Ikan Pinggan Kertas

21 April 2013

ikan pinggan kertas

Hari ini sebelum start masak, Abi dan Ahmad buat aktiviti yang dah di plan dari minggu lepas...

Semenjak minggu lepas Ahmad dah didedahkan dengan gunting... semua kertas dia nak gunting... hihi...

Kiranya akan ada segmen kreatif dalam neskopi mulai hari ini... hehehe...

Aktiviti ni sesuai untuk anak berumur 3 tahun, tahap yang dikira mudah... tapi complicated juga sebenarnya bagi kanak-kanak macam Ahmad...

Lagi pun dia tak pernah wat aktiviti kreatif ni... Kalau di sekolah dia dahulu, tak tahu lah pula kalau dia ada buat...

Aktiviti ni melibatkan skill menggunting, mewarna dan melekat...
Kalau rajin buat, boleh mematangkan skill-skill berkenaan... InsyaAllah...


Alatan yang diperlukan adalah seperti;
  1. pen
  2. gunting
  3. pinggan kertas x3
  4. gam
  5. steppler
  6. berus warna
  7. warna poster

Cara- caranya adalah seperti gambar dibawah;

pinggan kertas dah siap tanda dan digunting

mewarna

proses pengeringan

proses melekat dan menampal

Ahmad bersama ikan di dalam air

Tadaaa....
Siap sudah ikan bawal... ikan warna hijau tu Abi punya... ikan pink Ahmad punya...

Nak decorate dengan apa pun tidak kisah, ikut kreativiti masing-masing...

Seterusnya minggu depan nanti nak buat background untuk ikan-ikan tu... boleh lah diorang tu hidup dengan aman dalam air...

Ibu dan anak-anak di rumah tu, boleh lah mencuba...

Kongsikan hasil kreatif anda bersama anak di Neskopi...

Khadijah Firdaus
Superjo...Supermen...
Sudah baco...Harap komen...

1 comment: