Kepentingan Hijab Wanita Muslim Disaat Malapetaka

30 April 2013

pakailah perisai

Dulu masa tsunami di Acheh pada 2004. Setelah berlaku peristiwa tersebut, sekumpulan hamba Allah dengan sukarela telah membuat usaha mencari mayat. Setelah selesai kerja pemburuan mayat, mereka dapati ada masalah dalam mengecam samada mayat tersebut berstatus muslim atau tidak... ini kerana semuanya menggelembung, gelap seolah-olah kulit yang terbakar.

Akhirnya, mereka membuat mesyuarat dan memutuskan untuk mengebumikan mayat mengikut pakaian yang dipakai. Jika pakaian hijab orang Islam, maka ia akan dikebumikan mengikut cara Islam.

Sama kes di Bopal, waktu malapetaka kebocoran gas ribuan mayat bergelimpangan. Yang Hindu nak dibakar, yg Islam nak disembahyangkan.

Keputusannya, lelaki berjanggut disolatkan yg lain dibakar.

Bayangkan jika berlaku letupan atau malapetaka bom di kelab-kelab malam atau di pentas tarian (zumba, ballet dan sebagainya) di negara kita Malaysia... Bagaimana untuk mengecam mayat tersebut kerana pakaian wanita Islam dan bukan Islam sama sahaja.

Moralnya, pakailah pakaian orang Islam kepada kita dan anak-anak kita serta mohonlah kepada Allah agar dimatikan dalam pakaian orang Islam.

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

No comments:

sila tinggalkan link jika ada,
komen anda tanggungjawab sendiri.