Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Belakang Lorong Seni Seksyen 7 Shah Alam

15 July 2014

we are family

Pada masa hari pertama di bulan Ramadhan, kami pergi ke seksyen 7 shah alam... rancangnya nak pergi cuci rambut puan puteri. Punya lah lama puan puteri ni ke salon dari tengahhari sehingga magrib baru nak siap. Hal perempuan memang lama... Pada rakan-rakan yang ada ma'am nak buat atau basuh rambut tu, baik tinggalkan aje lah situ. Pergi jalan-jalan atau ke masjid berhampiran. Kes tak tahu kurang info macam aku ni memang nanya gini...

Kat sini aku nak perkenalkan ada saloon muslimah khas untuk muslimah... maksudnya cuma wanita sahaja yang menguruskan wanita. Memang aku duduk di kaki lima depan pintu saloon, tiada sorang lelaki pun masuk or lalu lalang disini, ye la kan mana tahu suami pada tuan kedai ke apa ke... yang bagusnya semuanya tertutup rapat. Nama salon tu Salon Muslimah AlZahirah, saing rodong boleh lihat di gambar bawah ni...

Buka Aib dan Fitnah Ibu Anda Sendiri

04 May 2014

lisan

Orang yang selayaknya kita fitnah dan buka aib adalah IBU KANDUNG kita.

Watpe kita fitnah dan cerita aib orang lain, kemudian di mahsyar kelak semua amalan baik kita ditukarkan secara barter dengan amalan burok mangsa tujahan lisan kita.

Malah lebih buruk apabila kita telah habis amalan baik semasa pertukaran barter itu dijalankan-tetapi masih tak setel hutang keaiban kita keatas mangsa, kita terima pula amalan jahat mangsa lidah kita yg liar. Berat kan?

Tujuh Jenis Wanita Yang Sering Diceraikan Suami

02 January 2014

Assalamualaikum,

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

rumahtangga perkahwinan retak

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.