Showing posts with label refleks. Show all posts
Showing posts with label refleks. Show all posts

Refleks Menghisap

01 May 2013

chup chup

Refleks Menghisap
Refleks Rangsangan Penghisapan dan Refleks Menghisap penting untuk permulaan dan kejayaan penyusuan ibu yang seterusnya.

Kebolehan menghisap susu bagi seseorang bayi, merupakan kebolehan semulajadi yang paling penting untuknya meneruskan kehidupan.

Apabila puting berada dalam mulut bayi, permulaan hisapan susu merupakan suatu tindakbalas atau refleks. Kebolehan menghisap susu bermula dari Refleks Menghisap.

Kedua-dua refleks di atas ada kaitan untuk terlaksananya proses penghisapan susu yang normal dan memastikan pemakanan dan bekalan tenaga yang mencukupi bagi pembesaran dan perkembangan bayi yang sempurna.

Refleks Menggenggam

20 April 2013

touching

Hari ini Bilal berumur 58 hari...

seronok sebenarnya bila Abi dan Siti hulurkan jari di tapak tangan lantas Bilal menggenggam...

Terutamanya semasa menyusukan Bilal, terasa eratnya bonding antara ibu dan anak...

komunikasi mesra gitu...

Ibu dan Abi sayang Bilal dan abang Ahmad... Moga kita menjadi Hamba Allah yang taat...

InsyaAllah...

Refleks Tegangan Leher

17 April 2013

Hari ini Bilal berumur 54 hari. Gambar di bawah menunjukkan refleks (gerakan spontan) yang wujud pada bayi berumur sehingga ke 6 atau 9 bulan.

Ia dinamakan 'refleks tegangan leher' (ATNR)- Asymmetry Tonic Neck Reflex.

Penunjuk:
INPUT
REFLEKS

refleks ATNR kanan