Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Musim Perayaan Atau Meninggalkan Rumah Untuk Bercuti

18 August 2012

safe


  1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.
  2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).
  3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.
  4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.
  5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.
  6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.
  7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.
  8. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk
    meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.
  9. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:
  • Nama dan alamat
  • Nombor telefon yang mudah dihubungi
  • Tarikh berlepas dan balik
  • Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti
Dikesempatan ini juga Siti ingin mengucapkan Selamat Berhari Raya Bagi semua Muslimin & Muslimat di Malaysia Khasnya.  Maaf zahir & Batin jika ada tersalah kata atau tersilap gaya. InsyaAllah kita ketemu lagi selepas raya eidul fitri. Doakan Siti & keluarga Selamat Pergi dan Selamat juga pulang. Tahun nie beraya di Kedah :D

"Masak lemang sambil berdiri, hendak makan di eidulfitri, nak hantar kad raya posmen dah cuti, SMS dan Blog Update sahaja dapat ku beri, Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi terkini yang ada di hujung jari, Selamat Hari Raya Eidul Fitri. (Ikhlas dari seisi keluarga)

Source: polis
Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.