Bercerai Susu

09 January 2012

Bercerai susu membawa dua makna:
  1. memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bayi;
  2. menghentikan penyusuan badan atau botol. Dalam artikel ini, kita bercakap tentang menghentikan penyusuan badan.
Adalah baik jika anda tidak memberikan bayi anda makanan selain susu ibu sekurang-kurangnya bagi enam bulan pertama dalam kehidupannya dan adalah lebih baik sehingga 2 tahun. Selepas itu, anda boleh mula memberikan dia pelbagai makanan termasuk juga susu ibu.

Apabila usia bayi anda sekitar dua tahun, dia akan mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan dari makanan. Jadi, pada masa itu anda mungkin boleh membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan badan sama sekali. Ini diberi nama menceraikan bayi dari buah dada anda.

Jika anda mahu menghentikan penyusuan badan cara perlahan-lahan sebelum bayi berumur satu tahun, anda perlu menggantikannya dengan susu formula. Anda boleh mencampurkan susu ibu dan formula semasa bayi anda membuat transisi ini.

Penyusuan badan adalah masa yang amat istimewa dalam kehidupan seorang ibu, dan menghentikannya merupakan satu pengalaman penuh emosi. Anda mungkin sedih yang tempoh masa ini sudah selesai, tetapi juga gembira sebab mendapatkan kembali badan anda.

Berita baik ialah bahawa bercerai susu tidak akan menamatkan ikatan mesra yang anda dan bayi telah jalinkan sepanjang tempoh menyusu. Sebenarnya, penyusuan badan merupakan permulaan dalam hubungan istimewa anda berdua.

Bilakah masa yang sesuai bagi bayi saya bercerai susu?

Itu terpulang kepada anda sendiri. Anda mungkin mahu mempertimbangkan bahawa pakar-pakar penyusuan badan mengesyorkan perceraian yang digerakkan bayi. Ini bermakna membiarkan bayi anda atau anak bertatih menentukan bila dia mahu berhenti menyusu tetek.

Bagi anak anda, penyusuan badan bukan bermakna mendapatkan makanan semata-mata. Ia adalah cara untuk merapatkan hubungannya dengan anda, dan menerima keselesaan dan rasa selamat. Jika anda biarkan dia berhenti mengikut perkiraannya sendiri, kemungkinan yang anda akan menghadapi masalah berkurangan.

Bagaimanakah saya mula menceraikan susu?

Sebaik saja bayi anda memakan berbagai jenis makanan, anda akan mendapati dengan sendirinya dia kurang meminta susu badan. Jika anda mahu membantu menggerakkan proses ini, ikutilah langkah-langkah ini:
  • Langkah satu: Biarkan bayi menghabiskan penyusuan sepenuhnya, kemudian berikan dia hidangan kecil makanan. Di ketika ini anda hanya membolehkan bayi anda menguji rasa-rasa dan tekstur. Dia masih mendapatkan kebanyakan makanannya dari susu ibu.
  • Langkah dua: Sebaik saja bayi anda mula makan dengan baik (tandanya kelihatan daripada najisnya), barulah anda membuat beberapa pertukaran. Cuba dengan beberapa sarapan dahulu; berikan dia makanan sebelum menyusukannya. Lepas itu, anda boleh berikan makanan dahulu sebelum menyusukan dan lakukan ini untuk setiap kali penyusuan. 
  • Langkah tiga: Lama kelamaan, berikan bayi anda air dalam bikar bermuncung lembut untuk menggantikan penyusuan badan.

Berapa lamakah masa untuk bercerai susu?

Anda akan mendapati yang anda mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk menghentikan penyusuan badan, terutama sekali jika bayi anda pun sudah mula bosan dengannya. Atau anda mendapati ianya mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan, atau sehingga enam bulan, atau satu tempoh antara jarak ini.

Memang setiap kes itu berbeza, dan semuanya bergantung kepada berapa cepat dan berapa senang bayi anda membuat penyesuaian. Bercerai susu akan mengambil masa lebih lama jika anda mencubanya sebelum bayi anda bersedia.

Adalah baik jika anda tidak menghentikan penyusuan badan dengan serta merta, sebab ianya akan mengganggu bayi dan membuatkan anda tidak selesa. Anda akan mengalami payudara bengkak dan kemungkinan mastitis, satu penyakit radang tetek.

Pendekatan yang tidak tergesa-gesa adalah yang paling baik. Namun begitu, berapa cepat pun anda cuba bercerai susu, anda masih perlu mematuhi tiga langkah yang digariskan di atas.

Jika anda berbuat demikian, bekalan susu anda akan mengurang apabila permintaan baginya turun.

Macam mana jika bayi saya tak mahu behenti menyusu?

Jika bayi anda tidak menunjukkan tanda dia mahu berhenti menyusu, bersabarlah. Dia suka berada di tetek anda sebab itu menenangkan dia di samping memberikannya makanan. Dengan pertimbangan ini, anda boleh membantu dia menyesuaikan diri:

Beri keselesaan dengan cara-cara lain

Dengan perlahan, gantikan penyusuan badan dengan cara-cara lain untuk memupuk anak anda. Jika anda lazim menyusukan bayi anda untuk menenangkannya, cuba pula cara lain untuk membuat dia tenteram. Anda boleh membaca buku bersama-sama, nyanyikan dia, atau main mainan sebagai alternatif.

Cuba lewatkan penyusuan

Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak anda itu lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak bertatih anda minta disusukan, katakan yang anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang, dan beritahu dia yang dia mesti tunggu sampai masa tidur.

Pilih masa anda

Peristiwa besar dalam hidup membuatkan bercerai susu lebih susah. Adakah anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan kebaikan untuk bayi yang sakit.

Begitu juga jika anda baru kembali bekerja, atau pindah rumah, anak anda mungkin masih menyesuaikan diri kepada pertukaran itu. Jika demikian, mungkin sekarang bukanlah masanya untuk membuat perubahan besar dalam kehidupan anak anda. Cuba lagi dalam masa sebulan. Lambat laun, ianya akan berlaku.

Baca Juga Entry Fangnaier Natural Bamboo Charcoal Body Shaper . Ready Stock . RM49 Sahaja

Source: babycenter
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...