Google Play Store: Free Download AES Detector For Android

26 October 2012

penembak sedoot duit

Dikesempatan ini Siti dan sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha bagi semua muslimin dan muslimat tak kira dimana mereka berada. Hati-hati semasa memandu dan bawa kenderaan secara berhemah apabila berada diatas jalan raya.


aes point

Bagi mereka yang pulang dengan menaiki kereta atau motorsikal, Siti ingin berkongsi satu aplikasi bagi android phone iaitu AES DETECTOR bagi mengesan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dalam jarak 1 kilometer sebelum lokasi sebenar kamera ini ditempatkan.

Cuti Cuti Terengganu Pantai Timur ; Kuala Terengganu.

13 October 2012

masjid kristal

Jalan-jalan cuti-cuti terengganu, Baru-baru ni kami mengambil kesempatan bercuti bersama (menyelam sambil minum dan makan) memandangkan Abi berkursus di negeri pantai Timur, Kuala Terengganu selama 3 hari. Ye lah, bila lagi nak mengambil kesempatan bercuti sambil save budget kan? :D Dan secara kebetulannya pada hari Isnin itu adalah cuti umum; Hari Satu Malaysia dan yang pastinya bukan pada musim cuti sekolah memandangkan anak kami belum pun bersekolah.

ming star hotel

Encik tukang rancang penginapan kami adalah Mr. Abi sendiri, Abi mendapatkan review dari laman-laman sesawang seperti Agoda dan Blogspot individu persendirian selama seminggu sebelum tarikh kursus. Mulanya rancangan kami adalah untuk menetap di Primula Resort ATAU Felda Residence pada Hari pertama, hari kedua hingga hari ketiga di Permai Hotel dan seterusnya menetap di Home 2 Hotel @ Homestay Hotel; Cukai

(Buy / Sell) WTS And WTB Photography Item

01 October 2012




lensa nikon
Dibawah ini adalah senarai panjang item-item barangan fotografi terpakai seperti lensa, body dan aksesori berkaitan DSLR bagi semua jenama seperti Nikon, Canon, Sony, Sigma, Tamron, Tamrac, Crumpler, Carl Zeiss, Leica dan lain-lain. Diharap Senarai ini dapat membantu serba sedikit bagi peminat-peminat DSLR mencari barangan dengan harga patut dan murah. Klik sahaja pada pautan disetiap tajuk kecil dibawah untuk pergi ke laman asal.

lensa canon

nikonian

Nikon D600 High Iso Picture & Quick Review

30 September 2012

ou

Hari Sabtu yang lepas (ayat mudah; semalam) kami sekeluarga pergi meluangkan masa selama 1 jam di Nikon Center di Berjaya Times Square; Kuala Lumpur untuk mencuba Nikon D600 Yang baru. Al maklumlah baru keluar, harga dia pun dalam RM6000 (body sahaja) dan keatas, kalau nak beli dinasihatkan beli pada akhir tahun 2013, InsyaAllah kebiasaannya turun rm1000 atau lebih.


Feel
Secara Fizikalnya, saiz Nikon D600 ini adalah lebih besar dari Nikon D7000 dan kecil dari Nikon D800.

Panel Kawalan di bahagian belakang D600 ni agak sama dengan D7000 cuma D-pad nya agak kecil untuk jari lelaki umumnya dan butang magnify (“+” & “-“) yang saling berubah kedudukan.

Memang sedap menggenggam Nikon D600 ni.. hehe, tu lah perasaan kali pertama apabila mengangkat D600 (tapi tak seselesa jika nak dibandingkan perasaan apabila menggenggan Canon 7D atau 5D mark iii), ditambah pula dengan 100% view finder yang memang sangat membantu apabila membuat komposisi. Beratnya pula sesuai untuk pengguna lelaki dan sakit bahu bagi seorang wanita membawa dslr ni kehulu-hilir kecuali digantung di tengkuk.

Perbentangan Belanjawan 1 Malaysia 2013

29 September 2012

bajet 2013

Semalam bermula jam 4 petang sehingga hampir 6.30pm, semua orang sibuk-sibuk nak menatap television. Seperti biasalah Siti tak menghadap pun televison tu, tambahan pula Siti kerja Shift petang, lagipun sebab tak banyak yang diperkatakan khasnya bagi suri rumah memandangkan Siti bercadang mahu berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Satu bulan setengah untuk bonus pekerja awam, yang dimana dipahamkan setengah itu sudah pun diberikan dalam bentuk bantuan sebelum hari raya pada tahun ini. Alhamdulillah, orang beri kita ambil, duit kita sebagai rakyat lagipun.

Menempatkan Syukur Dihadapan

27 September 2012

digitalmukmin

Sepasang suami & isteri YANG berMASALAH RUMAHTANGGA pergi mengikuti kursus selama 6 hari... semua peserta kursus telah dinasihatkan untuk buat "homework" apabila habis berkursus dan setibanya dirumah.

Suami isteri ini dikehendaki menyenaraikan semua ketidak puas hatian pada pasangan masing2.

Maka selang 3 hari, mereka berdua membawa berbelas-belas helai kertas kajang. si isteri bertanya pada suami "siapa nak mula dahulu", si suami menjawab "awak lah mulakan dahulu"

Nikon D600 Telah Diumumkan

13 September 2012

d600

Berita ni memang mengujakan. Ye lah, kamera jenis bingkai penuh yang murah. Tapi rasanya takde lah murah sangat. sebab bila masuk Malaysia sahaja harga rasa-rasanya jadi RM6999. boleh beli 3 biji Nikon D7000. Atau sebiji Nikon D7000 beserta 2 lens. Tapi apa-apa pun kemera bingkai kecil atau Crop sensor tak dapat mengalahkan kamera bingkai penuh macam Nikon D600 ni :D

Apa yang best Nikon D600 ini adalah; ianya menggunakan dual SD card, so tidak perlu lah bersusah payah nak dapatkan dua jenis kad yang berlainan, dan tidak ada lagi masalah silap masuk kad pada slot body, SD card ni kecil ringan serta senang tidak seperti CF card yang besar dan memerlukan external reader yang lain. Tambahan pula ada 100% view coverage, memang luas lah mata korang bila skodeng ambil gambar, tidak seperti kamera format DX yang seolah-olah seperti melihat kedalam lubang kunci "sakit mata !!"