Showing posts with label politik malaysia. Show all posts
Showing posts with label politik malaysia. Show all posts

Gaji & Elaun Ahli Parlimen Malaysia Mengikut Kertas Statut 235 Tahun 1983

08 September 2013

politik pokok wang

Gaji Dan Elaun Ahli Parlimen Malaysia Mengikut Kertas Statut 235 Tahun 1983

AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980

(Akta 237)

Menurut seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, Yang di-Pertuan Agong dengan ini mengarahkan supaya elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan bagi AHLI PARLIMEN adalah dinyatakan atas kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah ini;

1A. Elaun Mesyuarat

a) Elaun ini dibayar pada kadar RM200 sehari kerana menghadiri persidangan Majlis Parlimen.

Kelmarin 20 Sen Sekarang 15 Sen : Apa Yang Kerajaan Tak Mahu Ada Pada Rakyat

05 September 2013

Malaysian Life

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

20 Sen : Betul Ke Harga Minyak Naik Sebab Pelarasan Subsidi?

04 September 2013

durian bersubsidi?

Kenaikan harga minyak kerana pelarasan subsidi?

Izinkan saya membuat analogi mudah

Sepasang suami isteri yang telah agak berusia serta bergelar datuk dan nenek memiliki satu kawasan kebun rambutan. Kebetulan tahun ini rambutan naik harga dan laris sekali di pasaran. Musim cuti sekolah sebagaimana biasa pulanglah anak cucu ke rumah dan tentunya rambutan atuk dan nenek akan menjadi sasaran mereka.

Bagi Anda, Nilai 20 Sen Besar Atau Kecil?

03 September 2013

20 sen je!

NEGATIF 20 SEN

Nilai 20 sen bagi mereka yang mengenali, dan nilai 20sen bagi mereka yang tidak mengenali.

Yang kaya menyuruh yang miskin ikat perut, catu sana sini, jimat sana sini.
Sedangkan yang miskin dah habis fikir nak catu apa? nak jimat apa? semua dah catu dan semua dah jimat... tambahan pula kena berpuasa selang sehari.

Negara mundur, ekonomi menguncup, menteri joli, hutang menteri lunas free free...
Rakyat Marhaen dipaksa bayar hutang, disuruh ikat perut, dipaksa jimat cermat.
Sedangkan kos santapan menteri satu kali menyamai 100 orang rakyat marhaen punya makan satu waktu.

Akta Hasutan 1948 vs Akta Keharmonian Nasional

07 July 2013

kuku besi

PADA 11 Julai 2012, PM mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Bagi Akta Keharmonian Nasional yang akan digubal itu, PM menyatakan rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik bagi membolehkan kerajaan bertindak terhadap sesiapa sahaja yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional. PM juga menyatakan peruntukan baharu ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan. Katanya lagi: "Melalui pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang [baharu ini], kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea.”