Menempatkan Syukur Dihadapan

27 September 2012

digitalmukmin

Sepasang suami & isteri YANG berMASALAH RUMAHTANGGA pergi mengikuti kursus selama 6 hari... semua peserta kursus telah dinasihatkan untuk buat "homework" apabila habis berkursus dan setibanya dirumah.

Suami isteri ini dikehendaki menyenaraikan semua ketidak puas hatian pada pasangan masing2.

Maka selang 3 hari, mereka berdua membawa berbelas-belas helai kertas kajang. si isteri bertanya pada suami "siapa nak mula dahulu", si suami menjawab "awak lah mulakan dahulu"

Si isteri pun berasa sangat gembira pabila diberi peluang untuk bertindak awal, dengan harapan pabila suaminya mendengar semua ketidak puashatian diri terhadap suaminya, suaminya akan terkedu dan bisu seribu bahasa.

Si isteri pun membaca lah "awak ni tak romantik", "awak ni tak kuat", "awak ni tak sayang saya", "layanan awak kurang", "sini kurang, sana kurang", "duit kurang", "peti sejuk tak besar" dan sehingga habis karangan 34 mukasurat tersebut.

Lalu suaminya terus berderai air mata dan menangis.... si isteri pula memberi peluang kepada suaminya pula. diselak sehelai demi sehelai tapi semuanya kosong... kecuali pada helaian terakhir yang hanya ditulis perkataan "Alhamdulillah, aku dianugerahkan seorang isteri, ketika mana orang lain bersendirian, aku berteman,,,, ketika orang tiada zuriat, aku diberikan zuriat melalui isteri ku,,,, ketika orang lain sunyi , aku mudah berbual,,,, syukur Ya Allah atas Nikmat yang diberi melalui Isteri ku ini"

Siapakah yang beruntung disini???...

*apabila diletakkan SYUKUR dihadapan, semuanya cukup2 sahaja. tetapi pabila diletakkan NAFSU dihadapan, semuanya sikit tak pernah cukup

Pict Source : digitalmukmin
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

5 comments: