Komen Hilal Asyraf (Official) Berkaitan Azan di Pulau Pinang

17 May 2013

hilal asyraf

Saya kini sedang berada di Masjid USM Pulau Pinang yang diperintah oleh Ketua Menteri berparti DAP, bernama Lim Guang Eng, yang dituduh pelbagai tuduhan.

Azan maghrib sebentar tadi berkumandang deras. Kuat.

Sebentar lagi, pukul 8.30 malam, saya akan memberikan talk pada majlis yang Islamik dan tarbawi. Seorang lagi ustaz juga dijemput untuk menjadi regu saya malam ini.

Setakat saya dapat lihat setakat ini, tuduhan yang disebar di internet menyatakan azan diperlahankan, Islam teraniaya di Pulau Pinang, adalah tuduhan yang amat jahat.

Betapa busuknya orang yang menyebarkan cerita sedemikian. Hingga kadangkala boleh menyebabkan teraniaya orang yang tidak bersalah, dan buat kita takut akan benda yang tidak terjadi.

Kembalilah kita kepada Surah Al-Hujurat ayat 6, agar kita benar-benar menilai berita yang kita dengar, sehingga tidak kita tersilap menjatuhkan hukum hingga menganiaya orang yang tidak sepatutnya.

Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: