DSLR Sensor Cleaning Service, Printer & Monitor Display Color Calibration Solutions

18 November 2012


Kami Firdaus Services adalah pengusaha freelance bumiputra yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian masalah berkenaan fotografi dan percetakan seperti yang berikut:

  1. Spyder4 ELITE Monitor Calibration (color monitor assessment, monitor profile creator)-memberikan ketepatan warna, white balance dan kontrast pada monitor. for Windows user ONLY. 
  2. Printer Color Profile Calibration- menentu-ukur ketepatan hasil bezantara dengan apa yang dilihat di skreen dan hasil cetakan agar mencapai tahap maksimum kualiti warna pada hasil cetakan.
  3. Sensor Cleaning (dust assessment, dry method, wet method, chamber cleaning, mirror cleaning, low pass filter cleaning for Nikon, Canon, Sony)-membersihkan chamber, mirror dan sensor dari kekotoran habuk yang tidak dapat dibuang dengan cara tiupan.

TARGET PELANGGAN KAMI;
  1. sesiapa sahaja yang ingin ketepatan warna disebabkan keperluan kerja.
  2. kedai foto @ kedai cetak yang mengambil upah mencetak album, banting, banner dll.
  3. mereka yang ingin mengurangkan kos pembaziran akibat warna, masa dan material seperti kertas glossy dan sebagainya.
  4. mereka yang ingin memuaskan hati pelanggan dengan memberikan servis terbaik.
  5. mereka yang ingin menyimpan wang untuk membeli peralatan lain seperti lensa, ipad atau apa sahaja memandangkan unit tunggal SPYDER 4 ELITE ini adalah sangat mahal.



ADAKAH SAYA MEMPUNYAI MASALAH WARNA PADA PAPARAN MONITOR?
::kebiasaannya kesilapan warna pada monitor tidak dapat diperhatikan dengan jelas kecuali ada perbezaan yang ketara (sebelum dan selepas) untuk dibuat perbandingan. Anda boleh boleh datang kepada kami dengan membawa peralatan bersama untuk menjalani assessment secara percuma dan hanya membayar jika ada perbezaan pada display warna monitor anda.

Sepatutnya anda boleh melihat kesemua 190 kotak warna yang berbeza kontrast
Sepatutnya anda boleh melihat 16 kotak hitam sehingga putih
Kesemua 22 kotak hitam sehingga putih, dan bukannya biru, hijau, kuning atau merah
Sebelum pembetulan
Selepas pembetulan

::untuk mereka yang masih mahu mencuba untuk mengetahui sejauh mana kesilapan settings pada monitor profile anda boleh ke LAGOM untuk membuat beberapa assessment mudah.

ADAKAH SENSOR DSLR SAYA KOTOR?
::Anda boleh melakukan assessment dibawah ini dirumah;
Barang yang diperlukan adalah : DSLR dan penutup Tupperware (putih) / kertas putih A4
  1. buka penutup lensa (lens cap)
  2. setkan body kamera anda pada mode M (manual) 
  3. setkan lens anda pada M (manual)
  4. setkan Apperture anda yang ade tanda F kepada f22 (dua puluh dua)
  5. halakan kamera anda pada dinding yang paling cerah ATAU pada langit cerah dan mendapat paling banyak dedahan cahaya (sebaiknya langit atau dinding plain yang cerah)
  6. tutup bahagian depan lensa dengan penutup putih atau semi transparent seperti contoh penutup tupperware /kertas putih A4.
  7. setkan Shutter Speed anda sehingga mendapat exposure yang seimbang, rujuk Exposure Meter anda (kalau Overexpose sikit pun boleh juga)
  8. lepaskan shutter atau TEMBAK !!
  9. lihat hasil gambar dan zoom, perhati gambar anda.
::sensor yang bersih tiada noda bintik hitam atau bentuk habuk seperti ulat pada gambar.

bulatan merah; lokasi habuk degil
bulatan merah; lokasi habuk degil
DsLR Chamber

LOKASI & WAKTU OPERASI KAMI
Kini kami beroperasi pada setiap hari bermula jam 10am sehingga 6pm tertakluk pada hari-hari tertentu dan berpusat di sekitar Shah Alam dan Sungai Buloh, Call/Whatsapp untuk membuat tempahan hari dan masa temujanji bersama kami; 012-57.70.340

::Kami akan cuba memberikan temujanji yang bersesuaian dengan jadual anda.

Kami juga menyediakan perkhidmatan terus ke rumah anda jika mempunyai 3 atau lebih customer di satu-satu kawasan yang sama.

HARGA SERVIS KAMI:
  1. 1xMonitor calibration : RM80
  2. 1xPrinter calibration : RM70
  3. Package 1xMonitor & Printer calibration jenis EZ plus grays : RM150 (Luar kawasan-RM170)
  4. Package 1xMonitor & Printer calibration jenis High Quality plus grays : RM200 (Luar kawasan-RM230)
  5. Package 1xMonitor & Printer calibration jenis Expert plus grays : RM300 (Luar kawasan-RM350)
  6. LPF DsLR Sensor Cleaning for Nikon, Canon & Sony : RM30 (promo price)
Kesan residue akibat pembersihan tidak betul oleh pemilik DsLR

    Khadijah Firdaus
    Superjo...Supermen...
    Sudah baco...Harap komen...

    3 comments: