Jumlah Hari Berpantang Bagi Ibu Bersalin

15 December 2011


Alangkah seronoknya mendengar berita rakan sekerja baru sahaja selamat melahirkan bayi keduanya, perkara ini membuatkan D terkenang proses berpantang selepas melahirkan Ahmad dahulu. secara peribadinya D tidak pernah menentukan berapa jumlah hari untuk berpantang, bagi D jika darah nifas telah berhenti, maka telah tamat masa berpantang.

Setiap hari D mengambil vitamin tambahan (supplement) dari sumber asli seperti kismis, 7 biji badam, 3 biji kurma dan sesudu madu. Minuman harian D adalah segenggam kismis yang telah dikisar dan makanan tambahan lain yang enak dimakan begitu sahaja.

Seperti kebanyakkan wanita selepas bersalin, D makan nasi yang berlaukkan ikan tenggiri semenjak berpantang di rumah mak mertua, asalkan tidak gatal atau pedih dikawasan luka, Alhamdulillah. الحمدلله :)

Kebaikan mengambil sepplement seperti ini adalah untuk menjadi pemangkin untuk memperbanyak susu selain membantu pengembalian tenaga dan memenuhi keperluan badan ketika dalam proses berpantang. Selain itu pengambilan makanan seperti ikan turut membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat bersalin selain buah oren yang perlu dimakan sebiji setiap hari.

Pemakaian bengkung 8 hingga 10 jam sehari selepas bersalin adalah sesuatu kebiasaan yang boleh diamalkan untuk mengembalikan struktur luaran & dalaman badan akibat proses mengandung selain perlu bertungku dan mengambil khidmat mengurut badan.

Kesemua perkara ini memerlukan kesabaran & ketekunan selain memerlukan sokongan suami dan ibu bagi menempuh proses berpantang dan doa adalah perkara pertama yang perlu didahulukan dalam semua perkara ibadah seperti ini.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...