Pemilihan Kepala Pili Untuk Bayi

14 December 2011


Mungkin pelik bunyinya tajuk kali ini akan tetapi secara realitinya pemilihan kepala pili yang sesuai dapat meringankan bebanan ketika menguruskan bayi comel anda.

Pelbagai jenis kepala pili contohnya jenis pulas atau pusing, tuil, tekan, tarik dan sebagainya.

Sebagai ibu anda pasti tertanya bagaimana pemilihan kepala pili dapat membantu anda?
Jawapannya adalah kerana pemilihan kepala paip yang betul akan membuatkan kerja anda lebih mudah dengan meminimumkan pengendalian anda terhadap pili air.

Tetapi manakah jenis yang sesuai?
D memilih jenis tuil disebabkan pergerakan tuil (samada keatas dan kebawah atau kanan dan kekiri) adalah terkunci iaitu memerlukan hanya satu gerakan untuk membenarkan air dari pili dan satu pergerakan yang lain untuk menghentikan air dari pili. 


Mudahkan !
Oleh itu para ibu dinasihatkan mencuba tips kali ini dan InsyaAllah akan memberikan impak perubahan yang besar dari segi penjimatan tenaga dan penjimatan air ;)

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...