Tip mengajak anak murid bersolat
Diolah daripada tip mengajak suami solat :
Bismillah.
Ketika mahu mengajak anak-anak murid bersolat, contohnya semasa di sekolah, gunakan skrip kata-kata yang lembut dan suka mereka dengari daripada guru. Elakkan menggunakan kata-kata yang kasar, mengherdik, menyuruh-nyuruh, mengajar, memaksa dan seumpamanya.
Contoh Salah :
"Kamu sudah Darjah 6, kalau tidak solat, ustaz rotan kamu!" (ANCAMAN)
"Kalau kamu tak mahu solat, ustaz tidak benarkan kamu balik." (UGUTAN)
"Sudah berwuduk atau belum? Cepat ambil wuduk. Asyik bermain sahaja." (KRITIKAN)
"Solatlah cepat. Waktu solat sudah lama masuk. Waktu rehat pun sudah hampir habis. Nanti kamu kena masuk kelas pula. Kamu tahu tidak, solat itu adalah tiang agama? Apa nak jadi dengan kamu ini, sudah besar panjang pun masih terkial-kial nak ambil wuduk dengan betul dan solat dengan sempurna. Jadilah contoh kepada adik-adik Darjah bawah. Jangan asyik nak bermain sahaja. Solat cepat!" (BEBELAN)
Sebaliknya, gunakan skrip kata-kata yang menenangkan,
"Ustaz suka melihat pakaian kamu kemas, kamu tertib duduk menghadap kiblat untuk memulakan bersolat. Orang yang rajin bersolat, Allah pasti suka." (PUJIAN)
"Sesiapa yang bersolat, dia menghubungkan dirinya dengan Allah. Apabila dia hampir dengan Allah, apa sahaja yang dia minta, Allah akan mudah kabulkan." (MENERANGKAN INFO)
"Bagus-bagus belaka anak murid Ustazah. Sejuk hati ibu bapa kamu melihat kamu semua bersembahyang. Allah suka, ustaz ustazah suka, ibu bapa suka, seluruh penduduk langit pun suka!" (PUJIAN)
"Anak-anak, mari kita bersolat. Ayah bangga nanti semasa di akhirat, Allah tanya ini anak siapa ini yang suka bersolat, tentulah anak ayah." (DORONGAN)
"Cikgu tenang bersolat berimamkan kamu. Kamu sudah ada ciri-ciri menjadi imam yang disukai jemaah. Nanti boleh kamu menjadi Imam Muda taman perumahan kita ini."
Khadijah Firdaus
Sudah baco...Harap komen...
sekolah rendah mungkin sesuai.. tpi sekolah sy, siap lari dan kena kejar dgn cikgu disiplin klu suruh solat.. sbb nya x diterapkan dr rumah.. huhu
ReplyDelete