Semalam turun ke bawah blok nak semak surat apa yang sampai... alangkah terkejutnya pabila satu kunci aku ni dapat membuka 29 peti surat kepunyaan orang lain! Wow...
Ni lah sebab-sebab nya alamat menyurat aku masih tak berubah menggunakan alamat rumah lama... bilamana projek kerajaan ni jenis "direct nego"... banyak lah masalah... sana sini jem, sana sini patah, sana sini merekah, sana sini pecah... paling kurang Alhamdulillah dapat menetap di rumah kuarters ni walau pun banyak kekurangan jika nak dibandingkan dengan umur sebenar bangunan ini yang baru sahaja mencecah satu tahun...






