Shutter Count Dan Bagaimana Menilainya

12 November 2012

Shutter Unit Nikon D600
Ini adalah kali kedua pusingan penuh angka giliran bagi penamaan file gambar di dalam Nikon D7000 kami bermula dari file nama D7K_0001 sehingga limit number D7K_9999. Ini bermakna kami telah mengambil lebih 20,000 ribu keping gambar dan video dengan menggunakan Nikon D7000 kami.

Apa Itu Shutter Count.
Shutter Count ini berasal dari kiraan oleh mesin shutter unit seperti gambar yang diatas. Shutter unit ni adalah satu bahagian di dalam kamera DSLR yang mempunyai beberapa bilah tetingkap dan ianya sangat sensitif walau dengan sentuhan jari tangan sekalipun. Shutter unit ini berfungsi sebagai mesin yang membenarkan cahaya masuk dan seterusnya membenarkan cahaya jatuh di atas sensor.



Shutter unit ini mempunyai tarikh mati atau tarikh luput guna. Anda boleh menyemak nilai penggunaan Shutter Count anda yang terkini melalui website seperti MyShutterCount.com untuk pengguna Nikon Dslr. Manakala bagi pengguna selain dari Nikon boleh lah melawati web Camerashuttercount.com untuk mengetahui nilai Shutter.

Anda perlu mengupload gambar JPG ke dalam web tersebut kemudian web tersebut akan memberikan nilai Shutter anda yang sebenar seperti gambar yang di atas.

Kenapa Perlu Tahu.
Setiap Shutter Unit mempunyai jangka hayat tertentu seperti contoh Nikon D7000 yang mempunyai jumlah kiraan shutter sebanyak 150,000.

Anda boleh lah melawat web Jenama DSLR anda masing-masing untuk mengetahui berapa banyak umur Shutter yang dibenarkan bagi jenis kamera anda, ada yang 100,000, ada yang sehingga 250,000 dan 300,000.

Apabila anda telah menggunakan habis kesemua Shutter Count, kebiasaannya kamera anda tidak akan dapat berfungsi lagi untuk mengambil gambar.

Apa Perlu Buat Apabila Shutter Unit Habis Hayat.

Kebiasaannya Shutter unit akan sampai hayat samada sebelum jangka masa yang telah ditetapkan oleh pengilang atau mungkin akan melebihi hayatnya sebenar. Ia bergantung pada keadaan suhu tempat, kelembapan, keadaan habuk dan tahap penggunaan oleh pengguna itu sendiri.

Selepas Shutter unit tidak berfungsi, anda perlu menghantar ke servis DSLR anda masing-masing untuk menggantikan Shutter Unit yang baru. Kebiasaannya kos untuk Shutter unit yang baru adalah diantara rm200 sehingga rm800 mengikut jenis model.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

2 comments: