Service Review - GL Car Jockey Services; Solaris Dutamas

06 April 2014

kuda buloh bamboo horse

Assalamualaikum, sudah lama Neskopi tidak menghasilkan post-post baru akibat kekangan masa dan hal berkaitan peribadi yang selayaknya di settle kan terlebih dahulu. Baru sekarang berkesempatan untuk membuat post baru bagi menghidupkan blog ini kembali.

Baru-baru ini kami mencari beg luggage, atau dikenali dengan beg spinner yang bersaiz cabin. oleh itu kami telah ke Solaris Dutamas di Jalan Dutamas 1. Kabin beg biasanya bersaiz ukuran 20" atau kurang yang diukur memanjang secara melintang dari hujung ke hujung.

daiichi condotti luggage spinner bag

Gambar diatas adalah gambar penulis baru Neskopi dan anak-anaknya yang mengambil alih secara langsung tanggungjawab tersebut dari Pn. Khadijah yang sekarang ini sedang sibuk menguruskan hal perniagaan.

GL Car Jockey Service

GL Car Jockey Service

GL Car Jockey Service

Diatas adalah gambar tiket parking valet yang dikendalikan oleh GL Car Jockey Service. Terus terang parkingnya memang selesa disebabkan terletak diantara bangunan, oleh itu kereta kami sentiasa dibumbungi bayang bangunan. Apa yang tak bestnya adalah kami tidak disambut oleh mana-mana staff ketika kami turun dari kenderaan. Jika dalam pemahaman saya, apa yang ditulis di dalam blog mereka, sepatutnya akan ada staff yang menyambut dan memberikan kad seperti gambar yang diatas kepada kami untuk dipaparkan di cermin hadapan kereta.

GL car jockey valet

Selepas kami membeli beberapa beg luggage spinner dari material jenis poli-propelin, kami pun beransur dan menuju ke kenderaan. Ketika itu sahaja lah staff mereka entertain kami dengan meminta Rm15 sebagai bayaran parking disitu. Ketika kami ingin beredar, baru tu lah staff yang meminta Rm15 (dan telah kami jelaskan bayarannya) memberi kad parking valet dan berkata "ini hari boleh parking satu hari rm15".

Kami kecewa dengan layanan yang diberikan serta tidak diberitahu oleh mana-mana staff yang berkerja ketika itu bahawa parking tersebut adalah jenis valet. Kami harap keadaan ini dapat diperbaiki oleh pengusaha perkhidmatan ini agar orang kerdil seperti kami tidak 'tertipu' memandangkan RM15 adalah sangat mahal bagi sesebuah parking valet yang tidak berkualiti seperti ini (ada juga berharga rm50 dan keatas). Bagi rakan-rakan yang ingin bershopping disini, anda bolehlah parking di dalam bangunan yang harganya adalah jauh lebih murah sepertimana harga parking sesuai dibiayai oleh rakyat marhaen.

Tipah 'tertipu' bang!

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

3 comments: