Showing posts with label mother care. Show all posts
Showing posts with label mother care. Show all posts

Fangnaier Natural Bamboo Charcoal. RM35 sahaja. FREE Poslaju

31 December 2012

(lihat senarai penuh Customer 2013 kami Disini)
(lihat senarai penuh Customer 2012 kami Disini)
Mulai tahun 2013, tiada lagi senarai penuh Customer kerana kami UPDATE melalui Whatsapp terus ke Pelanggan.
PROMOSI HARGA YES 2015, tidak termasuk Sabah & Sarawak


RM35
Free Poslaju
flate rate*

Senarai Tempat Awam Yang Mempunyai Nursing Room Di Malaysia

18 December 2012



Senarai Tempat Awam Yang Mempunyai Nursing Room di Malaysia

Perlis

Kedah
1. Tesco Mergong
2. Pacific (Tandop)
3. Tesco Sg.Petani Utara (dlm kwsn playground dkt food court)
4. Tesco Sg.Petani Selatan (dkt toilet dan surau - kwsn foodcourt)
5.Tesco Kulim (dekat toilet& surau.sgt selesa dan baru)
6.Tesco StarGate,Alor Star (dekat kedai2 luar tu.selesa jugak.tp kalau pintu kunci,kena ketuk2 sbb selalu cleaner bangla tesco mengular kt situ.hampeh tul)

Faedah Susu Ibu Terhadap Kanak-Kanak

15 August 2012

Sering kali kita tertanya apa kelebihan susu ibu berbanding susu formula walaupun secara umumnya kita mengetahui kebaikannya melebihi apa yang ada pada susu formula. Jom lihat gambar dibawah bagi menerangkan faedah susu ibu terhadap kanak-kanak.

faedah susu ibu

Khadijah Firdaus

Faedah Susu Ibu Terhadap Bayi

12 August 2012

faedah susu ibu

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi, Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233;

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُواْ أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّا آتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُواْ اللّهَ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

yang bermaksud ;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan"

Kesan Membersih Najis dengan Wet Tissues a.k.a. Baby Wipes

29 July 2012

tehko
Ahmad Dan Baby Wipes

Hari ini Siti mahu berkongsi sedikit informasi bagi ibu & bapa di luar sana khasnya mereka yang mengaplikasi penggunaan tisu lembab (wet tissues, baby wipes) untuk membersihkan najis bayi ketika menukar lampin.

Sebenarnya perkara ini sudah lama di dirangka untuk perkongsian bersama pembaca, cuma disebabkan beberapa sekatan seperti peruntukan masa dan tajuk-tajuk lain yang juga masih banyak dalam perangkaan mybabyahmad.

Dari segi praktikal dan hukum, Siti tidak akan memberikan sebarang kenyataan sebab Siti sendiri bukannya alim dalam mengenengahkan nas-nas dari Al-quran, hadis, ijmak dan qias, cuma Siti ingin membuka minda kebanyakan ibu diluar sana yang menggunakan cara yang disebutkan diatas.

10 Kesilapan Yang Sering Dilakukan

10 January 2012

ciuman abang

  1. mengangkat bayi ketika posisi ibu sedang membongkok.
  2. membenarkan bayi / anak menaiki tangga dengan memakai stokin atau busha.
  3. membiarkan wayar atau alatan berwayar seperti charger telefon berselirat dilantai.
  4. membiarkan bayi / anak bermain di anak tangga tanpa pengawasan sekiranya berisiko untuk jatuh.
  5. membiarkan anak dalam tab mandi sendirian walaupun seketika.
  6. memberi minum bayi dengan cara menyendal botol susu contohnya menggunakan bantal, kain dan sebagainya.

10 Barang Perlu Dibawa Bersama Bayi Sebelum Meninggalkan Rumah

09 January 2012

  1. Mykid
  2. Sepasang kasut
  3. Lampin
  4. Sepasang baju ganti
  5. Dropolene
  6. Yu Yee Oil
  7. Alas tukar lampin
  8. Tuala / Napkin / Sapu Tangan
  9. Baju sejuk
  10. Stroller / Baby car seat / Baby carrier

Khadijah Firdaus

Bercerai Susu

Bercerai susu membawa dua makna:
  1. memperkenalkan bayi anda kepada makanan pepejal bayi;
  2. menghentikan penyusuan badan atau botol. Dalam artikel ini, kita bercakap tentang menghentikan penyusuan badan.
Adalah baik jika anda tidak memberikan bayi anda makanan selain susu ibu sekurang-kurangnya bagi enam bulan pertama dalam kehidupannya dan adalah lebih baik sehingga 2 tahun. Selepas itu, anda boleh mula memberikan dia pelbagai makanan termasuk juga susu ibu.

Apabila usia bayi anda sekitar dua tahun, dia akan mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan dari makanan. Jadi, pada masa itu anda mungkin boleh membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan badan sama sekali. Ini diberi nama menceraikan bayi dari buah dada anda.

Jika anda mahu menghentikan penyusuan badan cara perlahan-lahan sebelum bayi berumur satu tahun, anda perlu menggantikannya dengan susu formula. Anda boleh mencampurkan susu ibu dan formula semasa bayi anda membuat transisi ini.

Penyusuan badan adalah masa yang amat istimewa dalam kehidupan seorang ibu, dan menghentikannya merupakan satu pengalaman penuh emosi. Anda mungkin sedih yang tempoh masa ini sudah selesai, tetapi juga gembira sebab mendapatkan kembali badan anda.

Berita baik ialah bahawa bercerai susu tidak akan menamatkan ikatan mesra yang anda dan bayi telah jalinkan sepanjang tempoh menyusu. Sebenarnya, penyusuan badan merupakan permulaan dalam hubungan istimewa anda berdua.

Buku '100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu'

05 January 2012

100 persoalan susu ibu

Harga Pasaran RM20
Penulis Zaharah Sulaiman dan Tengku Alina Tengku Ismail.
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dijangka berada dipasaran pada bulan Januari 2012

ISI KANDUNGAN

Bab A – Pengenalan Susu Ibu
Bab B – Kandungan Susu Ibu
Bab C – Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
Bab D – Persediaan Semasa Hamil
Bab E – Panduan Selepas Bersalin
Bab F – Cara Penyusuan Yang Betul
Bab G – Masalah Penyusuan Susu Ibu
Bab H – Ubat-ubatan dan Pemberian Makanan Tambahan
Bab I – Wanita Bekerja dan Penyusuan Susu ibu
Bab J – Menyusui Semula dan menyusukan Anak Angkat
Bab K – Bulan Ramadhan dan Penyusuan
Bab L – Kepercayaan dan Salah Faham

Khadijah Firdaus

Jadual Waktu My Solat Tahun 2012 Untuk Handphone (*.jar file)

04 January 2012

mysolat

Setiap telefon ibu mestilah mempunyai aplikasi My Solat 2012 ini untuk memudahkan penjadualan kita sebagai muslimah yang menjalankan kewajipan hak kepada Allah S.W.T disamping beribadah dengan melakukan aktiviti Breast Feeding bayi / anak. Mendirikan Solat itulah tandanya kita sebagai Hamba Allah yang bersyukur atas segala kurnia nikmat yang tidak dapat dihitung khasnya kita dapat dapat memberikan bayi/ anak 'program' ekslusif Breast Feeding.

Jadual Perkembangan Fizikal (Motor Kasar Dan Motor Halus) Bayi / Anak Dari Usia 0 Bulan Sehingga 7 Tahun

03 January 2012

Pembangunan Fizikal : Dari Lahir Ke 12 Bulan
Kemahiran Motor Kasar
    • 'Cruise' atau meniti di sepanjang objek menggunakan perabot sebagai sokongan.
    • Merangkak menggunakan tangan dan lutut, bottom-shuffle atau 'bear-walk' dengan pantas.
    • Berdiri sendiri untuk beberapa ketika.
    • Berdiri sendiri tanpa bantuan dari orang atau perabot.Bergerak dari berbaring ke posisi duduk.
Kemahiran Motor Halus
    • Menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk pada objek.
    • Memberi keutamaan untuk menggunakan satu tangan berbanding dengan tangan yang lain.
    • Angkat objek kecil dengan fine pincer grasp, iaitu di antara ibu jari dan hujung jari telunjuk.
    • Memegang krayon di telapak tangan genggam dan menyelak beberapa halaman buku.
    • Melepas dan membuang mainan dengan sengaja – lalu melihat di mana objek telah jatuh.
Peranan Anda Dalam Menggalakkan Pembangunan 
    • Menyediakan permainan jenis blok dan jenis susun.
    • Baca buku-buku bergambar dengan puisi yang mudah.
    • Menyediakan mainan beroda untuk ditolak tarik bagi meningkatkan keyakinan berjalan.
    • Menyediakan persekitaran menarik yang mengandungi gambar-gambar, buku, muzik dan makanan yang merangsang deria.

Pembangunan Fizikal : 15 Bulan (bersambung...)


Khadijah Firdaus

2 Barang Yang Perlu Di Dalam Peti Sejuk

27 December 2011

Mudah Tapi Perlu


2 barang yang senantiasa Siti cuba adakan di dalam peti sejuk 'prepare for trouble, make it double' :D
  1. Fever Patch
    • (harga dipasaran sekitar ±RM30 untuk sekotak 16 isi / keping)
    • untuk dilekatkan didahi bayi / anak bertujuan menormalkan suhu badan yang tinggi.
  2. Ice Pack
    • (harga dipasaran sekitar RM5 tidak kira saiz)
    • bertujuan mengekalkan suhu sejuk yang konsisten dengan cepat, suhu boleh menjadi kurang sejuk akibat kesan dari aktiviti membuka peti sejuk berulang kali.

    Khadijah Firdaus

    Listen And Download The Holy Quran In Mp3 Format

    26 December 2011

    ahmad mengaji
     
    Recites by : Sheikh Mishary Rashed Alafasy.
    Untuk mendengar, klik sahaja pada perkataan 'Download'
    Untuk menyimpan mp3, klik kanan pada 'Download' dan 'save link as...' dan tekan 'yes'

    3 Video Kesukaan Ahmad

    23 December 2011

    1. Zikrullah : 99 Nama Allah.
    2. Sifat 20; Aqidul Iman.
    3. Zikrullah : bacaan tasbih, tahmid, takbir; InTeam.

    Darah Nifas

    16 December 2011



    Pengertian Nifas; Nifas ialah darah yang keluar daripada rahim perempuan disebabkan melahirkan anak (bersalin).

    Mazhab Syafi'i menyatakan bahawa darah nifas itu ialah darah yang keluar selepas selesai melahirkan anak, tetapi sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah nifas tetapi darah yang keluar itu dikira darah penyakit. Darah daripada rahim perempuan yang keguguran anak juga dipanggil nifas.

    Tempoh sekurang-kurangnya satu lahzah (iaitu sedetik). Kebiasaannya 40 hari dan tempoh maksimum 60 hari. Maka tidaklah wujud 44 hari sebagaimana kepercayaan orang melayu.

    (PANDUAN FARDHU AIN LENGKAP BERGAMBAR, Indahnya Hidup Bersyariat; Dato' Ismail Kamus; ms68)


    Khadijah Firdaus

    Jumlah Hari Berpantang Bagi Ibu Bersalin

    15 December 2011


    Alangkah seronoknya mendengar berita rakan sekerja baru sahaja selamat melahirkan bayi keduanya, perkara ini membuatkan D terkenang proses berpantang selepas melahirkan Ahmad dahulu. secara peribadinya D tidak pernah menentukan berapa jumlah hari untuk berpantang, bagi D jika darah nifas telah berhenti, maka telah tamat masa berpantang.

    Setiap hari D mengambil vitamin tambahan (supplement) dari sumber asli seperti kismis, 7 biji badam, 3 biji kurma dan sesudu madu. Minuman harian D adalah segenggam kismis yang telah dikisar dan makanan tambahan lain yang enak dimakan begitu sahaja.