3 Golongan Haji dan Umrah Wanita

29 May 2013

haji wanita

Jemaah wanita yang datang menziarahi bandaraya Rasulullah SAW terdapat 3 kumpulan yang ketara penjagaan aurat mereka:

  1. Mereka menjaga aurat dengan sempurna dan itulah yang diamalkan bagi mempertahankan haji dan umrah sehingga akhir hayat.
  2. Menjaga aurat dengan sempurna. Namun, kembali kepada asal setelah pulang ke Tanah air. Golongan ini biasanya berpeluang datang semula ke tanah suci kerana berkemampuan dari segi kewangan
  3. Aurat tidak terjaga. Haji atau terutamanya umrah umpama salah satu destinasi perlancongan mereka. Aurat? Mereka tiadak hairan. Mereka manusia hebat - berpangkat, berstatus dalam masyarakat dan berharta.

Allahu Akbar! Dalam kebanyakan kes, jemaah Malaysia sebenarnya tahu hukum menjaga aurat. Namun, kenapa perlu gentar? Bukankah hukum di mahkamah Allah masih belum dilihat?

Di antara 3 golongan di atas, kita dalam golongan mana? Tanyakan pada diri, jawapannya ada dalam hati.

-SDC-


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

4 comments: