Dalam Sifat al-Safwah karya Ibn al-Jauzi yang meriwayatkan bahawa ketika Khalifah Harun al-Rasyid menaiki Bukit Safa, seorang tokoh umat bernama ‘Abd Allah bin ‘Abd al-Aziz al-‘Umari berkata kepadanya:“Lihatlah ke arah Kaabah.”
Harun al-Rasyid menjawab: “Aku sedang lihat.”
Kata beliau lagi: “Berapa jumlah mereka yang kau lihat?”
Jawab Harun: “Siapa yang mampu membilangnya.”
Kata beliau pula: “Berapa jumlah manusia yang seperti mereka?”
Jawab Harun: “Hanya Allah yang mampu menghitungnya.”
Kata al-‘Umari lagi: “Ketahuilah engkau bahawa setiap mereka itu hanya akan ditanya pada hari kiamat tentang diri mereka sahaja, hanya engkau yang akan ditanya tentang diri mereka semua, maka hati-hatilah engkau tentang nasib engkau nanti.”Maka terduduk dan menangislah Harun al-Rasyid mengenangkan masa depannya di akhirat kelak.
Khadijah Firdaus
Sudah baco...Harap komen...
No comments:
sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.