Resepi Dan Tutorial : Durian Crepe GEBU Segi Tiga

28 November 2012


Resepi Durian Crepe Gebu, Dalam frenlist kami, tiada lagi yang update berkenaan resepi Durian Crepe yang sedap dan malatop sekarang ini, so kami mengambil kesempatan ini untuk update resipi doyan @ durian crepe yang telah berjaya kami sediakan selepas 2 kali eksperimen beserta sekali tutorial dalam entry ini. Diharap entry ini dapat membantu para chef sdn bhd di rumah bagi menyediakan resepi kueh ala pencuci mulut durian crepe yang special dan mudah :D

DSLR Sensor Cleaning Service, Printer & Monitor Display Color Calibration Solutions

18 November 2012


Kami Firdaus Services adalah pengusaha freelance bumiputra yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian masalah berkenaan fotografi dan percetakan seperti yang berikut:

  1. Spyder4 ELITE Monitor Calibration (color monitor assessment, monitor profile creator)-memberikan ketepatan warna, white balance dan kontrast pada monitor. for Windows user ONLY. 
  2. Printer Color Profile Calibration- menentu-ukur ketepatan hasil bezantara dengan apa yang dilihat di skreen dan hasil cetakan agar mencapai tahap maksimum kualiti warna pada hasil cetakan.
  3. Sensor Cleaning (dust assessment, dry method, wet method, chamber cleaning, mirror cleaning, low pass filter cleaning for Nikon, Canon, Sony)-membersihkan chamber, mirror dan sensor dari kekotoran habuk yang tidak dapat dibuang dengan cara tiupan.

Kecacatan (Distortion) Lensa : Barrel And Pincushion

16 November 2012

Kebanyakan lensa moden hari ini, samada dari mana-mana jenama sekalipun- yang terlalu mahal atau yang murah akan menghasilkan karektor kecacatan ke atas gambar yang dinamakan Barrel Distortion dan Pincushion Distortion. Karektor kecacatan ini sinonim dengan mana-mana jenis kanta optik samada dari jenis binocular, mikroskop, teleskop, walhal cermin mata sekalipun. Kita tidak akan dapat lari dari kecacatan akibat karektoristik optik disebabkan oleh penggunaan optik yang banyak digunakan dalam pembinaan sesebuah sistem lensa. Sebagai pengguna, kita hanya perlu tahu bagaimana hidup bersama kecacatan ini.

Untuk mengetahui apakah yang dinamakan Barrel Distortion dan apa itu Pincushion Distortion, contoh gambar dibawah mungkin dapat membantu anda.


Di Sebalik Mitos Susu Ibu

15 November 2012


Dalam riwayat Thabarani dan 'Ibnu dimaklumkan jika seorang wanita melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan dia akan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam (kerana melayan bayinya), dia mendapat pahala seperti pahala orang yang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.

Komunikasi Berkesan Dengan Anak Kecil : Duduk Sama Rendah

14 November 2012


Anda mungkin pandai berkomunikasi. Pandai buat memek muka (facial expression). Pandai buat eye contact. Tetapi AWAS jangan buat body contact antara bukan mahram taw - haram, tak kira lah berlapik  kain atau tidak, jelas hukumnya haram. Berlapik dengan papan kayu boleh lah :)

7 Langkah Memilih Lensa DSLR Yang Baik

13 November 2012


Post kali ni bertujuan membantu sedikit rakan-rakan kita yang mungkin baru hendak berjinak dengan arena dunia fotografi. Segala yang kami tulis disini adalah berdasarkan pada pengalaman kami sebelum ini semasa hendak membuat keputusan memilih sebuah lensa samada untuk dimilik atau sebagai bahan bacaan atau cuci mata sahaja.

Sebelum kami membeli sebuah lensa DSLR, kami akan mebuat beberapa review atau kajian secara mendalam (In-depth Reviews) untuk lensa-lensa DSLR yang ada terutamanya bagi jenama yang biasa seperti Nikon dan Canon. Selepas itu kami akan ke kedai DSLR lalu mencubanya sendiri. Kami akan beli jika hanya berpuashati, trust your eyes- they never lies.

Shutter Count Dan Bagaimana Menilainya

12 November 2012

Shutter Unit Nikon D600
Ini adalah kali kedua pusingan penuh angka giliran bagi penamaan file gambar di dalam Nikon D7000 kami bermula dari file nama D7K_0001 sehingga limit number D7K_9999. Ini bermakna kami telah mengambil lebih 20,000 ribu keping gambar dan video dengan menggunakan Nikon D7000 kami.

Apa Itu Shutter Count.
Shutter Count ini berasal dari kiraan oleh mesin shutter unit seperti gambar yang diatas. Shutter unit ni adalah satu bahagian di dalam kamera DSLR yang mempunyai beberapa bilah tetingkap dan ianya sangat sensitif walau dengan sentuhan jari tangan sekalipun. Shutter unit ini berfungsi sebagai mesin yang membenarkan cahaya masuk dan seterusnya membenarkan cahaya jatuh di atas sensor.



Shutter unit ini mempunyai tarikh mati atau tarikh luput guna. Anda boleh menyemak nilai penggunaan Shutter Count anda yang terkini melalui website seperti MyShutterCount.com untuk pengguna Nikon Dslr. Manakala bagi pengguna selain dari Nikon boleh lah melawati web Camerashuttercount.com untuk mengetahui nilai Shutter.