Pelbagai jenis kasut bayi terdapat pada masa kini, akan tetapi pemilihan jenis kasut yang kurang tepat akan membuatkan kerugian wang atau menjadi faktor kecederaan serius pada bayi comel anda.
D memberikan Ahmad menggunakan kasut dari jenis boleh laras yang menggunakan velcro sebagai lekatan / rekatan, selain mudah dikendalikan malah harganya juga murah. Saiz permukaan velcro yang optimum adalah 1cm x 1.5cm. Jika ukuran keluasannya kurang dari yang tersebut, velcro tidak mampu untuk merekat dengan baik dan menyebabkan kasut mudah tertanggal dari kaki bayi ketika berjalan.
D mengkhususkan penggunaan kasut berdasarkan keadaan permukaan samada untuk berjalan diatas simen, jubin atau untuk kegunaan luar rumah. Pemilihan tapak kasut yang sesuai membantu perkembangan bayi yang baru hendak membina langkahnya yang pertama.
Nasihat untuk Ibu agar menyediakan bayi dengan 2 pasang kasut iaitu, sepasang untuk kegunaan diatas lantai licin & sepasang untuk kegunaan diluar rumah bagi bayi yang sudah mula berjalan.
Tapak kasut yang menggunakan material dari jenis kain hanya sesuai digunakan bayi untuk berjalan diatas material sintetik contohnya permaidani dan tilam, umumnya di dalam rumah sahaja. Penggunaan tapak kasut dari jenis kain diatas lantai atau jubin yang digilap akan meningkatkan risiko jatuh pada bayi anda samada tersembam, tersungkur atau terlentang.

Oleh itu penggunaan tapak kasut dari jenis material kulit atau getah adalah lebih sesuai digunakan bagi permukaan seperti ini.
Selain itu, kasut yang menggunakan material yang ringan adalah lebih sesuai bagi bayi yang baru mula berjalan.
Gunakan teknik jari kelingking suami atau jari manis ibu untuk menyediakan ruang kelegaan diantara tumit dengan belakang kasut yang hendak dibeli.
Selamat membeli dan menang memakai ;)
Baca Juga Entry 10 Barang Yang Perlu Di Dalam Kotak Bayi
Baca Juga Entry Perkembangan Bayi

Khadijah Firdaus
Sudah baco...Harap komen...