Peneguhan Tingkahlaku

01 January 2012

di kedai rotan
(Ahmad kerusi rotan ATAU kerusi rotan Ahmad ?)

Daripada Abdullah bin Amru, Rasulullah SAW bersabda,"Ajarkanlah anak-anak kamu supaya solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka pada usia 10 tahun dan asingkan tempat tidur dikalangan mereka (antara perempuan dan lelaki)". (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Hakim dan al-Baihaqi)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
(Surah al-Tahrim ayat 6)

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan"


PENEGUHAN

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan (punishment) dan lain-lain.
  • Peneguhan Positif
    Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran (rewards) setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam mendidik anak / bayi, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas anak / bayi melakukan sesuatu kerja, memberikan senyuman, menepuk bahu, memberi hadiah dan sebagainya.

    Peneguhan positif yang diberikan oleh ibu dapat mendorong anak / bayi menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Ibu juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.

    Menurut Brophy (1981), ciri-ciri ganjaran / pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah:

    (a) memuji secara ikhlas,
    (b) memuji dengan cepat,
    (c) memuji tanpa pilih kasih,
    (d) memuji usaha dan cuba jaya,
    (e) memuji tingkah laku yang spesifik
    (f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

  • Peneguhan Negatif
    Peneguhan  negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana membuat sepah baju yang telah dilipat dan disusun. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun tidak bermain dengan baju yang telah dilipat dan disusun itu. Tindakan anak (tidak bermain dengan baju yang telah dilipat dan disusun) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).

Peneguhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala sehingga tingkahlaku yang diingini itu wujud dan ia juga boleh dikurangkan dengan berkala sedikit demi sedikit dengan mengekalkan tingkahlaku itu.

DENDAAN (Punishment)

Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

GANJARAN (Rewards) vs DENDAAN (Punishment)

D menggunakan pendekatan Peneguhan Positif dengan memberikan ganjaran / pujian kepada Ahmad dan mengelakkan Peneguhan Negatif dan mengelakkan dendaan (punishment). Bagi D, punishment hanya akan digunakan keatas Ahmad ketika usianya 10 tahun sepertimana dalam hadis Rasulullah SAW yang diatas.

InsyaAllah, Peneguhan Positif adalah lebih memberikan impak yang berganda dengan mengaplikasikan
Bahasa Positif Mendidik Anak.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...