Bagi Anda, Nilai 20 Sen Besar Atau Kecil?

03 September 2013

20 sen je!

NEGATIF 20 SEN

Nilai 20 sen bagi mereka yang mengenali, dan nilai 20sen bagi mereka yang tidak mengenali.

Yang kaya menyuruh yang miskin ikat perut, catu sana sini, jimat sana sini.
Sedangkan yang miskin dah habis fikir nak catu apa? nak jimat apa? semua dah catu dan semua dah jimat... tambahan pula kena berpuasa selang sehari.

Negara mundur, ekonomi menguncup, menteri joli, hutang menteri lunas free free...
Rakyat Marhaen dipaksa bayar hutang, disuruh ikat perut, dipaksa jimat cermat.
Sedangkan kos santapan menteri satu kali menyamai 100 orang rakyat marhaen punya makan satu waktu.

Bagi yang tak merasa kenaikan, mereka akan kata;
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Jangan kita mendongak dan mendabik dada mengata,
'tu lah, dulu taknak usaha belajar rajin-rajin, skang dah susah'

Kalau nak kata semua orang berusaha dan rajin-rajin tu akan kaya, semua orang dah jadi kaya dan senang... siapa kata orang rajin akan senang? semuanya bukan penentu hanya tetepi yang menentukan hanyalah Allah. Ada sahaja orang yang rajin tapi hidup melarat sehingga sakit tak mampu dah nak rajin. Ada sahaja orang yang berusaha, tapi usahanya belum lagi sampai masa nak berhasil.

Ini bukan cerita 20 sen sahaja...
yang sebahagian hanya menganggap 20 sen nilainya hanya 20 sen untuk satu tahun,
atau 20 sen bayar sekali seumur hidup,

Ini berkenaan DOMINO EFFECT, dimana 20 sen akan melibatkan kenaikan semua kos dan pengurangan semua kuantiti dan kualiti...

Kalau dulu kita takde barangan dari China yang dikatakan bertoksid, sekarang lambakan barangan China di merata tempat dari pasar malam sehingga online. Semua tak kisah bertoksid atau tak, janji murah dan mudah dapat.

Bukan nasi lemak, donut, karipap seri muka je yang akan naik harga... malahan kuih muih juga akan kurang kuantitinya juga kurang saiz dan kurang kualiti.

Milo, susu tepung, kos sara hidup, kos rumah sewa, harga rumah, kos jagaan pengasuh, kos barang barang keperluan dan lain-lain... semua tu akan naik. Bagi mereka yang reti nilai 20 sen, mereka akan fikir lebih kurang macam ni... tapi bagi mereka yang lihat 20sen hanya perlu bayar untuk satu tahun, tak boleh nak kata apa, tunggu hingga terhantuk pala di batu bata.


POSITIF 20 SEN

positif :D


KADAR JENAYAH 20 SEN.

20 sen turun pada subsidi petrol dan diesel. oleh itu kos bahan api naik 20 sen. Belanja tahunan untuk bahan api pun naik. Minyak, sayur, ayam, daging, ikan, semua naik lori yang isi bahan api naik harga ni. Maka semua belanja isi rumah pun naik. Gaji tak naik-naik. Peluang pekerjaan tak bertambah tapi graduan meningkat. tarag hidup menjadi semakin tinggi berganda-ganda.

bukan sebab kos petrol dunia meningkat

Begitu juga dengan kadar jenayah. Apabila ekonomi kurang, merudum, kuncup, rugi... kadar jenayah pun akan meningkat dan lebih kreatif. dari tembak menembak, bom, bunuh... maka akan terjadi lah jenayah keluarga, jenayah domestik dan jenayah intranational. Jenayah dalam keluarga, laki bini ikut orang lain, anak lari rumah, keluarga polis kena ugut, keluarga polis kena bunuh, keluarga polis kene ragut. Anak luar nikah meningkat akibat kos belanja kahwin meningkat akibat kos makanan meningkat, sewa lori meningkat, barang hantaran meningkat dan juga inflasi semakin meningkat.

Inilah kita nasib warga marhaen yang mengikat perut demi tembolok orang atasan yang tidak mengenal erti 20sen sebaik seperti kami.


KREATIF NYA 20 SEN

Kerana 20 sen itu.
Ada Nelayan bakal temenung jauh,
Ada petani bakal pecah peluh,
Ada peniaga bakal mengeluh,

Dari 20 sen itu,
Ada yang mengambil kesempatan,
Ada yang tinggal kesempitan,
Ada yang ucap kesyukuran,
Kerana Negara masih AMan,

Akibat 20 sen itu,
Harga barang akan melambung,
Para pembeli akan berkabung,
Para peniaga jauh menghitung,

Disana ada macai,
Kata macai,
20sen saja kira cincai.

Macai mungkin lupa yang minyak itu punca segala,
Yang minyak itu keperluan semua,
Kerana 20sen itu saja,
Semua orang akan tepuk kepala,
Dan kerana 20 sen itu saja.
Ramai yang tak sabar BILA nak PILIHANRAYA!.

Selamat menikmati harga minyak yang baru.
setiap pemberian ada balasan..dulu beri hari ini ganti.
kita kena puas hati, jangan benci atau berbicara di sana sini.
Janji telah ditepati..penyelesaiannya, gunalah basikal atau jalan kaki.


20 SEN YANG LAIN (sila baca juga tulisan Dr. Maza di bawah)
Minda Tajdid >> Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments: