Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Pengajaran Yang Mahal di Bulan Puasa Ramadhan

21 July 2014

Keluarga Kami

Ini sebahagian keluarga aku, ini adalah kali keTiga kami membeli juadah berbuka di Bazaar Ramadhan. Ramadhan kali ini dan seterusnya kami tekad untuk tidak berbelanja di Bazaar Ramadhan bukan disebabkan kami memboikot tetapi kerana nak menahan diri dari berbelanja lebih mendekati pembaziran ditambah pula begitu banyak kes keracunan akibat memakan juadah dari Bazaar Ramadhan yang sebahagian pengusahanya tidak menjaga kebersihan dan tiada kualiti makanan.

Alhamdulillah walaupun tak berjaya mencapai matlamat penuh, Alhamdulillah hanya 3 kali sahaja kami ke Bazaar Ramadhan InsyaAllah sehingga habis 30 hari. Gambar dibawah adalah gambar kami berehat di buaian setelah ke Bazaar Ramdhan buat kali ke-3.

family

Bilal

Ini pula sedikit cerita tentang Bilal; anak lelaki yang ke-2 hasil pernikahan kami. Hari ini Bilal sudah berumur 1 tahun 5 bulan. Aku dapat lihat perkembangan yang sangat pesat ketika Bilal berumur 1 tahun 3 bulan. Bukan bermakna sebelum ini Bilal tiada perkembangan, tetapi perkembangan sebelum umurnya 1 tahun 3 bulan adalah seperti menaiki tangga escalator yang bawa troli TESCO. Sedangkan gambaran perkembangan Bilal ketika umurnya memasuki 1 tahun 3 bulan seperti sebuah tangga 20 kaki yang diletak bersandar di pokok kelapa untuk mengambil buahnya!

Ana Bilal

Pada umur 15 bulan, Bilal sudah boleh mengangkat punggung untuk disarungkan masuk diapers di bawah, sudah boleh membuat pelbagai bunyi monotone, sudah pandai meniru bunyi kucing dan merangkak seperti kucing juga, sudah pandai menaiki kereta mainan dan menolak serta mengawal handle dan stereng dengan baik tanpa melanggar dinding, sudah pandai berkongsi permainan bersama Ahmad, sudah pandai mengelap lantai yang basah akibat air tertumpah, sudah pandai memasukkan pakaiannya ke dalam raga, sudah pandai mengambil giliran menunggu mandi, sudah pandai memanjat tangga, sudah pandai bermanja, sudah pandai meminta dukung dengan Abi, sudah pandai memanggil neneknya dengan panggilan 'Mak'; dengan jelas dan mengenalpasti neneknya secara spesifik, sudah pandai bergurau, sudah pandai meniru apa yang dilihat seperti menembak pistol menggunakan tangan beserta bunyi 'peng'.

Itulah sebahagian perkembangan bilal yang sangat rapid. Panjang sangat nak state satu-satu perkembangannya disini, tak boleh nak tulis semua. hehehe...

Ahmad

feed your brother first

Diatas pula adalah gambar Ahmad memberi makan fishball pada Bilal selepas berbuka di Masjid berhampiran. Aku sudah pesan pada Ahmad ketika berbuka di Masjid tadi, dia kena beri makan orang lain dahulu yang perlu makan walaupun ketika itu ditangannya ada makanan yang hanya cukup untuk dirinya sahaja. Aku berharap pada Allah agar dalam diri mereka tersemat sifat-sifat orang Ansar yang menyanyangi saudara se-Islam melebihi diri mereka dan keluarga sendiri. InsyaAllah Aminn...

Penangan Roti Bocey Maharaja Lawak

20 July 2014

roti bocey

roti bocey

Ini roti BOCEY. Diapit khas dengan roti yang unik kemudian isinya terdiri samada dari daging atau ayam.

Kami singgah di Stadium Shah Alam semata-mata nak dapatkan roti BOCEY. Roti Bocey ini juga boleh didapati di bangunan Mara di Jalan TAR; Kuala Lumpur.

roti bocey

Roti Bocey dipopularkan oleh Kumpulan Pelawak BOCEY Maharaja Lawak. Jangan tanya aku kumpulan lawak apakah itu, sebab aku tiada televisyen di rumah. Tambahan pula aku tak minat pelawak, aku cuma reti makan nasi dan roti Bocey je... hehehe

Belum sempat tuan kedai letak dapur, kami dah sampai. Yang kecil standard saiz burger boleh makan 1 orang dan berharga RM3:50. Roti Bocey yang besar boleh makan 3 orang.

Senarai Anak Kapal Nahas MH17 Amsterdam to Kuala Lumpur

18 July 2014

Innalillahi wainnailaihirajiun bagi semua penumpang dan anak kapal MH17 yang ditembak dan berakhir di Ukraine. Dibawah adalah gambar-gambar jelas bukti Nahas yang melibatkan pesawat MH17 milik Malaysian Airline System.

nahas pesawat MH17

nahas pesawat MH17

nahas pesawat MH17

nahas pesawat MH17

nahas pesawat MH17

Di bawah adalah senarai anak kapal yang dipercayai menjadi mangsa korban pesawat MH17 milik Malaysian Airline System.

Pilots
  1. Caiptain Wan Amran Wan Hussin
  2. Captain Eugene Choo jin leong
Co-Pilots
  1. Ahmad Hakimi Hanapi
  2. Muhamad Firdaus Abdul Rahim
Leading Steward
  1. Mohd Ghafar Abu Bakar
Steward
  1. Shaikh Mohd Noor Mahmood
  2. Sanjid Singh Sandhu
Stewardess
  1. Dora Shahila Kassim
  2. Azrina Yakob
  3. Lee Hui Pin
  4. Mastura Mustafa
  5. Chong Yee Ping
  6. Hamfazlin sham Mohamed Arifin
  7. Nur Shazana mohamed Salleh
  8. Angeline Premila Rajandaran

Belakang Lorong Seni Seksyen 7 Shah Alam

15 July 2014

we are family

Pada masa hari pertama di bulan Ramadhan, kami pergi ke seksyen 7 shah alam... rancangnya nak pergi cuci rambut puan puteri. Punya lah lama puan puteri ni ke salon dari tengahhari sehingga magrib baru nak siap. Hal perempuan memang lama... Pada rakan-rakan yang ada ma'am nak buat atau basuh rambut tu, baik tinggalkan aje lah situ. Pergi jalan-jalan atau ke masjid berhampiran. Kes tak tahu kurang info macam aku ni memang nanya gini...

Kat sini aku nak perkenalkan ada saloon muslimah khas untuk muslimah... maksudnya cuma wanita sahaja yang menguruskan wanita. Memang aku duduk di kaki lima depan pintu saloon, tiada sorang lelaki pun masuk or lalu lalang disini, ye la kan mana tahu suami pada tuan kedai ke apa ke... yang bagusnya semuanya tertutup rapat. Nama salon tu Salon Muslimah AlZahirah, saing rodong boleh lihat di gambar bawah ni...

Mulakan Ramadhan Dengan Usaha Kearah Kebaikan

06 July 2013

niat kerana Allah semata2

InsyaAllah berbaki 3 hari, kita akan bertemu Ramadhan.

time puasa Ramadhan ni... ada yang puasa bersama nilai top up diawal pagi sebanyak RM100... berbuka ada tambahan top up berganda ganda banyak nya...

ada yang puasa awal pagi top up sebanyak RM100 berbuka juga top up RM100...

ada yang puasa awal pagi top up sebanyak RM100 tetapi berbuka dengan top up RM0...

ada yang puasa awal pagi top up sebanyak RM100 tetapi berbuka dengan top up nilai NEGATIF... dia bersahur,malaikat catit dosa untuknya... dia tahan lapar, malaikat catit dosa untuknya... dia buka puasa, malaikat catit dosa untuknya... dia tidur, malaikat juaga berterusan catit dosa untuknya...