Kezaliman Berleluasa, Apa Perlu Buat?

02 May 2013

speak, see, hear no evil. but im the devil

Peningkatan Kes Jenayah
Setiap hari ada sahaja kes ragut, kelar, cantas... baru tadi ada kes ragut dan cantas seorang wanita di Giant Putra Height.

Kalau zaman Siti kecik dulu, perkara mungkar ni berlaku waktu malam sahaja...

Merompak rumah pun time malam je, bawa lari anak dara orang pun time malam je... alih penanda tanah (curi tanah) pun time malam sahaja... korek kubur nak wat necrophilia pun time malam...

Sekarang ni tak kira masa. Mungkin disebabkan orang ramai pun dah tak keluar malam. Lepak rumah main fb, tengok astro, tengok bola.

Orang dulu rajin ke masjid mengaji... Lelaki perempuan anak cucu semua menadah kitab... zaman dulu lah.. kini zaman sekarang menghadap buku je... buku biru mukabuku.


Raja Segala Penjenayah
Penjenayah sekarang pun dah smart dari segi akal dan personaliti. Penjenayah yang paling ramai adalah manusia yang meninggalkan solat. Tetapi penjenayah macam ni lah sering dijadikan menantu kebanyakan orang disebabkan dibutakan dengan status kelulusan dan kemewahan harta. 

Mak bapak dah tak tanya "baca fatihah boleh?"... tapi lebih gemar bertanya "kerja apa?"... "ada rumah dah ke?"... "ada kete?"... bla bla bla...semuanya solan meterialistik tanpa kerohanian Islam.

Sekarang ni mak bapak sokong penjenayah juga, anak dara dibawa keluar naik moto atau kereta pun... mak bapak masih kata "hati-hati" ada pula yang terober siap bungkus makanan buat bekal.

Tak salah anak nak pergi dating, tapi nikah lah dulu... atau kalau tak nikah, mak bapak teman bersama, kalau nai motor tu... duduk lah tengah-tengah.


Hubungkait Jenayah Dan Ekonomi
Seringkali kita tonton berita mengatakan ekonomi bertambah baik, meningkat, mampan, bercambah dan berdaya saing.

Tetapi hukum ekonomi yang asas mengatakan "Jenayah Meningkat = Ekonomi Jatuh/Rugi/Kuncup"


Apa Perlu Buat Jika Jenayah Menjadi Raja?
Ambillah pengajaran dari kisah Ashabul Kahfi... itulah caranya...

Masa ni pun time malam Jumaat, dan sunnah baca Surah Al-Kahfi... Rasulullah baca surah Al-Kahfi malam Jumaat.

Baca Yaasin tu sunat je...

Jom fahami kisah Al-Kahfi... Jom ;)

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.