Showing posts with label s3 camera. Show all posts
Showing posts with label s3 camera. Show all posts

Olllo Ciannyee... Ahmad Bin Firdaus Demam!

11 June 2013

kontrol lesu

Malam semalam, kalih waktu pagi Ahmad dah pindah tidur ke katil kami... tak pernah dia wat sebelum ni macam malam tadi... Rupa-rupanya Ahmad demam, Abi yang kejutkan pagi... Pas solat subuh je terus mandikan Ahmad dan berikan minum susu Ilham seperti biasa... biasanya sekarang ni Ahmad akan minum 7 cawan kecil susu Ilham...

dah mamai

Ini lah kali pertama Ahmad demam semenjak berpindah ke kuarters baru ni... kata Abi mungkin disebabkan jangkitan dari Abi yang secara kebetulan pagi semalam mendapatkan rawatan susulan dari doktor... Abi kata masa di klinik tu ramai budak demam... mungkin melekat di baju atau terkena pada Abi... Abi pula bawa pulang ke rumah pada waktu rehat tengahhari.. nak dijadikan kes-terkena pula pada Ahmad...

Samsung s3 Pink Untuk Kali Yang ke-Dua

29 May 2013

semua pink!

Ni henpon baru Ibu... warna pink... yang sebelum ni Samsung s3 Ibu adalah berwarna putih... niat di hati nak memiliki Samsung s3 putih, last minute di offer oleh tokey kedai untuk beli warna pink... InsyaAllah Samsung s3 ni akan dapat bertahan lama... tak seperti Samsung s3 putih yang telah tenrendam dalam air...

Dalam minggu-mingggu terdekat ni, henpon abi kena pergi service sebab ada masalah bateri... yang henpon Samsung putih milik Ibu yang rosak tu pun akan dihantar cuba untuk jalani servis... mana tahu kos dia murah untuk dibaiki... nanti boleh lah trade in ke henpon lain... hehe...

Menentu Arah Kiblat Cara Tradisional Guna Matahari

28 May 2013

arah kiblat

Alhamdulillah, selesai tadi menentu arah kiblat bagi mendapatkan ketepatan yang lebih jitu... selama ni menggunakan perisian android sahaja untuk menentukan arah kiblat di rumah baru kami ni... rumah pinjam... hehe...

Perisian android pun pening-pening kepala juga... InsyaAllah lepas ni ada datang lagi satu gadget kepunyaan Abi yang dapat membantu dalam menentukan arah kiblat... iaitu kompas digital, tapi bukan sebarang kompas... nantikan ya...