Zaman Kini, Duit Adalah Berhala Moden

11 May 2013

tujuan hidup?

Kalau kita rajin membaca dan mengaji ilmu Islam, kita tahu bahawa zaman dulu, berhala memainkan peranan penting dalam hal mensyirikkan dan mempersekutukan Allah. Ada yang dibuat dari susunan buah-buah kurma, pahatan kayu, ukiran batu, besi, emas mahupun menyekutukan dengan memperagungkan manusia seolah-olah makhluk itu dapat mendatangkan kebaikan dan keburukan.

Cuma di zaman moden ini, kita sering kali tidak dapat membezakan BERHALA zaman moden yang kerap kali menjadi pilihan hati ramai manusia. Ada yang sanggup berbunuhan, memutuskan silaturrahim, khianat, berlaku zalim, menipu, memfitnah, sanggup membenarkan yang bathil, dan lain-lain sifat mazmumah disebabkan dari hasil perbuatan memperhambakan diri kepada BERHALA ini.

Ada pula ibubapa yang sanggup menolak kepentingan agama Islam dengan memilih calon menantu yang 'tidak beragama dengan agama Islam' sebaliknya memilih dan mendahulukan kepentingan kepada BERHALA ini ( memilih calon Fasiq ).

Macam-macam cara orang moden zaman millennium sekarang ini 'sujud' pada BERHALA yang semakin membutakan mata dan hati sehingga mereka terlupa TUJUAN mereka diciptakan Allah di bumi ini. Allahua'lam.

p/s:
Rasuah oleh individu mungkin tidak dapat dihapuskan dengan 100% di dalam negara Malaysia khasnya, tetapi bukan alasan untuk menghalalkan Sistem Rasuah! Sistem Kerajaan itu sendiri perlu bebas dari Rasuah.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

3 comments:

  1. Betul! hidup zaman moden sekarang ni seolah-olah tak boleh hidup tanpa DUIT...manusia dah lama menjadi hamba DUIT...

    ReplyDelete
  2. duit bukan segalanya, tapi tak boleh hidup tanpa duit, asal jangan jadi hamba duit..

    ReplyDelete
  3. Sokong...kerana duit semua sanggup buat...

    ReplyDelete