Kim Seung Joo Saudara Baru Muslim

11 May 2013

saudara baru

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga kristian dan keluarga yang sederhana. Papaku telah lama meninggalkan mama ku.. entah kemana.. hanya Allah sja yg tahu.. mama ku mengharungi hari-hari yg sukar untuk kami adik beradik.. kakak ku, abg ku dan aku.. sungguh besar pengorbanannya Ya Allah.. mamaku tidak prnah pun menceritakan setiap kesulitan yg dialaminya..

Sehinggalah pd suatu hri (aku berumur 7 tahun), aku x faham kenapa kmi bertiga adik beradik perlu berpisah. aku dihantarkan ke rumah mkcik ku.. kakak ku dn abgku entah dimana.. aku menjadi hilang arah, tidak tahu pada sapa aku mahu bergantung.. nasib ku di rumah makcik hanya Allah sahaja yang tahu.. bertapa susahnya untuk aku menahan...

Hidup ku dahulu tidak ubah seperti bola.. aku kehilir, aku kemari, aku kesana dan aku kesini untuk menetap bersma org yg kadang-kadang aku tidak kenali.. disaat itulah aku mulai tertanya.. mengapa aku sebegini rupa? mengapakah takdir aku sgt susah untuk aku lalui? perlukah aku dilahirkan sekiranya aku perlu melalui semua ini?

Setelah sekian lama, ketika aku berumur 14 tahun.. Aku dipertemukan kembali bersama ibuku dan adik beradik ku yg lain.. masa itu ibuku telah pun berkahwin.. alangkah bahagianya aku kerana dpt bersama kembali dgn keluarga ku..

Aku mulai mencari agama yg sebenar. Satu persatu agama aku telitikan. Aku pelajari dan aku hayati.. tetapi.. tidak satu pun dapat memberi aku ketenangan MAKSIMUM sehinggalah pada tahun 2007, aku mulai tertarik dgn Agama ISLAM.. sebuah agama yg pernah aku ketawakan pada suatu ketika dahulu. Yangg pernah aku kutuk.. yaa..aku mengaku akan dosaku itu Ya ALLAH..

Tetapi Allah maha penyayang, maha mengasihani dan maha pengampun.. sedikit demi sedikit ajaran nya masuk kemindaku secara tidak lansung dan aku mula terbuka sedikit hati untuk belajar.. aku mulai mempelajari ISLAM melalui sahabat sekolahku.. satu persatu aku pelajari.. aku hayati.. dan aku dalami.. ALLAHUAKHBAR..

Aku terus mempelajari agama Islam. Satu persatu hidayah telah engkau berikan.. dan aku hanya mengatakan itu semua hanyalah mainan mimpi.. Ya, Allah maha penyabar dan maha berkuasa dan mengetahui.. sehingga pada suatu hari aku bersembahyang(cara kristian).. Ya Allah.. sekiranya benar agama ISLAM mu ini.. berilah aku 1 lagi hidayah dan aku berjanji aku akan memeluk agama mu..

ALLAHUAKHBAR!! setelah sekian lama aku menunggu.. ALLAH memberikan aku hidayah yang sangat ternilai.. sangat berharga dan sgt indah.. setiap kali aku mengingati hidayah yg telah ALLAH berikan itu.. airmata ku akan menitis kegembiraan.. pada tanggal 7 may 2013. aku mendengar lagu sami yusuf '' asma ALLAH'' .. aku tak pernah rasa tersangat terharu, rasa sgt berdosa dan rasa sgt insaf.. aku terbayang akn diriku yg dulu.. ya Allah.. aku seolah2 melihat diri aku yg buruk.. dosa2 yg aku buat aku lihat.. bertapa jahatnya aku.. bertapa bnyk nya dosa yg telah aku lakukan.. ya ALLAH... engkau lah maha besar.. engkau lah maha berkuasa.. dan engkaulah maha mengetahui.. maka aku nekad untuk berubah.. untuk kembali kearah jalan yg benar lagi lurus.. dan aku memberitahu sahabat karib ku pada pukul 1.30 pagi.. aku berkata kepadanya.. esok (8 may) temanilah sy ke masjid.. aku sesungguhnya ingin memeluk agama islam dan aku ingin berubah.. ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR! ALLAHUAKHBAR!


Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

3 comments: