayi ketika menukar lampin.

Sebenarnya perkara ini sudah lama di dirangka untuk perkongsian bersama pembaca, cuma disebabkan beberapa sekatan seperti peruntukan masa dan tajuk-tajuk lain yang juga masih banyak dalam perangkaan mybabyahmad.

Dari segi praktikal dan hukum, Siti tidak akan memberikan sebarang kenyataan sebab Siti sendiri bukannya alim dalam mengenengahkan nas-nas dari Al-quran, hadis, ijmak dan qias, cuma Siti ingin membuka minda kebanyakan ibu diluar sana yang menggunakan cara yang disebutkan diatas.

Menanti Kehadiran Ahli Keluarga Yang Baru

20 July 2012

bilal
Buku Temujanji

InsyaAllah bulan 2 tahun 2013, Ahmad akan bertemankan adiknya. Lelaki atau Perempuan? Allahua'lam... segala pemberian dari-Nya adalah anugerah yang terbaik. Alhamdulillah dan semoga ianya menjadi amanah yang ringan buat kami dan yang menyejukkan mata hati sepertimana putera sulung.

Secara rasminya juga sudah 7 minggu Ahmad telah berhenti menyusu badan, semuanya atas nasihat mak mertua, suami dan doktor. Sekira-kiranya Ahmad telah berjaya menyusu badan secara penuh selama 1 tahun 9 bulan. Tahniah Ahmad =)

Baca juga Entry Bercerai Susu

Khadijah Firdaus

10 Barang Perlu Dibawa Bersama Bayi Sebelum Meninggalkan Rumah

09 January 2012

  1. Mykid
  2. Sepasang kasut
  3. Lampin
  4. Sepasang baju ganti
  5. Dropolene
  6. Yu Yee Oil
  7. Alas tukar lampin
  8. Tuala / Napkin / Sapu Tangan
  9. Baju sejuk
  10. Stroller / Baby car seat / Baby carrier

Khadijah Firdaus

Bercerai Susu

Bercerai susu membawa dua makna:
  1. memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bayi;
  2. menghentikan penyusuan badan atau botol. Dalam artikel ini, kita bercakap tentang menghentikan penyusuan badan.
Adalah baik jika anda tidak memberikan bayi anda makanan selain susu ibu sekurang-kurangnya bagi enam bulan pertama dalam kehidupannya dan adalah lebih baik sehingga 2 tahun. Selepas itu, anda boleh mula memberikan dia pelbagai makanan termasuk juga susu ibu.

Apabila usia bayi anda sekitar dua tahun, dia akan mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan dari makanan. Jadi, pada masa itu anda mungkin boleh membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan badan sama sekali. Ini diberi nama menceraikan bayi dari buah dada anda.

Jika anda mahu menghentikan penyusuan badan cara perlahan-lahan sebelum bayi berumur satu tahun, anda perlu menggantikannya dengan susu formula. Anda boleh mencampurkan susu ibu dan formula semasa bayi anda membuat transisi ini.

Penyusuan badan adalah masa yang amat istimewa dalam kehidupan seorang ibu, dan menghentikannya merupakan satu pengalaman penuh emosi. Anda mungkin sedih yang tempoh masa ini sudah selesai, tetapi juga gembira sebab mendapatkan kembali badan anda.

Berita baik ialah bahawa bercerai susu tidak akan menamatkan ikatan mesra yang anda dan bayi telah jalinkan sepanjang tempoh menyusu. Sebenarnya, penyusuan badan merupakan permulaan dalam hubungan istimewa anda berdua.

Tips : Membuka Genggaman Bayi

08 January 2012

jari ahmad

Untuk membuka genggaman bayi seperti contohnya bayi yang memegang / menggenggam erat barang, apa yang mybabyahmad lakukan adalah dengan mengusap lembut belakang tapak tangan bayi, bertujuan memberikan stimulasi / rangsangan disamping menenangkan bayi dan secara langsung memberikan input kepada bayi yang menyatakan bahawa kita mahu bayi membuka tangannya.

Sambil ibu masih mengusap belakang tapak tangan, gunakan tangan yang lain untuk membuka bahagian ibu jari dengan perlahan dan lembut. Bayi akan membuka jarinya yang lain dan ibu bolehlah mengambil barang berkenaan :D

Khadijah Firdaus

Buku '100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu'

05 January 2012

100 persoalan susu ibu

Harga Pasaran RM20
Penulis Zaharah Sulaiman dan Tengku Alina Tengku Ismail.
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dijangka berada dipasaran pada bulan Januari 2012

ISI KANDUNGAN

Bab A – Pengenalan Susu Ibu
Bab B – Kandungan Susu Ibu
Bab C – Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
Bab D – Persediaan Semasa Hamil
Bab E – Panduan Selepas Bersalin
Bab F – Cara Penyusuan Yang Betul
Bab G – Masalah Penyusuan Susu Ibu
Bab H – Ubat-ubatan dan Pemberian Makanan Tambahan
Bab I – Wanita Bekerja dan Penyusuan Susu ibu
Bab J – Menyusui Semula dan menyusukan Anak Angkat
Bab K – Bulan Ramadhan dan Penyusuan
Bab L – Kepercayaan dan Salah Faham

Khadijah Firdaus

Jadual Waktu My Solat Tahun 2012 Untuk Handphone (*.jar file)

04 January 2012

mysolat

Setiap telefon ibu mestilah mempunyai aplikasi My Solat 2012 ini untuk memudahkan penjadualan kita sebagai muslimah yang menjalankan kewajipan hak kepada Allah S.W.T disamping beribadah dengan melakukan aktiviti Breast Feeding bayi / anak. Mendirikan Solat itulah tandanya kita sebagai Hamba Allah yang bersyukur atas segala kurnia nikmat yang tidak dapat dihitung khasnya kita dapat dapat memberikan bayi/ anak 'program' ekslusif Breast Feeding.

Jadual Perkembangan Fizikal (Motor Kasar Dan Motor Halus) Bayi / Anak Dari Usia 0 Bulan Sehingga 7 Tahun

03 January 2012

Pembangunan Fizikal : Dari Lahir Ke 12 Bulan
Kemahiran Motor Kasar
    • 'Cruise' atau meniti di sepanjang objek menggunakan perabot sebagai sokongan.
    • Merangkak menggunakan tangan dan lutut, bottom-shuffle atau 'bear-walk' dengan pantas.
    • Berdiri sendiri untuk beberapa ketika.
    • Berdiri sendiri tanpa bantuan dari orang atau perabot.Bergerak dari berbaring ke posisi duduk.
Kemahiran Motor Halus
    • Menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk pada objek.
    • Memberi keutamaan untuk menggunakan satu tangan berbanding dengan tangan yang lain.
    • Angkat objek kecil dengan fine pincer grasp, iaitu di antara ibu jari dan hujung jari telunjuk.
    • Memegang krayon di telapak tangan genggam dan menyelak beberapa halaman buku.
    • Melepas dan membuang mainan dengan sengaja – lalu melihat di mana objek telah jatuh.
Peranan Anda Dalam Menggalakkan Pembangunan 
    • Menyediakan permainan jenis blok dan jenis susun.
    • Baca buku-buku bergambar dengan puisi yang mudah.
    • Menyediakan mainan beroda untuk ditolak tarik bagi meningkatkan keyakinan berjalan.
    • Menyediakan persekitaran menarik yang mengandungi gambar-gambar, buku, muzik dan makanan yang merangsang deria.

Pembangunan Fizikal : 15 Bulan (bersambung...)


Khadijah Firdaus

Petua : Melentikkan Bulu Mata Bayi

02 January 2012

lentik dan panjang

Kali ini mybabyahmad mahu berkongsi petua untuk memanjang dan melentikkan bulu mata bayi / anak ibu sekalian. Rahsianya, ibu-ibu cuma perlu meletakkan dua titis susu ibu setiap kali selepas menyusukan bayi / anak pada bulu mata kanan dan kiri.

Susu ibu sendirian juga membantu pertumbuhan bulu mata dan rambut yang sihat kerana susu ibu dapat memberikan zat dan vitamin yang diperlukan oleh kulit bayi untuk kekal (maintain) sihat apabila df (direct feeding).

Malah penggunaan susu ibu keatas luka dikulit bayi / anak mampu membantu proses membaikpulih luka di permukaan kulit dan mampu mengurangkan bekas parut.

Ibu juga tidak perlu risau sekiranya air susu ibu memasuki mata bayi / anak malahan menjadi ubat mata yang dapat mencerah dan mampu membuatkan matanya bersinar. Cubalah! :D

Khadijah Firdaus