Nikon D600 High Iso Picture & Quick Review

30 September 2012

ou

Hari Sabtu yang lepas (ayat mudah; semalam) kami sekeluarga pergi meluangkan masa selama 1 jam di Nikon Center di Berjaya Times Square; Kuala Lumpur untuk mencuba Nikon D600 Yang baru. Al maklumlah baru keluar, harga dia pun dalam RM6000 (body sahaja) dan keatas, kalau nak beli dinasihatkan beli pada akhir tahun 2013, InsyaAllah kebiasaannya turun rm1000 atau lebih.


Feel
Secara Fizikalnya, saiz Nikon D600 ini adalah lebih besar dari Nikon D7000 dan kecil dari Nikon D800.

Panel Kawalan di bahagian belakang D600 ni agak sama dengan D7000 cuma D-pad nya agak kecil untuk jari lelaki umumnya dan butang magnify (“+” & “-“) yang saling berubah kedudukan.

Memang sedap menggenggam Nikon D600 ni.. hehe, tu lah perasaan kali pertama apabila mengangkat D600 (tapi tak seselesa jika nak dibandingkan perasaan apabila menggenggan Canon 7D atau 5D mark iii), ditambah pula dengan 100% view finder yang memang sangat membantu apabila membuat komposisi. Beratnya pula sesuai untuk pengguna lelaki dan sakit bahu bagi seorang wanita membawa dslr ni kehulu-hilir kecuali digantung di tengkuk.


Menu, Storan & Display
Paparan menu pada d600 pula mempunyai lebih banyak warna dan kelihatan agak 3D dan yang menggembirakan ialah d600 masih menggunakan dual slot SD untuk penyimpanan data yang secara peribadinya memang memudahkan pengguna.
Anda juga boleh menggunakan format fail FX untuk lens DX anda.


RAW size
Secara purata saiz RAW file yang dihasilkan Nikon D600 adalah sekitar 30MB berbanding Nikon D7000 yang menghasilkan purata 21MB bagi satu fail.


Shutter lag
Nikon D600 mempunyai nilai shutter lag sebanyak 0.052s dimana lebih pantas dari Canon 5d mark iii (0.059s) tetapi agak perlahan jika dibandingkan dengan Nikon D7000 (0.05s) dan juga D800 (0.042s)


Auto Focus AF
Sedikit kekurangan D600 adalah dari segi AF yang hanya meliputi sedikit luas kawasan pada view finder (hanya diletakkan dibahagian tengah). Pendekatan ini memberikan impak besar pada peminat potret dan still life photography sepertimana gambarajah bezantara AF pada Nikon D600 Vs. AF pada D7000 dibawah (kedua-dua nya mempunyai jumlah 39 AF point yang sama). Mungkin ada pengguna yang tiada masalah dengan pendekatan ini, lagipun memang AF untuk full frame hanya melibatkan bahagian tengah sahaja sepertimana D800 jika dibandingkan dengan nisbah keluasan kawasan yang diliputi oleh AF DX, cuma D800 mempunyai 51 AF point yang lebih banyak dari D600 (39 point) ;

af points
D600 Vs D7000

af points
D800 Vs D300s

Penambahbaikan Yang Difikirkan Perlu Pada Nikon D600
Didapati juga Nikon masih tidak mengurangkan lag semasa zoom 100% dalam mode video, yang didapati memang mengganggu jika anda sering menggunakan pendekatan ini untuk mengemudi kamera dslr anda.
Begitu juga dengan kesan J-lo pada video yang jelas kelihatan apabila di zoom 100%.

Bunyi yang dihasilkan oleh Mirror Slap apabila melepaskan Shutter pada Nikon D600 juga didapati lebih kuat jika dibandingkan dengan D7000, mungkin ini adalah akibat penggunaan mirror yang lebih luas pada D600 jika dibandingkan pada D7000 yang menggunakan Format DX (Mirror yang lebih kecil)

Selain itu adalah agak merugikan dimana Nikon tidak menyediakan format gambar 1.2x crop didalam D600 sepertimana yang terdapat pada Nikon D800 bagi membantu mereka yang ingin menggunakan kemampuan optimum lensa DX khasnya bagi menghapuskan kesan vignette disamping mendapatkan kelebihan menggunakan DSLR format Full Frame. Ye lah kan, nak berhijrah dari DX ke FX bukan semua lens boleh tukar sekali gus, kopak wallet nanti :D


Nikon D600 Quick Test
Disini kami menyelitkan sedikit gambar yang dihasilkan oleh Nikon d600 dengan iso yang berlainan. Diharap sedikit gambar ini dapat membantu samada bagi anda yang ingin membeli kamera dslr pertama atau ingin migrasi dari DX ke FX.. myababyahmad juga perasan akan kesan under expossed pada kesemua gambar yang dihasilkan D600 :D

zoom out


Nikon D600 Noise And Grain
Portion 400% pembesaran pada gambar JPEG dari kamera DSLR Nikon D600 telah dibuat untuk memberikan gambaran grain dan noise yang dihasilkan. Pada pendapat mybabyahmad, noise pada iso6400 boleh diterima pakai dan sedap mata memandang, mungkin hampir-hampir sama dengan noise yang dihasilkan oleh kamera filem.

noise grain
noise grain


Color Fringe Control
Sebenarnya kesan color fringe atau kesan 'warna ungu' adalah disebabkan oleh hasil 'kecacatan' lensa. Akan tetapi kami membuat keputusan untuk memasukkan sekali coretan berkenaan color fringe untuk mengetahui sejauh mana keupayaan kamera Nikon D600 dalam mengendalikan dan mengawal color fringe, lensa yang digunakan adalah jenis Nikon 35mm f1.8 DX.

Didapati gambar JPEG yang dihasilkan Nikon D600 masih mengekalkan sedikit color fringe pada bukaan apperture f1.8 tetapi akan hilang pada bukaan apperture yang lebih kecil (nilai f yang lebih besar). Hasil ini mungkin berbeza jika pemprosesan fail RAW dilakukan yang kebiasaannya color fringe adalah lebih jelas kelihatan.

Cuma adalah lebih baik diadakan bezantara color fringe seperti D600 vs D7000 juga, InsyaAllah kalau kami memiliki Nikon D600 atau ada sesiapa individu atau kompeni yang mahu menghadiahkan kamera bajet D600 kepada kami? :D

color fringe
Color Fringe kelihatan pada border highlight terutamanya pada warna chrome seperti contoh yang diatas. Pembesaran 800% telah dilakukan pada JPEG asal.

Kesan Vignette Menggunakan Lensa DX pada Format FX Nikon D600
Bagi mereka yang berniat atau menyimpan hasrat untuk menggunakan lensa DX pada format gambar Full Frame Nikon D600, gambar dibawah adalah khas untuk anda; gambar tersebut adalah format asal JPEG yang dihasilkan D600 pada f1.8 dan pada f9, kami telah menambahkan brigtness +55 (adobe phothoshop) pada gambar untuk menampakkan kesan vignette dipenjuru gambar. (maaf pada komposisi yang sedikit agak berlainan)

vignette
vignette


Kesimpulan
Nikon D600 adalah sebuah DSLR yang berkemampuan tinggi di samping harganya yang murah jika dibandingkan dengan kamera format Full Frame yang berada dipasaran sekarang. Diharap Nikon akan menghasilkan kamera kos bajet yang lain tetapi memasukkan kelebihan seperti keupayaan format 1.2x crop, mengekalkan resolution pada 24.3 million pixel, mengekalkan penyimpanan data dengan menggunakan dual SD card dan memperbaharui sync speed pada 1/250s (membuatkan peminat strobist berfikir ratusan kali) serta shutter speed maksimum pada 1/8000s. (sync speed pada D600 adalah 1/200s dan maksimum shutter speed adalah 1/4000s).

Mengenai AF pula, kami tidak kisah jika Nikon menggunakan pendekatan AF 11 point atau AF 15 atau AF 17 point (jika ada) sepertimana yang didapati pada Nikon D90 (AF 11 point), tetapi mestilah ianya berkeupayaan membuat fokus pada keadaan pencahayaan -3EV atau sehingga -4EV, juga NISBAH luas petak individu pada auto fokus mestilah seluas sepertimana yang terdapat pada D7000 (atau mungkin perlu dijarakkan sedikit dan bukannya hanya tertumpu rapat hanya di bahagian tengah) . Mungkin kita perlu melihat sejauh mana pesaing terdekat Nikon D600 dapat memberikan saingan sengit; Ya, ia adalah Canon 6D dan ia juga adalah kamera DSLR bajet.

Adakah mybabyahmad akan berhijrah sebagai pengguna D7000 format DX kepada pengguna D600 format FX ?; jawapan kami adalah TIDAK. Ia adalah disebab beberapa perkara yang telah dinyatakan seperti yang diatas dan mungkin kita perlu lagi menanti Nikon D600s ; siapa tahu?

Nikon D600
Reviewed by NesKopi
on Sept 30 2012
Rating: 4.0
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: