Peti Surat Pos 30 Dalam 1, Inilah Namanya Inovasi!

08 June 2013

peti surat 30 in 1

Semalam turun ke bawah blok nak semak surat apa yang sampai... alangkah terkejutnya pabila satu kunci aku ni dapat membuka 29 peti surat kepunyaan orang lain! Wow...

Ni lah sebab-sebab nya alamat menyurat aku masih tak berubah menggunakan alamat rumah lama... bilamana projek kerajaan ni jenis "direct nego"... banyak lah masalah... sana sini jem, sana sini patah, sana sini merekah, sana sini pecah... paling kurang Alhamdulillah dapat menetap di rumah kuarters ni walau pun banyak kekurangan jika nak dibandingkan dengan umur sebenar bangunan ini yang baru sahaja mencecah satu tahun...

langkah bendul beri kain?

Walaupun status nya adalah kuarters kesihatan, tapi dia tetap mengekalkan agar penghuni blok ni kekal sihat... tengok je lah tangga pejalan kaki yang menghubungkan blok aku dan tempat parking... ada berapa bendul nak di langkah tu... tiap kali langkah kena tabur kain di tepi... hahahaha...

Walaupun tiada RAMP, bukan lah alasan untuk mengeluh... tapi ianya adalah sesuatu yang positif dimana anak beranak dapat menguatkan otot-otot yang digunakan untuk mengangkat barang seperti (beras 10kg, botol kicap, sos, sayur, ikan dll) dan stroller anak-anak kecil kami ni, juga dapat meningkatkan taraf kesihatan setaraf dengan status bangunan kuarters kesihatan. Ahmad pun dah pandai melangkah kangkang kakinya sejauh mungkin sekarang ni akibat dari latihan tubi melangkah bendul... bagus kan?

Ni bukan lah nak cerita tentang projek kerajaan jauh sekali nak kondem, tapi nak puji dan gitau bahawa Malaysia adalah negara yang aman... tengok je lah peti surat pos tu walaupun dia jenis 30 pintu dalam satu... nampaknya tiada siapa yang gatal tangan megambil bil api dan air rumah aku, jauh sekali ada yang sanggup membayarnya... Alhamdulillah Malaysia aman... tapi surat orang lain aku tak tahu lah... hehe. Janji Aman kan?


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

5 comments: