Bahasa Positif Mendidik Anak

13 December 2011

ahmad, nisa, ainul

Rasulullah SAW bersabda,“Seseorang datang kepada Nabi(SAW) dan bertanya,”Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?” Nabi SAW menjawab,”Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatimu)”.” (H.R. Aththusi)

Didalam Hadis Rasulullah SAW yang lain pula bermaksud;

Rasulullah SAW bersabda,Kewajiban orang tua kepada anaknya adalah memberikan nama yang baik, mendidik (perilaku yang baik), mengajarkan berenang, memanah, berkuda, memberi makan dengan makanan yang baik serta menikahkan apabila telah dewasa”. (H.R. Hakim)

InsyaAllah apa yang dikongsi bersama di bawah akan membawa faedah dan perubahan yang baik jika diamalkan. Selamat membaca.
;)

Ahli-ahli psikologi percaya bahawa interaksi ibu bapa dan orang dewasa terhadap anak-anak melalui komunikasi verbal dan non-verbal akan memberi kesan terhadap pembentukan kendiri sama ada positif atau negatif. Berikut disenaraikan disenaraikan beberapa interpretasi kanak-kanak daripada interaksi yang positif, dan beberapa interpretasi kanak-kanak daripada interaksi yang negatif seperti yang dikemukakan oleh Kostelnik et al (2006)

Tingkahlaku komunikasi Positif dan Bagaimana Kanak-kanak menginterpretasikannya

1. Tunjukkan minat untuk bercakap dengan kanak-kanak
  • Tidak membiarkan kanak-kanak bersendirian.
  • Sekurang-kurangnya ada penjaga bersamanya.
  • Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya penting, ibu dan ayah beri perhatian kepada saya.

2. Beri perhatian yang ikhlas
  • Terima idea kanak-kanak.
  • Benarkan kanak-kanak luahkan idea mereka.
  • Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai Saya berguna, Ibu bapa berminat dengan idea saya.
3. Berbudi bahasa dengan kanak-kanak
  • Tidak menyampuk apabila kanak-kanak bercakap.
  • Guna nada suara dan perkataan yang baik seperti mengucapkan terima kasih.
  • Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya boleh mempercayai ibu bapa.Saya seorang yang berguna.
4. Bincang mengenai kanak-kanak secara profesional
  • Tidak melabel kanak-kanak.
  • Menjaga air muka kanak-kanak, iaitu tidak berbincang sesuatu perkara mengenainya dengan orang lain yang tidak berkaitan.
  • Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya dihargai. Saya boleh mempercayai ibu bapa.

Tingkahlaku komunikasi
Negatif dan bagaimana kanak-kanak mengintepretasikannya

1. Tidak atau kurang menunjukkan minat untuk bercakap dengan kanak-kanak
  • Tidak bercakap dengan kanak-kanak.
  • Tidak pedulikan kanak-kanak.
  • Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Ibu bapa tidak menyukai saya. Saya tidak penting.
2. Menunjukkan perhatian yang tidak ikhlas
  • Tidak memandang apabila bercakap.
  • Tidak memberi perhatian terhadap perbualan kanak-kanak.
  • Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Ibu bapa tidak menyukai saya, Idea saya tidak penting.
3. Menyindir kanak-kanak
  • Menggunakan perkataan yang negatif.
  • Menggunakan nada suara yang negatif.
  • Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya bodoh. Saya tidak berguna.
4. Menggunakan perkataan yang berbentuk penilaian negatif
  • Melabel dengan perkataan seperti bodoh dan malas.
  • Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya tidak berguna, saya bodoh.
5. Mengkritik kanak-kanak
  • Memberi fokus kepada perkara yang kanak-kanak tidak boleh lakukan.
  • Marah apabila kanak-kanak gagal lakukan sesuatu perkara.
  • Kanak-kanak akan mengintepretasikan sebagai e.g Saya tidak akan berjaya sampai bila-bila.

Secara peribadinya D menggunakan bahasa positif seperti (baik, bijak, pandai, gembira, senyum, cerdik, ikhlas, soleh, sabar ) dan
bahasa positif kelas dua seperti (sedih menggantikan nangis, tidak perlu menggantikan jangan, InsyaAllah menggantikan lain kali)

Selamat mempraktik ! ;)

Baca Juga Entry Peneguhan Tingkahlaku

    Khadijah Firdaus
    Superjo...Supermen...
    Sudah baco...Harap komen...