Resepi Dan Tutorial : Durian Crepe GEBU Segi Tiga

28 November 2012


Resepi Durian Crepe Gebu, Dalam frenlist kami, tiada lagi yang update berkenaan resepi Durian Crepe yang sedap dan malatop sekarang ini, so kami mengambil kesempatan ini untuk update resipi doyan @ durian crepe yang telah berjaya kami sediakan selepas 2 kali eksperimen beserta sekali tutorial dalam entry ini. Diharap entry ini dapat membantu para chef sdn bhd di rumah bagi menyediakan resepi kueh ala pencuci mulut durian crepe yang special dan mudah :D

Pembacaan dan pencarian resepi Durian Crepe ini adalah melalui internet. Segala kekurangan tentang masakan penyediaan resipi Durian Crepe ini harap ditegur supaya ada penambahbaikan juga dapat membantu rakan yang lain.

BAHAN-BAHAN untuk menyediakan 12-14 keping KULIT DURIAN CREPE:

Sebahagian dari bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Durian Crepe
  1. 50 gram tepung gandum
  2. 1 sudu besar tepung ubi
  3. 3 sudu butter mentega yang dicairkan
  4. 2 sudu gula
  5. 1 penutup esen vanilla
  6. 160 mililiter air masak
  7. 40 mililiter susu segar cair
  8. 1 biji telur
  9. thickened cream @ krim putar @ whipped cream (pastikan HALAL)
  10. isi durian yang telah dilenyek hancur
  11. 3-4 titis pewarna

    masukkan tepung gandum + tepung ubi + sebiji telur

    masukkan susu segar yang telah disukat 40 mililiter + 160 mililiter air masak + 2 sudu gula

    masukkan esen vanilla + sedikit pewarna ikut suka + mentega yang telah dimasak hingga cair

    Selepas itu - blend sehingga sebati kemudian DITAPIS dan  hasilnya adalah seperti gambar dibawah (nampak je sikit tetapi boleh buat banyak):

    Pastikan periuk pan itu betul panas dan kemudiannya dimasukkan bahan yang telah disediakan tadi (2-3 sudu nasi)

    Jangan tebal, biar nipis - nipisnya kulit Durian Crepe akan mengangkat rasa inti. Jangan menggatal nak buat nipis kulit bawang taw

    Tempatkan kulit-kulit Durian Crepe ala lempeng gitu di dalam beberapa pinggan berasingan agar cepat sejuk

    Sory - dapur agak tidak berapa kemas, jangan komen ;p

    Do's & Dont's
    • gunakan api yang paling kecil
    • jika kulit crepe melekat pada pan, tambah lagi sedikit mentega cair yang telah dimasak kedalam adunan


    BAHAN-BAHAN membuat INTI DURIAN CREPE
      putar whip cream dengan mixer sehingga kembang sepertimana kembangnya hidung anda membau durian

      isi durian yang telah diasingkan biji



      tempatkan whip cream di atas kulit yang tidak rata & kemudian isi durian dan ditopping semula dengan whip cream

      lipat dan tarik-tarik sedikit agar sedikit padat

      susun Durian Crepe yang telah siap dan dialas dengan plastik agar tidak melekat antara satu sama lain. Kemudian tutup dan simpan di dalam peti sejuk1 hingga 2 jam

      Setelah sejuk, keluarkan dari peti sejuk & potong secara melintang agar mendapat bentuk segi tiga Durian Crepe

      Tadaaa - Siap, nampak senang je kan, memang senang pun. Opah Ton kata memasak ni perlukan kesabaran walaupun perkara remeh macam ni. Bila dah siap memang nampak sedap, rasa Durian Crepe ni bertambah sedap apabila dihidangkan sejuk, sedap sedap sedap, Rasanya Memang Sedap !.

      Anda boleh juga alter crepe isi durian ni dengan menggantikan isi nya menjadi mangga crepe, nangka crepe, pic crepe, jem strawberry crepe dan buah-buah yang dirasakan sesuai..mengikut kreativiti anda :) selamat mencuba dan mesti kena cuba


      Khadijah Firdaus
      Superjo...Supermen...
      Sudah baco...Harap komen...

      9 comments:

      1. I love ur doyan creepe. Pas baca post u ni nampak mudah je-tutorial yg baik untuk durian crepe. Harus cuba sendiri ni. Terima kasih kak lg2 utk tips special tu

        ReplyDelete
        Replies
        1. enjoy tutorial durian crepe.. thanx support us

          Delete
      2. Akak, lepas baca resepi durian crepe akak, terus ajak suami pergi beli barang2 nak wat durian crepe. Malam tu jugak test buat dan ikt tutorial akak. Menjadi walau pertama kali buat. Terasa esok nak test lagi. Mana tahu leh jual pulak kan?? :) sedap memang sedap

        ReplyDelete
      3. memang tengah mencari tutorial resepi durian crepe ini, akak punya senang strait to the point, gebu je tgk tak sabar rasanya. gah salin sok nak buat durian crepe..kikikiki

        ReplyDelete
      4. Yuhuu, Dah lama mencari resepi tutorial durian crepe ni. Hah jumpa. Terima kasih kak. Baru lepas salin semua (copy paste). Minta kbenaran share di fb k ;)

        ReplyDelete
      5. i prefer resepi u, memandangkan i tak minat guna santan,, jaga jantung katakan :D ganti susu = durian crepe sihat & gebu

        ReplyDelete
      6. nampak macam best je...walaupun musim durian dah lepas, bleh try dengan buah2 lain...tq dear for the resepi & tutorial...

        ReplyDelete
        Replies
        1. sama-sama.. nanti boleh ajak makan buah crepe..

          Delete