DIY Dry Box : Make Your Own

28 December 2011

Bagaimana Mybabyahmad Membina Sebuah Dry Box


Sebelum mybabyahmad menerangkan bagaimana membina sebuah Dry Box, mari kita lihat gambar fungus (klik sini...) seterusnya Jom kita lihat apa yang perlu ada untuk membina sebuah 'Do It Yourself Dry Box', pertama sekali mestilah memerlukan bekas (container) atau yang kedap udara contohnya bekas dari Tesco seperti gambar yang diatas atau 'tapawer' yang boleh memuatkan lensa Nikon 50mm f/1.4 AF-S atau lensa 10-24mm AF-S Nikkor f/3.5-4.5G DX ED, harga bekas plastik ini tidak sampai RM4.


Kotak aluminium ini dipanggil 'Hydrosorbent Silica Gel Dehumidifier 40 Gram' yang boleh digunakan berulangkali dan dibeli melalui kenalan  facebook   (klik sini...) Canister ini tahan panas serta tahan lasak dan telah digunapakai semenjak tahun 2010. Apabila penunjuk warna dibahagian tengah bertukar ke warna pink / merah yang asalnya warna biru, ianya boleh di'recharge' semula dengan memanaskan unit Canister menggunakan oven ATAU dengan meletakkan unit Canister diatas bumbung rumah, bumbung kereta ATAU dimana sahaja tempat yang mendapat pendedahan cahaya terus dari matahari yang memberikan haba ATAU boleh meletakkan unit Canister di 'head' enjin motorsikal ATAU diatas ekzos dan pelbagai cara lagi yang boleh dipraktiskan.

Pengalaman mybabyahmad setiap kali melakukan 'recharge' unit (warna penunjuk di bahagian tengah unit bertukar menjadi warna kebiruan), silica canister ini boleh bertahan untuk digunapakai selama 4bulan ke 6bulan di dalam bekas kedap udara untuk sekali 'recharge' sebelum warnanya bertukan ke pink / merah semula!.

PERHATIAN
Penggunaan silica yang terdapat di dalam kotak kasut sebenarnya tidak membantu kerana silica itu sendiri sudah tidak aktif  dan tidak efektif untuk berfungsi sebagai penyerap lembap kerana telah terdedah di kawasan udara yang terbuka malah mungkin akan menyahkeluar kelembapan semasa anda menyimpannya bersama lensa di dalam container!.


Hygrometer (klik sini...) ini adalah sebagai alat pemantau yang digunapakai untuk memberi bacaan kelembapan udara iaitu 'Relative Humidity' (RH%). Kelembapan yang sesuai untuk lensa adalah diantara RH30% ke RH70%. Jika bacaannya dibawah RH30%, dalam jangka masa panjang (±2 tahun) akan menyebabkan lensa cepat rosak (coatings atau alat elektronik di dalam lensa) manakala jika bacaannya melebihi RH70% akan menyebabkan fungus membiak dengan sihat! Unit ini menjimatkan wang kerana tidak memerlukan kuasa bateri untuk berfungsi.

Fungus hanya akan membiak sekiranya terdapat kedua-dua faktor ini iaitu kegelapan & kelembapan. Jika salah satu faktor ini dihapuskan, maka kita boleh mencegah fungus dari merosakkan lensa. Pilihan ditangan anda samada untuk mengawal kelembapan atau pencahayaan (haba) ;D

Kelebihan DIY Dry Box
  1. Mobile - mudah dibawa kemana sahaja walaupun semasa pulang ke kampung halaman disebabkan faktornya yang kecil dan ringan, malah boleh diletakkan secara posisi menyandar, senget atau tegak dan sebagainya.
  2. Kecil - tidak mengambil ruang yang banyak seperti Electrical Dry Box.
  3. Ringan - mudah dialih ke tempat yang lain pada bila masa sahaja.
  4. Kos selenggara yang sangat murah berbanding menggunakan elektrik setiap masa dengan Electrical Dry Box.
  5. Amat berguna ketika keadaan terdesak seperti ketika belakunya banjir menyebabkan peralatan elektrik tidak dapat berfungsi.
  6. Berbaloi - penjimatan wang dalam jangka masa panjang, manatahu anda mahu menyimpan wang untuk memiliki lensa profesional yang seterusnya! :D
  7. Kos...
    1 Container           - RM3.50 (Tesco)
    1 Hydrosorbent     - RM40.00 Now RM35.00
    1 Hygrometer        - RM15.00 Now RM10.00

    Jumlah
    Perbelanjaan     - RM48.50
    *murah kerana tidak perlu membeli bateri setiap tahun atau thirsty hippo setiap 2 bulan
     
Tidak perlu meletakkan lensa anda dalam risiko kemungkinan dijangkiti fungus / kulat dan tiada kompromi terhadap penyakit / visrus ini, bertindak segera atau mungkin anda boleh menggunakan cara alternatif menggunakan nyalaan mentol bulat di dalam bekas sebagai Dry Box anda!

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...