Perghh... Ketat Sendat Padat Melekap!

21 May 2013

ntah lerr

malu.
campur sedih.
geram pun ada.
ada juga terkilan sikit.
tambah secubit rasa hairan sangat.

terfikir.
perasan tak?
ke memang tak?
atau tak peduli sangat?
sebab rasa tudung dah disemat?

aduh.
wahai sahabat.
itu seluar dalam.
cuma bentuk seluar panjang.
jadi, kenapa jadikan pakaian luar?

oh...
sekali terpandang.
terasa nak pitam.
ingatkan kau tak berseluar.
dek melekap membalut sepanjang kaki.

haih.
aku faham.
kau masih muda.
hendak juga ikut semasa.
bergaya sementara masih ada daya.

tapi,...
sedarkah sahabat,
terang-terang nampak sungguh,...
membogelkan diri sendiri sebenarnya,
bila kau berpakaian sebegitu rupa?

renungkanlah...
apa kesannya.
lelaki di belakang -
perlahan-lahan, seronok tahap dewa.
trafik lambat pun jadi suka!

kenapa?
sebab leka.
terliur menerawang fikiran.
perhatikan setiap lekuk goyangan.
kaki dibalut kain stretchable kan?

*geleng*
wahai sahabat.
aku bukan sempurna.
masih juga terkial-kial berusaha.
mari kita berubah sama-sama, ya?

*senyum*
boleh bergaya.
janji kena tempatnya.
yang begitu ada masanya.
cuma untuk tatapan tertentu saja.

mari!
sikit-sikit, usaha.
lama-lama pasti sempurna.
lagipun Dia sayangkan kita.
sebab itu diwajibkan kita menutupnya.

percayalah.
manisnya, indahnya.
bila kita berusaha.
doa pun tak jemu juga.
dalam istiqamah untuk menjayakan suruhanNya.

jom!
boleh ya?
pakai yang sempurna.
yang itu dalam-dalam saja.
yang luar longgar, labuh, ya?

-KA-


Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: