Guided Play vs Free Play : Which Better ?

22 December 2011


Apa itu 'play' ?
Menurut Kielhofner (1995), 'play' adalah merupakan pekerjaan utama semasa kecil.

PENGENALAN

'Play' Dan Kepentingannya
Bundy (1991), menyatakan 'free play' sebagai pengendalian, penguasaan dan pengawalan aktiviti bermain oleh kanak-kanak tanpa campur tangan ibu bapa samada terlibat secara langsung atau tidak semasa kanak-kanak bermain, mencipta, berbincang, meneroka dan membuat aktiviti secara spontan dengan menggunakan apa yang ada disekeliling. Contohnya mencipta bunyi muzik menggunakan tin dan kayu.

Bundy mengatakan bahawa pada dasarnya 'play' adalah aktiviti yang memberi motivasi dan kesedaran tentang realiti kehidupan yang dikendali atau dikawal oleh kanak-kanak itu sendiri. Dalam satu kajian, Rodger dan Ziviani (1999) menyatakan para pengkaji telah mengenalpasti beberapa keategori 'play'. Ini termasuklah 'free play', 'guided play', 'directed play' dan 'work distinguish as play; contohnya seperti meniru kelakuan atau karekter seorang penyanyi atau doktor (m/s 349).


PERBINCANGAN

Ibu bapa telah merubah 'free play' kepada 'adult organised play' dan menyebabkan peningkatan dalam 'sedentary activity' seperti permainan komputer dan menonton television. Permainan jenis ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan kanak-kanak (O'Brien et al., 2002). Sebahagian kecil responden masih mengingati ibu bapa mereka tidak campur tangan ketika mereka bermain dahulu.

Tambahan pula, Adams (1991) menyatakan bahawa keluarga zaman kini hanya bergantung pada media massa bagi mendapatkan maklumat tentang keadaan sekeliling mereka, dan secara tidak langsung mengasingkan diri dari orang sekeliling. Sebagai akibatnya, keadaan ini telah menyebabkan mereka tidak mengenali jiran mereka sendiri dan saling mencurigai antara mereka (Adams, 1999, m/s 127).

Baca Juga Entry Peneguhan Tingkahlaku

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...