3 Bulan Tak Basuh Kereta

09 June 2013

myanmar?

Semenjak berpindah kesini, rasanya lama tak hantar kereta untuk dibasuh... semuanya gara-gara kesibukan akibat dari berpindah masuk ke rumah kuarters sekarang ini. Baru minggu ni rasa masa itu agak lapang, dapat lah menghantar kereta Am-Why-Vee (bak kata Rosmah mansur) untuk di sental bersih...

Secara kebetulan minggu ni cuaca seringkali hujan shower dan ditambah pula adanya kerja-kerja TNB di sepanjang jalan menghala ke rumah kami membuatkan kereta kami comot kembali... hahaha... InsyaAllah kita tengok cuaca dalam 2 minggu lagi... sejuknya hujan di pagi hari ni... nyaman :D

Lain kali kalau nak hantar basuh kereta, kena lihat tukang yang membasuh tu, kalau boleh - carilah yang tingginya 6 kaki... macam kereta aku Am-Why-Vee ni perlukan orang yang tidak kurang 6 kaki untuk bersihkan bumbung nye... dalam gambar atas tu, mereka cuci memang bersih, tapi mereka biarkan bahagian tengah bumbung tu dengan kekotoran lama... lain kali kena ingatkan mereka untuk panjat kerusi bilamana nak membersihkan bumbung kereta Am-Why-Vee...


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

9 comments:

  1. Haha..tulah masalah bila tukang cuci rendah..belum pernah kena lagi, :)

    ReplyDelete
  2. tapi harga dia mahal... RM10.. berbanding di sungai buloh ; RM7 dengan 4 orang pekerja sekali basuh dan bersih...

    ReplyDelete
  3. hehe.. kami seminggu sekali basuh kereta.. xleh tgk kete comot... terutama my hubby la.. kete ibarat bini no.2 dia... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung lah... rumah kami tinggi melangit... takde paip awam untuk kegunaan penghuni membasuh kereta..

      Delete
  4. slalu basuh kete tapi cepat comot juga..
    cuma nasib baik sikit kaler kete x nampak sgt kekotoran tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terasa jugak bila warna kereta putig... kalau ada rezeki dapat beli kereta baru, nak ambil warna hitam je... hehe... kan sekarang ni harga kereta jatuh menjumam... hehe

      model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah;

      1.Peugeot 308 (11 peratus),
      2.Volkswagen Golf (7.1%),
      3.Viva (5.4%),
      4.Myvi (4%),
      5.Persona (3.8%),
      6.Alza (3.4%),
      7.Preve (3%),
      8.Honda Jazz Hibrid (2.5%),
      9.Saga (1.1%) dan
      10.Exora (0.7%)

      Delete