Ahmad Membotol Susu Semula!

01 September 2013

baby ahmad

Mungkin disebabkan keadaan sekelilingnya yang dipenuhi dengan bayi bayi kecil (Bilal, anak jagaan dan sepupu Irfan) menyebabkan Ahmad berkelakuan seperti mereka juga. Ahmad mahu minum susu guna botol!

Kami masih lagi mencari rakan sebaya agar dia dapat berkawan dan dapat bermain bersama. Buat masa sekarang ni Siti baru sahaja menjaga seorang bayi sebaya Bilal. Menjaga kanak-kanak tak berkaki ni lebih susah berbanding yang berkaki, no wonder charge bayaran dia lebih mahal berbanding budak yang dah mampu menguruskan diri dalam bab minum, makan serta toileting. Lagi susah bila bayi tersebut on demand BF (breast milk) kuat meriau dan kuat meragam dan ++ attention seeker...

Sekarang ni pun dia dah mula merengek macam budak-budak kecil. memang lagi bingit lah dari budak-budak kecil punya rengekkan. Disebabkan perkara ni lah, kami tak sabar nak hantar dia skool, bagi pendedahan dia sealiran dengan rakan yang seumur dan sebayanya. Nak hantar sekolah elite, kami belum lagi mampu seperti sebelum ini.

A'a... Sebelum ni Ahmad pernah menghadiri sekolah Elite 'Brainy Bunch Islamic Montessori' selama sebulan sahaja (Januari 2013). Selama sebulan tu juga kami menghadapi banyak masalah (hygenic) yang sangat terok dan akhirnya membuat kata putus berhenti kerja dan menjaga sendiri. InsyaAllah kami akan post review berkenaan Brainy Bunch Islamic Montessory (Sungai Buloh) dalam masa yang terdekat.

Alahai anakku, bab botol susu - ku turutkan sahaja perkara ni... jangan addict sudah!

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

5 comments: