Showing posts with label photography. Show all posts
Showing posts with label photography. Show all posts

Tipu Tipu Dalam Men Didik Anak

03 April 2013

tanah tinggi cameron highland
sekadar hiasan memori neskopi.com

Erti Menipu
Makna menipu dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Putaka ditakrifkan sebagai "mengenakan tipu daya ATAU helah ATAU kelentong ATAU bohong ATAU perbuatan ATAU perkataan yang tidak jujur untuk menyesatkan atau mengakali orang", kebanyakan dari kita acap kali menggunakan pendekatan menipu untuk mendidik dengan harapan dapat membentuk tingkahlaku yang kita inginkan.


Menipu Anak Dalam Mendidik
Kebanyakan dari ibu bapa menggunakan method menipu di dalam mendidik anak mereka. Persoalannya disini, adakah ianya berkesan? dan apakah kesan jangka masa panjang dari hasil pendidikan kita itu? Disini neskopi.com ingin memberikan sedikit input agar dapat menyampaikan maklumat dan seterusnya mendidik masyarakat agar lebih bersikap matang dan berilmu pengetahuan.

Resepi Dan Tutorial : Durian Crepe GEBU Segi Tiga

28 November 2012


Resepi Durian Crepe Gebu, Dalam frenlist kami, tiada lagi yang update berkenaan resepi Durian Crepe yang sedap dan malatop sekarang ini, so kami mengambil kesempatan ini untuk update resipi doyan @ durian crepe yang telah berjaya kami sediakan selepas 2 kali eksperimen beserta sekali tutorial dalam entry ini. Diharap entry ini dapat membantu para chef sdn bhd di rumah bagi menyediakan resepi kueh ala pencuci mulut durian crepe yang special dan mudah :D

DSLR Sensor Cleaning Service, Printer & Monitor Display Color Calibration Solutions

18 November 2012


Kami Firdaus Services adalah pengusaha freelance bumiputra yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian masalah berkenaan fotografi dan percetakan seperti yang berikut:

  1. Spyder4 ELITE Monitor Calibration (color monitor assessment, monitor profile creator)-memberikan ketepatan warna, white balance dan kontrast pada monitor. for Windows user ONLY. 
  2. Printer Color Profile Calibration- menentu-ukur ketepatan hasil bezantara dengan apa yang dilihat di skreen dan hasil cetakan agar mencapai tahap maksimum kualiti warna pada hasil cetakan.
  3. Sensor Cleaning (dust assessment, dry method, wet method, chamber cleaning, mirror cleaning, low pass filter cleaning for Nikon, Canon, Sony)-membersihkan chamber, mirror dan sensor dari kekotoran habuk yang tidak dapat dibuang dengan cara tiupan.

Kecacatan (Distortion) Lensa : Barrel And Pincushion

16 November 2012

Kebanyakan lensa moden hari ini, samada dari mana-mana jenama sekalipun- yang terlalu mahal atau yang murah akan menghasilkan karektor kecacatan ke atas gambar yang dinamakan Barrel Distortion dan Pincushion Distortion. Karektor kecacatan ini sinonim dengan mana-mana jenis kanta optik samada dari jenis binocular, mikroskop, teleskop, walhal cermin mata sekalipun. Kita tidak akan dapat lari dari kecacatan akibat karektoristik optik disebabkan oleh penggunaan optik yang banyak digunakan dalam pembinaan sesebuah sistem lensa. Sebagai pengguna, kita hanya perlu tahu bagaimana hidup bersama kecacatan ini.

Untuk mengetahui apakah yang dinamakan Barrel Distortion dan apa itu Pincushion Distortion, contoh gambar dibawah mungkin dapat membantu anda.


Di Sebalik Mitos Susu Ibu

15 November 2012


Dalam riwayat Thabarani dan 'Ibnu dimaklumkan jika seorang wanita melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan dia akan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam (kerana melayan bayinya), dia mendapat pahala seperti pahala orang yang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.

Komunikasi Berkesan Dengan Anak Kecil : Duduk Sama Rendah

14 November 2012


Anda mungkin pandai berkomunikasi. Pandai buat memek muka (facial expression). Pandai buat eye contact. Tetapi AWAS jangan buat body contact antara bukan mahram taw - haram, tak kira lah berlapik  kain atau tidak, jelas hukumnya haram. Berlapik dengan papan kayu boleh lah :)

7 Langkah Memilih Lensa DSLR Yang Baik

13 November 2012


Post kali ni bertujuan membantu sedikit rakan-rakan kita yang mungkin baru hendak berjinak dengan arena dunia fotografi. Segala yang kami tulis disini adalah berdasarkan pada pengalaman kami sebelum ini semasa hendak membuat keputusan memilih sebuah lensa samada untuk dimilik atau sebagai bahan bacaan atau cuci mata sahaja.

Sebelum kami membeli sebuah lensa DSLR, kami akan mebuat beberapa review atau kajian secara mendalam (In-depth Reviews) untuk lensa-lensa DSLR yang ada terutamanya bagi jenama yang biasa seperti Nikon dan Canon. Selepas itu kami akan ke kedai DSLR lalu mencubanya sendiri. Kami akan beli jika hanya berpuashati, trust your eyes- they never lies.

Shutter Count Dan Bagaimana Menilainya

12 November 2012

Shutter Unit Nikon D600
Ini adalah kali kedua pusingan penuh angka giliran bagi penamaan file gambar di dalam Nikon D7000 kami bermula dari file nama D7K_0001 sehingga limit number D7K_9999. Ini bermakna kami telah mengambil lebih 20,000 ribu keping gambar dan video dengan menggunakan Nikon D7000 kami.

Apa Itu Shutter Count.
Shutter Count ini berasal dari kiraan oleh mesin shutter unit seperti gambar yang diatas. Shutter unit ni adalah satu bahagian di dalam kamera DSLR yang mempunyai beberapa bilah tetingkap dan ianya sangat sensitif walau dengan sentuhan jari tangan sekalipun. Shutter unit ini berfungsi sebagai mesin yang membenarkan cahaya masuk dan seterusnya membenarkan cahaya jatuh di atas sensor.



Shutter unit ini mempunyai tarikh mati atau tarikh luput guna. Anda boleh menyemak nilai penggunaan Shutter Count anda yang terkini melalui website seperti MyShutterCount.com untuk pengguna Nikon Dslr. Manakala bagi pengguna selain dari Nikon boleh lah melawati web Camerashuttercount.com untuk mengetahui nilai Shutter.

ShaShinKi Vs Nikon Service Centre ; Photosol Sensor Swab Vs Dust-Aid Combo

11 November 2012

Disebabkan perkara seperti yang di dalam post sebelum ini, kami telah membuat keputusan untuk membeli cleaning tools bagi membersihkan ccd sensor dengan sendiri. Kami pun order online bende yang namanya Sensor Swab dari Photosol ini melalui web jualan langsung secara online; ShaShinKi pada Sabtu; 3 November 2012.

Harga Sensor Swab ni kat ShaShinki memang Overpriced, di luar negara seperti di US, anda boleh mendapatkan benda yang sama dalam harga USD14 lebih kurang RM50 dalam tukaran nilai kita; Malaysia. Gambar Photosol Sensor Swab seperti dibawah;

Photographic Solutions Sensor Swab Plus with Eclipse for Type 2 Sensors (4 Pack)


Cuti Cuti Reviews : Kuala Gula Bird Sanctuary & KGS Resort

07 November 2012

depan rumah sewa

JJCM kali ini adalah di Kuala Gula Bird Sanctuary Resort, sedikit penerangan mengenai KGSR.

Terletak di perkampungan nelayan persisiran utara di dalam Daerah Kerian; Negeri Perak, kira-kira 50km dari barat laut bantar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan berlumpur. Kuala gula terdiri daripada dataran lumpur, hutan paya bakau, muara sungai dan sistem-sistem sungai. Kuala Gula juga dikenali di mata dunia sebagai 'Kuala Gula Bird Sanctuary' disebabkan ia menjadi tempat persinggahan burung-burung yang berhijrah dari seluruh dunia bermula dari bulan Ogos hingga April setiap tahun.

Finally Nikon D5200 Announcements

06 November 2012

10 jam yang lepas, Nikon baru sahaja melancarkan DSLR D5200, kemaskini dari Nikon D5100. Nikon D5200 ini adalah ditempatkan di kelas upper entry level yang mempunyai 24MP CMOS sensor sepertimana Nikon D3200 tetapi mempunyai kelebihan pada "metering sistem" yang menggunakan Multi-CAM 4800DX AF yang diperbaharui sepertimana yang digunakan Nikon D7000.

Ini juga membuktikan kemungkinan Nikon D7100 atau kemaskini Nikon D7000 akan mempunyai sistem AF yang lebih baik, mungkin sistem 51 AF point sepertimana Nikon D800/D4 atau diantaranya. InsyaAllah mungkin tahun hadapan iaitu pada 2013 kita akan melihat kemunculan D7100 (D7000 replacement) dan juga D400 (Nikon D300s replacement). Siapa tahu?

d5200

Ewww : Sensor D7000 Ku Yang Dirty

02 November 2012

Selama 3 tahun menggunakan DSLR, harini baru tergerak hati nak melihat sendiri betapa bersihnya tahap keadaan sensor Nikon D7000 yang tersayang ini. Bagi mereka yang ada DSLR dan tak tahu macammana nak kesan tahap kebersihan sensor anda, anda bolehlah menggunakan turutan teknik dibawah ini, sebelum itu pastikan anda ada lens yang telah terpasang pada body DSLR anda :D
tapawe


Barang yang diperlukan adalah : DSLR dan penutup Tupperware (putih)
  1. buka penutup lensa (lens cap)
  2. setkan body kamera anda pada mode M (manual) 
  3. setkan lens anda pada M (manual)
  4. setkan Apperture anda yang ade tanda F kepada f22 (dua puluh dua)
  5. halakan kamera anda pada dinding yang paling cerah ATAU pada langit cerah dan mendapat paling banyak cahaya (sebaiknya langit atau dinding plain)
  6. tutup bahagian depan lensa dengan penutup putih atau semi transparent seperti contoh gambar penutup tupperware seperti yang disebelah kanan.
  7. setkan Shutter Speed anda sehingga mendapat exposure yang seimbang seperti gambar Exposure Meter dibawah(kalau Overexpose sikit pun boleh juga)
  8. lepaskan shutter atau TEMBAK !!
    dalam viewfinder
    exposure settings
    Begini lah hasil yang didapati, kesan-kesan degil habuk dan mungkin bintik minyak yang melekat pada sensor DSLR. Bulatan-bulatan merah tu adalah tempat dimana habuk atau bintik minyak telah dikesan dan ditandakan. Enjoy !
bintik noda pada hasil gambar

Oleh disebabkan kotoran tersebut mungkin menyebabkan mimpi ngeri pada gambar-gambar yang akkan dihasilkan, malam ni nak order secara online sensor swab untuk menyahkan kesan degil yang melekat di sensor. Next InsyaAllah i will updates more berkenaan proses membersihkan sensor menggunakan sensor swab. Please subscribe :)

Khadijah Firdaus

Tebus Ganjaran Wang Kredit Touch 'n Go 1 Malaysia

01 November 2012

our card

Sudah lama sebenarnya terbaca berkenaan tebus ganjaran kredit bagi kad Touch n Go 1 Malaysia ini, syarat-syarat nya mudah, sesiapa sahaja pemegang kad Touch n Go boleh menebus ganjaran berupa nilai wang yang akan dikreditkan terus ke kad TnG anda dengan syarat penggunaan dalam sebulan melebihi 80 kali penggunaan. Cukup syarat, anda akan dapat 20% kredit TnG dari jumlah penggunaan anda itu.

(Buy / Sell) WTS And WTB Photography Item

01 October 2012




lensa nikon
Dibawah ini adalah senarai panjang item-item barangan fotografi terpakai seperti lensa, body dan aksesori berkaitan DSLR bagi semua jenama seperti Nikon, Canon, Sony, Sigma, Tamron, Tamrac, Crumpler, Carl Zeiss, Leica dan lain-lain. Diharap Senarai ini dapat membantu serba sedikit bagi peminat-peminat DSLR mencari barangan dengan harga patut dan murah. Klik sahaja pada pautan disetiap tajuk kecil dibawah untuk pergi ke laman asal.

lensa canon

nikonian

Nikon D600 High Iso Picture & Quick Review

30 September 2012

ou

Hari Sabtu yang lepas (ayat mudah; semalam) kami sekeluarga pergi meluangkan masa selama 1 jam di Nikon Center di Berjaya Times Square; Kuala Lumpur untuk mencuba Nikon D600 Yang baru. Al maklumlah baru keluar, harga dia pun dalam RM6000 (body sahaja) dan keatas, kalau nak beli dinasihatkan beli pada akhir tahun 2013, InsyaAllah kebiasaannya turun rm1000 atau lebih.


Feel
Secara Fizikalnya, saiz Nikon D600 ini adalah lebih besar dari Nikon D7000 dan kecil dari Nikon D800.

Panel Kawalan di bahagian belakang D600 ni agak sama dengan D7000 cuma D-pad nya agak kecil untuk jari lelaki umumnya dan butang magnify (“+” & “-“) yang saling berubah kedudukan.

Memang sedap menggenggam Nikon D600 ni.. hehe, tu lah perasaan kali pertama apabila mengangkat D600 (tapi tak seselesa jika nak dibandingkan perasaan apabila menggenggan Canon 7D atau 5D mark iii), ditambah pula dengan 100% view finder yang memang sangat membantu apabila membuat komposisi. Beratnya pula sesuai untuk pengguna lelaki dan sakit bahu bagi seorang wanita membawa dslr ni kehulu-hilir kecuali digantung di tengkuk.

Menempatkan Syukur Dihadapan

27 September 2012

digitalmukmin

Sepasang suami & isteri YANG berMASALAH RUMAHTANGGA pergi mengikuti kursus selama 6 hari... semua peserta kursus telah dinasihatkan untuk buat "homework" apabila habis berkursus dan setibanya dirumah.

Suami isteri ini dikehendaki menyenaraikan semua ketidak puas hatian pada pasangan masing2.

Maka selang 3 hari, mereka berdua membawa berbelas-belas helai kertas kajang. si isteri bertanya pada suami "siapa nak mula dahulu", si suami menjawab "awak lah mulakan dahulu"

Nikon D600 Telah Diumumkan

13 September 2012

d600

Berita ni memang mengujakan. Ye lah, kamera jenis bingkai penuh yang murah. Tapi rasanya takde lah murah sangat. sebab bila masuk Malaysia sahaja harga rasa-rasanya jadi RM6999. boleh beli 3 biji Nikon D7000. Atau sebiji Nikon D7000 beserta 2 lens. Tapi apa-apa pun kemera bingkai kecil atau Crop sensor tak dapat mengalahkan kamera bingkai penuh macam Nikon D600 ni :D

Apa yang best Nikon D600 ini adalah; ianya menggunakan dual SD card, so tidak perlu lah bersusah payah nak dapatkan dua jenis kad yang berlainan, dan tidak ada lagi masalah silap masuk kad pada slot body, SD card ni kecil ringan serta senang tidak seperti CF card yang besar dan memerlukan external reader yang lain. Tambahan pula ada 100% view coverage, memang luas lah mata korang bila skodeng ambil gambar, tidak seperti kamera format DX yang seolah-olah seperti melihat kedalam lubang kunci "sakit mata !!"

Microsoft New Camera Codec Pack (16.4.1620.0719)

10 August 2012

microsoft
Kini ramai yang memiliki DSLR, ade yang menembak dengan format JPEG atau RAW atau mungkin keduanya sekali. Kebiasaannya komputer tidak akan dapat membaca format RAW dan ada pula yang akan berkata "ah! takde gambar la...kecewanye"